.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Monday, December 13, 2010

Selamat Pengantin Baru





Alhamdulillah, upacara akad nikah beserta majlis walimah kakak sepupu selamat dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Semua berlangsung di situ. Akad nikah di masjid UTM, majlis di dewan Alumni UTM. Cucu kedua yang melangsungkan perkahwinan pertama untuk family Hj.Yusoff. Lepas nie siapa pula ya...?



Terima Kasih kepada kak Farah yang meninggalkan kad wangi Andak (mantan Presiden Persatuan i Rakan) yang majlis walimahnya berlangsung pada 12.12.2010. Dan terima kasih kepada kak Tini yang sanggup menunggu saya mengambil kad wangi itu dari beliau sesudah beliau balik dari kerja. Tapi, saya tidak dapat menghadirkan diri. Tidak tahu pula siapa yang pergi meraikan pengantin baru itu. Saya dapat mesej dari En.Presiden bertanya pergi atau tidak. Dan jawapan tentulah tidak kerana masih berada di JOhor meraikan pengantin di Johor.



Selamat pengantin baru buat Noraihanah & Husaini (kakak sepupu) dan Andak bersama Isteri (mantan presiden). Semoga Masjid yang dibina mendapat keredhaan Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.


2 comments:

farae al-farafisya said...

selamat pengantin baru...hehehe..
cantik la pelamin dia..

Nurfarahin said...

thanks..heee bagi pihak kakak sepupu..tunggu kad dari akak2 saya je..