.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Sunday, December 26, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah..akhirnya Cik Blog kembali kepada yang asal..

Kalau anda semua perasan, blog nie ada masalah dengan spacing nye.. Dah lama juga tertanya mengapa.. Dan tadi kerja mudah, pergi ke setting dan tukar line nye.. Baru nampak chantek sket.. Okeyh, selamat membaca..

Terpanggil

Rasa terpanggil untuk mencoret sesuatu...

Tapi kepala sedang pendingkan file-file yang ada.. Jam sudah pukul 12 lebih pagi.. Banyak yang ingin di kongsi, tapi file dalam kepala pending.. Semoga hari esok insyaAllah jika diberikan rezeki lagi, mulakan dengan 1 azam yang baru.. TAKBIR..!

Good Night

Monday, December 13, 2010

Selamat Pengantin Baru





Alhamdulillah, upacara akad nikah beserta majlis walimah kakak sepupu selamat dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Semua berlangsung di situ. Akad nikah di masjid UTM, majlis di dewan Alumni UTM. Cucu kedua yang melangsungkan perkahwinan pertama untuk family Hj.Yusoff. Lepas nie siapa pula ya...?



Terima Kasih kepada kak Farah yang meninggalkan kad wangi Andak (mantan Presiden Persatuan i Rakan) yang majlis walimahnya berlangsung pada 12.12.2010. Dan terima kasih kepada kak Tini yang sanggup menunggu saya mengambil kad wangi itu dari beliau sesudah beliau balik dari kerja. Tapi, saya tidak dapat menghadirkan diri. Tidak tahu pula siapa yang pergi meraikan pengantin baru itu. Saya dapat mesej dari En.Presiden bertanya pergi atau tidak. Dan jawapan tentulah tidak kerana masih berada di JOhor meraikan pengantin di Johor.



Selamat pengantin baru buat Noraihanah & Husaini (kakak sepupu) dan Andak bersama Isteri (mantan presiden). Semoga Masjid yang dibina mendapat keredhaan Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.


Thursday, December 9, 2010

Silent till the end..?

Assalamualaikum Cik Blog.. Ziarah sebentar hanya meninggalkan coretan yang berbaki ilham untuk menulis disini..

Apa Khabar kalian..? Sihat..? Alhamdulillah,jaga kesihatan baik-baik ya.. Saya kurang sihat.. Allah menarik nikmat yang ada.. Batuk dari raya puasa hingga kini tidak ada tanda mahu surut..

'Mungkin tuan punye badan degil tak mahu makan ubat batuk..?'

'Erk..mungkin la kot..sebab banyak-banyak ubat yang saya telan,ubat batuk je kurang sikit..xshedap..'

Dan kini, effect dari batuk itu, saya mempunya masalah E.N.T.. Apa tu..? Tanya pada student biology dan segala 'G' yang ada di kampus anda atau sekeliling anda..

Cik Blog.....(*_*)

Monday, December 6, 2010

Salam Muharam

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"




DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Sunday, December 5, 2010

Segalanya bermula selagi lagi

Salam cik blog.. dan juga pembaca setia blog ini.. Mungkin tidak ada apa nak dikongsi bersama,kecuali bualan ringan semata..

Kepada anda semua, saya telah deactivekan Facebook saya.. Mengapa..? Tak tahu lah.. Mungkin lebih baik tidak ada Facebook.. Ada buruk dan baik nya sebenarnya.. Tapi bagi saya macam lebih baik tidak ada la kot.. Mengapa..? Sebab bila saya sign in, tiada apa-apa perkara yang saya perolehi.. Cuma sekadar mengetahui perkembangan kawan-kawan yang mengupdate mereka punye post.. Tapi, jika inginkan perkembangan diri ini, insyaAllah blog ini masih ada dan Yahoo Massenger dan juga email..

Dan sebenarnya nak delete juga .:: Permata Yang Dicari ::. ini, tapi macam sayang sebab saya mula mengenal blog dari Kak Farah sejak tahun barapa ye..? Lupa pula bila kelahiran blog ini..