.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Saturday, January 29, 2011

Pagi..!!

Salam cik Blog, Pagi..!!

Cuma nak mencoret sesuatu, tapi tak tahu nak coret apa.. Hari-hari ziarah blog ni tanpa sign in.. Hari nie tergerak hati nak sign in.. Bila dah sign in, mestilah nak mencoret juga..

Minggu ni saya tak balik Taman Melawati.. Sebab Khamis ni dah cuti Chinese New Year.. Jadi, panjang sikit cuti nanti.. Tapi, weekend ni tak balik Melawati pun, saya kena pergi discussion.. Masih ada lagi 1 subject Audit kena buat presentation.. Fuhhh~ semangat.. Mana tak nya, Encik Hamdino serius orangnya.. Dengar kata group yang present Jumaat hari tu saling berkelahi selepas present.. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami~

Cuti nie pun dah ada plan.. Syazlin balik Malaysia..!! Yeay~ Boleh jumpa dia..

Tuesday, January 25, 2011

Latop saya lari..!!


Salam sahabat.. Ada tak sesiapa tahu macam mana nak betulkan alignment latop nie.. Saya ada masalah dengan alignment latop nie.. Alignment dah lari.. Hal ini kerana saya buat presentation Advanced Management Accounting.. Jadi, saya guna latop saya.. Dan pasang LCD guna latop nie.. Dan, bila sampai rumah, saya buka semula.. Saya hadapi masalah alignment.. Ada sesiapa dapat bantu..? Lebar semacam desktop saya.. Bantu saya..!!!

Thursday, January 20, 2011

Ada kata letih dalam diri...?

Test, Test, Test, Test, Test

Presentation Advanced Management Accounting

Presentation Audit

Assignment, Assignment, Assignment, Assignment, Assignment

Ini hanya duniawi... Jika untuk akhirat...? Astaghfirullahala'zim

Monday, January 17, 2011

Calander

Salam Cik Blog.. Alhamdulillah, hari nie berkesempatan sebentar mencoret sesuatu di sini.. Sejak deactivekan akaun Facebook, .:: Permata Yang Dicari ::. adalah tempat saya ziarah setiap kali saya online, selain mengemaskini email di kedua-dua akaun saya..

Saya mengupdate calander study saya.. Pejam celik rupanya, semakin hampir ke Final.. Dan banyak juga aktiviti yang akan saya hadiri.. InsyaAllah.. Cuma, masa yang menjanjikan semua itu.. Mungkin jika tiada rezeki bersama kalian beraktiviti bersama, saya mungkin ada tugasan yang perlu diselesaikan.. Semoga kalian teruskan usaha.. Semua hanya kerana Allah..

Dan esok.. dan esok, akan ada test untuk subjek Advanced Financial Accounting 1.. Naik cuti dah test..~ Sebelum cuti dah buat kuiz untuk subjek nie.. Inilah lumrah pelajar Universiti..

Masa yang diperuntukkan kepada kita, yakni 24 jam adalah sama sahaja untuk kehidupan di atas muka bumi ini.. Cuma aktiviti kita yang berbeza..
"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh"
[As-Shaff ayat 4]

Selamat berjuang..!!!

Sunday, January 16, 2011

Bila Dia menyapa~

Bila rindu Dia menyapa.. Walaupun banyak kali Dia memanggil.. Tapi apakan daya, lumrah manusia..

Terpahat dalam hati seorang ustaz berkata-kata..

"Kalau orang bercinta, teringat kekasih, mulalah baca surat-surat yang dibalas.. Baca SMS yang disimpan.."

Tapi Dia sudah menurunkan semua kasih sayang kepada saya.. awak.. kawan sebelah awak.. jiran sebelah rumah awak.. dan semua orang..Cuma saya.. awak.. kawan sebelah awak.. jiran sebelah rumah awak dan semua orang itu yang tak pandai nak menilai kasih sayang yang Dia bagi..

Tapi, saya merindui Dia.. sangat-sangat merindui Dia..

Dan saya aplikasikan apa yang ustaz katakan itu dalam hati saya sehari-hari..

"..Dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang.."

Surat Allah yang saya baca adalah lembaran-lembaran Al-Quran.. Yang mana esok akan menjadi seorang lelaki kacak yang akan menemani saya apabila saya beristirehat sementara menunggu hari akhirat..

Allah sedang merindui setiap rintihan hambaNya.. Dan bila ada ujian dari Allah itu datang, bergembira kerana Allah masih sayang kita...

Allah sedang melihat kita.. Sungguh..!!

Saturday, January 15, 2011

Reflesologi

Salam, sahabat. Sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya alami Jumaat(14/01/2011) lepas. Gerak hati ingin ke rumah wan (nenek) membawa saya ke pusat refleksologi di Gombak. Rezeki barangkali~

Bermula dengan gerak hati ingin ke rumah wan(nenek).

Ain : Ayah, Ain nak gi rumah wan boleh..? (selepas solat Jumaat)
Ayah : Ok, siaplah. Ayah nak hantar Afif gi sekolah agama..
*******
Cik Mah yang bermastautin di Jeddah pulang ke Malaysia selama seminggu mengikut husband dia meeting. Husband dia meeting, dia duduk di rumah mak nya (rumah wan saya). Tiba di rumah wan...

Cik Mah : Ain, teman cik Mah gi rumah Achik jap.. Tunjuk jalan.
Ain : Ok..Ok..Boleh..

Tiba-tiba plan bertukar, Achik akan ke rumah wan.. Saya pun lintasan dalam hati ' mungkin tak payah la kot nak tunjuk jalan..boleh lepak-lepak kat rumah wan nie '

Ain : Cik Mah nak gi mana sampai ke Gombak..? (mulut ringan bertanya)
Cik Mah : Nak gi refleksologi.. Achik nak bawak..
Ain : (yang sedang membaca Metro Harian) Best nye kena urut kaki..
Cik Mah : Nak ikut..? Cik Mah belanja nak..?
Ain : (tanpa segan silu)... Boleh..boleh..

Beberapa minit kemudian Achik sampai.. Sebenarnya malas juga nak pergi.. Tapi Cik Mah beriya ajak.. Maka, kami bertiga pun ke Gombak.. Tiba di pusat refleksologi, kami disambut mesra.. Mana taknya mungkin mengamalkan 'customer first'.. Tiba di counter,

Ain : Cik Mah, ain amik foot je lah..
Achik : Shidah pun samo (orang nogoghi)

Selepas pilih service yang kita minta, kami dibawa ke satu ruang yang gelap.. Nyaman.. dan releks..~ Mula lah sesi urut kaki..

Sebenarnya saya nie adalah juga lenguh-lenguh bahu.. Pinggang tok sah cakap la.. Mungkin sebab pengalaman jatuh di Matrik Melaka dulu, effectnya sampai sekarang.. Dah pi berurut pun kadang lenguh juga.

Dan bila pekerja itu urut dibahagian-bahagian tertentu, ada juga rasa sakitnya.. Cuma boleh ke percaya sakit tu berkaitan dalaman kita.. Tak laa.. mungkin sebab saya nie memang orang yang lenguh-lenguh badan.. Maklumlah dah lama tak join sukan *_*

Bawah nie saya ada sediakan sedikit fakta tentang refleksologi.. Kalau sahabat-sahabat berkenan, nanti saya syorkan pergi ke HPA.. HPA pun ada buat refleksologi..

Akhir sekali, thanks Cik Mah..

**********************************************************************


FAKTA REFLEKSOLOGI

Refleksologi bermaksud terapi pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf, ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India.

Ia merupakan kaedah penyembuhan yang berkesan, efektif, selamat, murah, tidak perlu makan ubat tahan sakit dan tiada suntikan atau tusukan kedalam badan.



Melaluinya, ia bukan sahaja dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri, tetapi turut melancarkan perjalanan darah, menghilangkan lenguh serta melegakan tekanan.

KEBAIKAN REFLEKSOLOGI

Kesan-kesan yang dialami oleh tiap-tiap individu berbeza dan ia memberi kesan positif kepada proses penyembuhan dengan izin Allah S.W.T.

• Buang angin dalam badan
• Membantu dan menambahkan aktiviti buang air besar dan kecil.
• Mengurangkan imsonia- sukar tidur
• Migrain.
• Kaki kebas dan lenguh
• Tekanan atau stress
• Meredakan sakit pinggang, sakit belakang dan kepenatan bekerja.
• Simptom loya/sakit kepala, selsema
• Membuang toksin
• Lebih bertenaga
• Meningkatkan kesuburan dsbnya.

Wednesday, January 12, 2011

Kita hamba

Andainya semalam, sedikitnya waktu untuk kita bersujud padaNya , hari ini biarlah makin bertambah waktu untuk kita terus bersujud padaNya. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat iman dan islam dan tidak sombong untuk bersujud padaNya.

Tuesday, January 11, 2011

New Face..

Alhamdulillah.. Blog nie sudah berubah muka.. Mungkin mahu ambil aura baru.. Perlu ditukar kadang kala.. Di update mana yang perlu..

Alhamdulillah.. Semalam selamat sampai Melawati setelah 4 hari berkampung di UNiSEL Bestari Jaya.. Perjalanan yang tidak memenatkan barangkali.. Dari pagi ke Shah Alam-Klang-Shah Alam.. Gara-gara baju muktamar yang ingin di tempah.. Kain yang menarik, baju pun perlu di design menarik juga..

Pimpinan Mustapha, kami menggunakan tema PURPLE.. Muslimat berjubah dan muslimin berbaju Raihan.. Semua beli siap~beli tunjuk je =)

Tapi pimpinan Shardiansha bertemakan BIRU.. Beli sekayu di Jakel dan tempah berasingan.. Muslimin di mak Aisyah di Bukit Tinggi Klang.. Muslimatnya di Klang juga tapi tak tahu nama tempatnya.. Nie gara-gara Ifdal Faliqh yang meminta kawan sekolahnya mencarikan.. Thanks Izat..

Muslimin kami minta design baju Raihan.. Dan muslimat pada mulanya kami ingin design baju kurung moden.. Tapi mak cik yang jahit baju kata

' Mak cik boleh buat, tapi masa yang kamu minta mungkin tak sempat nak menyiapkan '

Jadinya, kami tukar plan, muslimat kami buat pesak gantung.. Apa dia pesak gantung..? Tanya En.Google~

Monday, January 10, 2011

Cuti pertengahan semester

Salam semua.. Alhamdulillah, masih diberi rezeki untuk kita mengcollect cash di dunia yang hanya persinggahan semata untuk dibawa ke akhirat.. Bagaimana keadaan Iman anda..? Prestasi rutin harian anda..? Alhamdulillah, semoga urusan kita dipermudahkan, InsyaAllah..

Sekarang dah minggu ke-8, dan cuti pertengahan semester kembali setelah 7 minggu berlangsungnya perkuliahan.. Ini bermakna setelah cuti melabuhkan tirai, ada lagi 7 minggu untuk ke FINAL..!!

So, apa plan cuti..? Masih berfikiran lagi.. Sebenarnya menyoret di lembaran blog ini, saya di UNiSEL Bestari Jaya (nampak sangat rindu kawasan kampus ini).. Masih meninjau kawasan persekitaran.. Cuma beberapa kali datang ke sini, hajat untuk berkayak masih lagi tidak kesampaian.. Aduih~ Tak de rezeki barangkali~

Melawati..!! Hari ni saya pulang (Isnin = 10/01/2011) Selamat bercuti semua..

Owwh Cik Blog, saya dah deactivekan Facebook buat kali ke-2.. Sahabat-sahabat yang ada blog saya nie, insyaAllah saya akan merajinkan diri untuk update.. Kenapa deactivekan FB..? Hmmm saya rasa banyak sangat fitnah berlangsung dalam diri.. Jadi, sahabat-sahabat, insyaAllah.. kita bukan bergantung pada FB untuk berjumpa.. InsyaAllah jika ada rezeki yang ditetapkan oleh Allah, segalanya mungkin =)

Monday, January 3, 2011

Sekolah kembali lagi...

Cuti sekolah telah melabuhkan tirai.. Dan kini pintu pagar sekolah dibuka seluas-luasnya.. Selamat datang kepada murid tahun 1.. Selamat kembali ke sekolah murid tahun-tahun yang lain.. Rasanya tingkatan 1 perlu ke mengucapkan Selamat Datang ke sekolah menengah..?

3 Januari 2011.. Eh, dah 2011.. Saya dah berumur 22 tahun.. Tapi, kalau ikut bulan kelahiran, umur saya baru 21 tahun dan..hmm tengok la kat bawah tuu ada 'Saat Nadi berdenyut'..


Kembali cerita tentang sekolah.. Hari nie, fisrt day persekolahan. Saya menemani Cik Tom (mak cik) ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7.. Menghantar beg-beg sekolah 3 orang anak nya (darjah 1,5, dan 6) dan sepupu lagi sorang darjah 5.. Dah lama x menjejakkan kaki ke sekolah.. Perkarangan sekolah seperti sekolah rendah saya dulu.. Cuma bangunan nya agak baru..

Teringat masa zaman persekolahan.. Pagi-pagi ke sekolah (menengah) letakkan beg didalam kelas, buka pintu belakang kelas.. buka lampu dan kipas (jika saya orang pertama yang masuk kelas).. sapu sampah (walaupun bukan saya yang bertugas) dan barulah duduk ditempat saya sambil membuat apa-apa yang patut..

Tadi, sebelum pulang ke rumah semula dari SRAI Sek 7, saya menunggu sekejap untuk mengimbau kenangan persekolahan.. Mereka berhimpun di tapak perhimpunan, rasanya tempat parking kereta guru-guru.. Kemudian mereka menyanyikan lagu Negaraku.. Negeri Selangor dan Selawat Syifa'..

Kalau sekolah rendah dan menengah saya dahulu, kami menyanyikan lagu Negaraku.. Negeri Selangor dan lagu Sekolah..

Dan saya pulang ke rumah Cik Tom semula apabila PK HEM berucap.. Mulalah sesi perhimpunan yang membosankan kepada saya suatu ketika dahulu.. Cuma sekolah menengah saya boleh ngelat lagi.. Sebab saya pengawas.. Jadi kami ronda-ronda kawasan sekolah jika duty pada hari itu bukan ditapak perhimpunan..

Kepada adik-adik yang masih bersekolah, Selamat maju jaya saya ucapkan.. Perjalanan untuk ke Universiti masih jauh.. Kuatkan semangat.. Kentalkan keyakinan.. Usaha, Doa dan Tawakal itu lebih baik.. Semoga kejayaan, rezeki untuk bertapak di mana-mana bidang di kemudian hari insyaAllah akan jadi milik kita.. Jika apa yang kita impikan tidak kesampaian, ingatlah.. Allah lebih mengetahui tentang apa yang perlu oleh hambaNya..

..Jatuh sekali tak bermakna jatuh selamanya..