.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Monday, January 3, 2011

Sekolah kembali lagi...

Cuti sekolah telah melabuhkan tirai.. Dan kini pintu pagar sekolah dibuka seluas-luasnya.. Selamat datang kepada murid tahun 1.. Selamat kembali ke sekolah murid tahun-tahun yang lain.. Rasanya tingkatan 1 perlu ke mengucapkan Selamat Datang ke sekolah menengah..?

3 Januari 2011.. Eh, dah 2011.. Saya dah berumur 22 tahun.. Tapi, kalau ikut bulan kelahiran, umur saya baru 21 tahun dan..hmm tengok la kat bawah tuu ada 'Saat Nadi berdenyut'..


Kembali cerita tentang sekolah.. Hari nie, fisrt day persekolahan. Saya menemani Cik Tom (mak cik) ke Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7.. Menghantar beg-beg sekolah 3 orang anak nya (darjah 1,5, dan 6) dan sepupu lagi sorang darjah 5.. Dah lama x menjejakkan kaki ke sekolah.. Perkarangan sekolah seperti sekolah rendah saya dulu.. Cuma bangunan nya agak baru..

Teringat masa zaman persekolahan.. Pagi-pagi ke sekolah (menengah) letakkan beg didalam kelas, buka pintu belakang kelas.. buka lampu dan kipas (jika saya orang pertama yang masuk kelas).. sapu sampah (walaupun bukan saya yang bertugas) dan barulah duduk ditempat saya sambil membuat apa-apa yang patut..

Tadi, sebelum pulang ke rumah semula dari SRAI Sek 7, saya menunggu sekejap untuk mengimbau kenangan persekolahan.. Mereka berhimpun di tapak perhimpunan, rasanya tempat parking kereta guru-guru.. Kemudian mereka menyanyikan lagu Negaraku.. Negeri Selangor dan Selawat Syifa'..

Kalau sekolah rendah dan menengah saya dahulu, kami menyanyikan lagu Negaraku.. Negeri Selangor dan lagu Sekolah..

Dan saya pulang ke rumah Cik Tom semula apabila PK HEM berucap.. Mulalah sesi perhimpunan yang membosankan kepada saya suatu ketika dahulu.. Cuma sekolah menengah saya boleh ngelat lagi.. Sebab saya pengawas.. Jadi kami ronda-ronda kawasan sekolah jika duty pada hari itu bukan ditapak perhimpunan..

Kepada adik-adik yang masih bersekolah, Selamat maju jaya saya ucapkan.. Perjalanan untuk ke Universiti masih jauh.. Kuatkan semangat.. Kentalkan keyakinan.. Usaha, Doa dan Tawakal itu lebih baik.. Semoga kejayaan, rezeki untuk bertapak di mana-mana bidang di kemudian hari insyaAllah akan jadi milik kita.. Jika apa yang kita impikan tidak kesampaian, ingatlah.. Allah lebih mengetahui tentang apa yang perlu oleh hambaNya..

..Jatuh sekali tak bermakna jatuh selamanya..

No comments: