Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical jokes' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu, mungkin antara kita pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini.
Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan,serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.
Ukhwah start with a smile..Grows with understanding..and everlasting in Jannah..
Tuesday, March 31, 2009
Friday, March 27, 2009
Tido yang mengganggu atau diganggu??
Jika hari Khamis adalah hari pack saya..Hari Jumaat adalah hari holiday saya..Malam tadi,keletihan yang amat telah menyebabkan saya tidur lebih awal..Awal tak awal,bagi saya awal..kerana kebiasaan saya adalah orang yang paling lambat tidur..
Tetapi malam tadi,setelah beberapa minit saya di alam tidur,kakak rumah telah mngetuk pintu..tanpa sedar,saya membuka pintu dan pada masa yang sama saya terdengar gelombang suara yang amat kuat mengatakan blok H2 perlu dikosongkan kerana berlaku kebakaran..kami yang berada di blok E5..tingkat 4 pulak tu terpinga-pinga..Kemudian dapat pengesahan dari kakak yang duduk di ground floor mengatakan bahawa ia hanya untuk blok H..fuh..!!nafas lega keluar..saya kembali masuk ke bilik..beberapa minit kemudian bunyi siren bomba pulak..aduuhhh apa jadi sebenarnya??
Dengan perasaan ingin tahu,saya bersama kakak rumah turun menuju ke blok H..waaaa mcm pesta baju pun ada..nak kata berada ditepi pantai x juga..saya melihat salah satu blok gelap gelita..dalam fikiran saya "oo munkin berlaku lintar pintas di blok itu.."Tidak lama kemudian mereka-mereka yang berada berdekatan dengan bomba td bersorak gembira sambil menepuk tangan..apa jadi sebenarnya??Rupanya hanya latihan kebakaran..Pada ketika kaki melangkah menuju ke blok semula,guard dengan bangganya sambil menggunakan healer berkata "semua diminta masuk tidur.."
Tetapi malam tadi,setelah beberapa minit saya di alam tidur,kakak rumah telah mngetuk pintu..tanpa sedar,saya membuka pintu dan pada masa yang sama saya terdengar gelombang suara yang amat kuat mengatakan blok H2 perlu dikosongkan kerana berlaku kebakaran..kami yang berada di blok E5..tingkat 4 pulak tu terpinga-pinga..Kemudian dapat pengesahan dari kakak yang duduk di ground floor mengatakan bahawa ia hanya untuk blok H..fuh..!!nafas lega keluar..saya kembali masuk ke bilik..beberapa minit kemudian bunyi siren bomba pulak..aduuhhh apa jadi sebenarnya??
Dengan perasaan ingin tahu,saya bersama kakak rumah turun menuju ke blok H..waaaa mcm pesta baju pun ada..nak kata berada ditepi pantai x juga..saya melihat salah satu blok gelap gelita..dalam fikiran saya "oo munkin berlaku lintar pintas di blok itu.."Tidak lama kemudian mereka-mereka yang berada berdekatan dengan bomba td bersorak gembira sambil menepuk tangan..apa jadi sebenarnya??Rupanya hanya latihan kebakaran..Pada ketika kaki melangkah menuju ke blok semula,guard dengan bangganya sambil menggunakan healer berkata "semua diminta masuk tidur.."
Perjalanan yang sangat jauh..

Sepatutnya hari Khamis adalah hari pack bagi saya..mana tidak nya..kelas pertama bermula pada pukul 8.30pg-10.30pg iaitu kuliah Marketing..Disambung dengan Financial Accounting 2 pada pukul 10.30pagi-12.30tgh hari..dan disambung lagi dengan Management pada pukul 12.30 tgh hari-2.00 ptg..Tetapi hari ini kelas hanya ada satu sahaja iaitu Marketing..Lagi 2 kelas batal kenara pensyarah tidak berada di bumi UNISEL..Gembira pun ada,sedih pun ada..Sedih??Kerana saya tahu bahawa akan ada kelas ganti..Bersenang-senang dahulu,bersusah-susah kemudian..
Dan pagi tadi semasa mendengar ilmu yang diberi oleh pensyarah,saya menerima 1 masej dari En.Presiden bertanyakan tentang Fakulti Sains Pendidikan(FSP) yang kami mohon untuk membuat Expo Maulidur Rasul..Kertas Kerja sudah lama diluluskan..Tetapi banyak rintangan untuk kami melancarkan Expo tersebut..dan setelah tamat kelas,saya bergegas ke Admin FSP dan mendapatkan surat..Alhamdulillah,Rotunda FSP diluluskan tetapi kami tidak dapat LT kerana ada kelas pada tarikh Expo tersebut..tidak mengapa kerana kami sudah ada Plan B yang mana memang saya yakin plan B akan kami jalankan..Kami akan membuat pentas sendiri di Rotunda tersebut untuk menjalankan beberapa aktiviti..
Expo yang akan berjalan pada 31/3 dan 1/4 ini diharapkan dapat kita membuat dengan sebaik mungkin..penat oooo turun naik fakulti..canseleri..HEP...bukan nak mengeluh tapi terasa keletihan nya..Dan tadi seorang muslimeen publisiti memberi softcopy iklan Expo kami.."simple but nice.."tapi bukan muslimeen itu yang buat..S/U publisiti yang membuat iklan itu..semestinya seorang muslimat..
Alang-alang saya turun cafe,saya berkesempatan mengambil slip exam..Pejam celik..exam akan menjelma lagi..masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin..Semoga kejayaan milik kita bersama..Kejayaan milik insan yang berusaha..sematkan dalam hati anda..dan saya??adakah saya sudah bersedia??Mak,ayah..doakan anak mu..Restu kalian amat ain harapkan..
Saturday, March 21, 2009
Saratkan Hati ini dengan Cinta Hakiki

Alhamdulillah..kaki melangkah ke Fakulti Pengurusan Industri untuk menagmbil 2nd test for macroeconmic,iaitu pada hari Sabtu..Lepas nie akan ke fakulti semula untuk replacement class for macroeconomic..lepas class akan balik ke rumah techenta..setelah sekian lama x balik lepas cuti mid term beberapa minggu sudah..
Pada 17 Mac 2009,UNISEL telah menyambut Maulidur Rasul yang dijalankan di masjid UNISEL..Penceramah yang dijemput ialah Dr.Badrul Amin..Ceramah berjalan pada malamnya iaitu selepas Maghrib..Cadang lepas class pada hari Selasa tersebut hendak terus ke Masjid untuk menolong Ustaz dan Ustazah Pusat Islam masak bubur lambuk..Tetapi diminta pulang oleh Naib Presiden untuk membuat surat yang sangat penting..Selesai sudah membuat dan menghantar surat ke Canseleri,kaki melangkah ke Masjid..Bila sampai sahaja,bubur 2 kawah sudah siap..MasyaAllah..sekejap benor kalian masak..
Tajuk ceramah pada malam itu ialah "Dimana kan ku cari ganti"..Intipati ceramah yang sangat menarik..Dr.Badrul Amin telah menyentuh segenap perkara diatas muka bumi ini..baik dari sudut islam mahupun dunia..akhlak kita diatas muka bumi ini..Bila difikirkan,memang benar..apa-apa yang berlaku diatas muka bumi ini adalah kebanyakknnya kerana manusia itu sendiri..Selesai sesi ceramah,kami menikmati sedikit jamuan..
Kami pulang dengan berplastik-plastik bubur lambuk..sambil berjalan menuju ke residen,kami memberi kepada orang kami temui ketika berjalan..banyak oooo bubur tu..Malam itu juga kami semua ke rumah sahabiah yang birthday nya pada 18 hb..kami SERBU!!!rumah beliau..tapi serbu pun x mengejutkan kerana beliau telah melihat kami dr balkoni rumah beliau..aiseyh...kalian nie bising sangat kot..
Akhir kalam..
Thursday, March 19, 2009
"Ratu Syahadah.."
Ratu Syahadah..tajuk itu bukan untuk menceritakan Asiah..Tetapi pada ketika jari bermain dengan huruf ni,lagu itu tgh 'play'..so,tak de tajuk maka saya tulis la Ratu Syahadah..
Pejam celik,saya akan habis semester ke-2 untuk tahun pertama..Bila IPTA cuti 3 bulan nie..saya ada short sem pulak..cuti di UNISEL memang x sama dengan cuti IPTA..pelik sungguh..tp apa boleh buat??teruskan perjuangan anda..
Tapi perjuangan semakin sengit..Nanti akan bekerja pula..nasihat saya kepada anda semua..JIka anda berkomunikai dengan seseorang dalam telefon ketika anda sudah melangkah kaki ke alam pekerjaan..Cuba lembutkan pertuturan anda walaupun orang disebelah sana marah dengan anda..Sukakah anda bilamana anda belembut dengan tutur kata dengan seseorang yang anda tidak kenali..dan orang itu seperti tidak ikhlas untuk berkata-kata..??
Pejam celik,saya akan habis semester ke-2 untuk tahun pertama..Bila IPTA cuti 3 bulan nie..saya ada short sem pulak..cuti di UNISEL memang x sama dengan cuti IPTA..pelik sungguh..tp apa boleh buat??teruskan perjuangan anda..
Tapi perjuangan semakin sengit..Nanti akan bekerja pula..nasihat saya kepada anda semua..JIka anda berkomunikai dengan seseorang dalam telefon ketika anda sudah melangkah kaki ke alam pekerjaan..Cuba lembutkan pertuturan anda walaupun orang disebelah sana marah dengan anda..Sukakah anda bilamana anda belembut dengan tutur kata dengan seseorang yang anda tidak kenali..dan orang itu seperti tidak ikhlas untuk berkata-kata..??
Tuesday, March 17, 2009
Adakah ia seiring dan sejalan?

"Perasaan kita yang kadang kala berbolak balik..Hati kita yang sering tidak tenteram..Percakapan yang melalut..Perbuatan yang memalukan diri sendiri.."
Pernahkah kalian terfikir sedemikian??Mengapa agaknya ya??Sahabat-sahabat yang saya sayangi..saya sayang anda semua..tidak kisah anda lebih tua dari saya..lebih muda dari saya..ataupun...sebaya dengan saya..Dalam konteks sayang saya sebagai seorang sahabat..anda perlu menegur sahabat itu dengan niat dihati,anda sayang mereka..
Sahabat,kadang kala sahabat kita tidak mengerti apa yang mereka lakukan pada ketika mereka bertutur,membuat tingkah laku yang anda rasa janggal dibuat orang..Maka,atas rasa kasih anda..atas rasa sayang anda,tegurlah...
Pada pagi ini saya dapat merasakan kesedihan seorang sahabat kerana sahabatnya..Mungkinkah kerana percakapannya??Mungkinkah kerana tingkah lakunya??Mungkinkah pada sahabat itu tidak merasakan apa-apa..cuma sahabat yang lagi satu itu terasa kerana kesensetifan dirinya??
Saya,sebagai seorang sahabat anda berpesan agar setiap tingkah laku,percakapan,pertuturan..yang boleh membawa kepada kegurisan hati kalian,saya minta maaf dan harap kalian menegur saya atas dasar sayang..atas dasar tafahum iaitu memahami apa yang kalian tidak suka..supaya diri ini berubah untuk menjadi sahabat yang anda tidak mungkin lupakan dalam perkara yang baik..
Saturday, March 14, 2009
Online di bilik gerakan...

Tangan ku lembutkan lagi di key board setelah sekian lama x on9..wireless di residen tidak memuaskan..Ini pun on9 di bilik gerakan i Rakan..sambil membereskan tugasan Persatuan,smbil on9 dan sambil menyokong Exco Keusahawanan punye barang jualan (makan)..hehehe..
Assgment makin menghimpap-himpap kepala..Kerja persatuan seperti mencemburui assgment yang bertimbun itu turut seiring dan sejalan..Sudah berapa lama x balik berjumpa family terceinta..xpe..akan ku usahakan jua untuk bereskan kerja yang di pertanggungjawabkan..InsyaAllah..dan balik berjumpa family..
Di bilik i Rakan nie dah kembali tenang..setenang kami tiba tadi..Jentera-jentera muslimin dah berangkat pulang..ahli Exco Keusahawanan yang datang jua turut berangkat dengan membawa buah tangan untuk dijual didalam Residen..kesian mereka..tp apa boleh buat?untuk menggerakkan Exco sendiri..bagus..!!syabas..!!
Tapi kesimpulan yang saya dapat duduk di bilik Gerakan ini adalah persoalan..
"Kenapa mesti kalau sesuatu persoalan dikeluarkan,mesti membuat conclusion dengan persoalan??"
Fikir-fikirkan dan selamat menjawab..~~
Wednesday, March 4, 2009
Manual atau Auto???


Selasa,3/3/09 tercipta sejarah dimana Nurfarahin Binti Abdul Aziz dan Nur Farahin Bt Mispul bergumbira(malu actually) di Canseleri..Ceritanya bermula begini...
Bermula di booth yang kami buka di cafe Pusat Komuniti Pelajar(PKP) iaitu,kami telah ditugaskan untuk menjaga bersama booth tu..Yang ada disitu pada waktu itu adalah Mantan Presiden i Rakan..NorHezri(Andak),Zharuddin(Abg Muk),Zakwan,Nurfarahin Abdul Aziz dan Nur Farahin Mispul..Saya yang pada mulanya dari Masjid seusai solat Zohor telah memakukan hajat untuk pergi ke bangunan Canseleri untuk mengesahkan Memo perjumpaan Persatuan..Tetapi kita yang hanya merancang,yang menentukan adalah Allah..Saya telah menerima panggilan..
Andak:Assalamualaikum,ni Nurfarahin ke?
Saya:Waalaikumsalam,ye saya Farahin
Saya:Waalaikumsalam,ye saya Farahin
Andak:Farahin Aziz ke Farahin Mispul?
(pulaaakkkk)
Saya:Farahin Aziz..Nape Andak?
Saya:Farahin Aziz..Nape Andak?
Andak:Minta datang booth sekejap boleh?ana nak pergi test nie..
Saya:Sekarang??ok2 saya datang..jap ek..(sebab br lepas solat zohor..nak pakai tudung lagi..)
Andak:ok
Setibanya di booth,sudah ada yang menjaganya iaitu abang Muk,abang Zakwan dan Kak Farahin Mispul..Hilangkan penat dan letih yang rushing tadi dari Masjid ke PKP dengan air oren..Lebih kurang satu jam lebih kami di booth..
Saya:Kak,saya nak sahkan Memo nie..jom pergi Canseleri nak?
Kak Farah:ok je kalau ada motor
Mata saya sudah tertumpu kepada 3 orang muslimin yang berada di booth tu..sambil berfikir,'motor abg Zakwan,brek x lus..' yang ada hanya abg Muk dan Andak je..Tapi entah kenapa lancar sahaja mulut ini..
Saya:Abg Muk,pinjam motor boleh?
Abg Muk:Nak pergi mana?
Saya:Canseleri,cop Memo jap..
Saya:Canseleri,cop Memo jap..
Kunci pun diberi..apa lagi?kaki pun melangkah dengan pantasnya bersama kak Farah pergi ke motor abg Muk..
Kak Farah:Eh,motor nie mcm mn nak start?(motor auto..)
Saya:Entah la kak,akak tanya saya x de lesen motor nie..
Bila dah dapat start,perjalanan pun bermula..dari PKP ke Canseleri..rupanya kak Farah x biasa bawak motor auto..adeeeiihhhhh..~~~xpelah..pres je minyak..asal jalan sudah..huhu..Setibanya di perkarangan Canseleri (Parking motor depan mata tapi jauh lagi untuk parking)..Kak Farah dah tekan brek..bulp..!!Agak tersentak jugaklah sebab brek mengejut..Selesai shaja mengunci motor abg Muk,kaki melangkah ke HEP..Selesai sahaja urusan,apa lagi??balik laa dengan menunggang motor lagi..Tapi bila kak Farah nak start je motor..xnak on..wondering why..??hurm..datang la pulak lelaki nie..jeling2 pastuh tegur la kami..
Lelaki 1:Nape dik?
Kak Farah:Motor xboleh start
Lelaki1:x boleh start??jap saya tengok..Tongkat nie kena angkat dik..(sambil menolak tongkat motor)..ok cuba start..(sambil tangan ke kunci motor..)
Kak Farah:Ni motor orang..sebab tu x boleh
Lelaki1:Eh kenapa ye?Bateri low kot
Kak Farah:Tadi ok je..
(dlam kabut2 tu datang la pulak 2 orang lelaki sebab baru habis urusan dgn Canseleri yang parking motor sebelah motor kami)
Lelaki2:Kenapa nie?
Kak Farah:motor x boleh start..td boleh
Lelaki2:(sambil menekan brek dan menekan start)..tu boleh..
Adoooiiii..huhu oooo kena tekan brek ke???manalah kitaorang tahu..dengan peraasan yg hiba+malu+segan+mcm2 laaaa
sekembalinya kami dr Canseleri ke PKP,booth pun kami tutup..tp terserempak pulak lelaki1 yang menolong kami..muka selenga dia menyebabkan kami malu..Terima kasih abg Muk sebab bagi pinjam motor..tapi...kuikuikui
kepada kak Farah.."kak,lain kali kita pinjam motor Andak jelah.."
dan kepada 2 orang abg yg menolong di Canseleri tadi "maaf bang,kami hanya tahu drive kerete je..itupun manual.."hehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)

