Ukhwah start with a smile..Grows with understanding..and everlasting in Jannah..
Wednesday, December 10, 2008
Raya Haji kembali lagi..
Sahabat bertemu sahabat
Hari rabu minggu lepas (3/12/08),setelah 2 hari balik rumah tercinta..saya bertemu semula rakan2 sekolah..kami berjumpa di LRT Wangsa Maju..al kisahnye jumpa pukul 9.00am..kiranya janji mat salleh la..tapi yg janji mat salleh nye hanya saya dan adzimah je..aishah and azizah janji melayu..hehe..xpe2 disebabkan itu..kesalahan diterima..
Berjalanlah kami ke Mid Valley..(walaupun setiap kali outing UNiSEL saya pergi Mid)..last minit cadangan,kami tengok Madagascar 2..best..menaraik..funny..comel2 belaka haiwan2 tu..haha..ginius..
Before masuk panggung,kami makan McD..huhu melepaskan rindu pada McD..Habis je movie kami pergi solat zohor dulu sebelum round and round the Mid Valley..hurm hajat dihati nak bershopping tapi tak terkeluar pulak duitnye..xda benda yg menarik perhatian..haha..hanya mahu bergambar buat kenangan..maklumlah semua belajar jauh2 belaka..
Tapi bila nak balik,saya terpaksa berpisah dengan dorang di KL Sentral..sebab kena pergi banggunan Shell di Damansara Height..Nak pergi rumah mak cik pulak sebab nak kena jaga anak mak cik..hurm semoga hang out lain kali akan menjadi memory terindah..huhu
Tuesday, October 28, 2008
Best Holiday at Tioman
Wednesday, October 22, 2008
Someone That I love...

Harap anda menerima dengan berfikir bahawa sahabat anda,rakan anda,orang sekekliling anda menegur kerana mereka sayang anda..cuba elakkan berfikir orang yang menegur anda andalah seorang yang ‘bagus’..mereka ada sebab mengapa mereka buat begitu..
Begitu juga insan ini,ada tragedi semenjak dua menjak ini yg membuat saya menegur..Cuma saya x tahu cara penerimaan mereka..Cuma saya nak tekankan disini,nawaitu kita mesti berlandaskan Islam,bukan buat something demi seseorang ataupun belum sampai seru..
Kawan-kawan ku yang amatku sayangi..kita yang telah dilahirkan dalam Islam,kita perlu membawa imej Islam tidak kira dari sudut akhlak,aqidah mahupun ibadah..Semua perkara yang dilengah-lengahkan hanya alasan semata..Jangan bagi peluang kepada syaitan menguasai diri kita..
Maaf kepasa sahabat-sahabat ku..kawan-kawan ku..saudara-saudara seIslam ku..Maaf banyak-banyak andai selama ini ada tutur kata yang membuat anda semua tersinggung ..tapi yakinlah kalian,saya buat begitu kerana saya sayang anda..I love you as my saudara seagama ku..kerana Islam..kerana Allah..
Ingat..segala yang kita miliki kini..bukan untuk selamanya..Jihad demi Islam..Dakwah ibarat genggam bara api...
Monday, October 20, 2008
Ta'aruf

Alhamdulillah..blog ini akhirnya dibuat juga setelah ada ura-ura dihati,kerana memikirkan ada kebaikkannya..
Oklah..tak nak skema sangat..Tapi setiap orang yang kita kenali akan dimulakan dengan sesi ta'ruf..
Nama diberi Nurfarahin Binti abdul Aziz..Lahir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada tanggal 10 Oktober 1989..Anak sulung daripada 5 beradik(bongsu dah dijemput Ilahi)..Mula persekolahan darjah 1 sampai darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati..Sambung sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati sehingga tingkatan 5..Melanjutkan pelajaran lagi di Kolej Matrikulasi Melaka dan kini alhamdulillah sambung belajar di Universiti Industri Selangor (UNiSEL) dalam jurusan Perakaunan..
Apalagi ye??tak pelah..kita ta'aruf dari masa ke semasa..

