.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Sunday, May 31, 2009

Mari kita berfikir sejenak

Salaam..apa khabar anda hari ini??Apa khabar iman anda hari ini??Jaga ia semolek yang boleh
Tiada apa yang saya ingin perkatakan disini..alhamdulillah Minggu Tekad Siswa(MTS) menjadi kenangan untuk saya belajar lebih lagi mengenai selok belok kehidupan..

Alhamdulillah sekali lagi..syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya masih lagi bernafas seperti biasa..Alhamdulillah,akhirnya debaran menunggu result berakhir juga..Nak tak nak saya kena berdepan juga dengan pointer sebab kertas telah saya duduki..Tetapi usaha + doa + tawakkal adalah jalan yang terbaik..Nak kata berpuas hati dengan pointer boleh juga..nak kata x puas hati boleh juga..apa-apa pun inilah yang perlu saya hadapi..

Perjuangan sebagai seorang hamba terhadap Pencipta..
Perjuangan seorang pelajar terhadap pembelajarannya..
Perjuangan seorang anak terhadap keluarga tercinta..
Perjuangan seorang sahabat untuk sahabat yang lain..
Perjuangan dalam segalanya untuk mencari Ilahi..

Suka saya disini ingin mengajak anda berfikir sejenak..Kalau tak nak berfikir bersama,mungkin ia akan menjadi sedikit pengisian buat kalian..Tetapi setiap persoalan yang saya ajukan mungkin ada pelbagai jawapan..Kesimpulannya,saya tidak meletakkan jawapan saya dan ingin anda berfikir dan mencarinya..

Kenapa ya..manusia mudah beralih arah?Sedangkan perkara sebelum ini adalah perkara terbaik perbuatan mereka??Contoh,solat yang mereka dirikan selama ini ditinggal sebegitu cuma..sayang..!

Kenapa ya..perkara yang baik perbuatannya kita tidak istikomah??Mungkin ini dugaan nafsu diri kita..ya..mungkin

Kenapa ya..bila manusia ini diambang kejatuhan,baru mereka sedar bahawa Allah adalah segala??Maka ingat lah Allah selalu

Kenapa ya..kita hanya fikirkan perkara buruk adalah ujian??Kenapa kita tidak memikirkan kedudukan selesa kita juga adalah ujian??Sedarlah wahai sahabat

Mari sama-sama kita berdoa agar hidayah yang telah dicampakkan kedalam diri kita ini tidak ditarik semula..ketetapan Iman dalam diri..ketetapan pendirian hati ini supaya tidak mudah goyah..
Akhir kalam dari saya..saya ingin berpesan kepada sahabat-sahabat sekalian..ingatkanlah diri sahabat kalian ini jika sahabat kalian ini lalai..insyaAllah dengan teguran baik dari kalian,sahabat ini akan sedar apa yang baik dan apa yang buruk..

Wednesday, May 27, 2009

Fasilitator Minggu Tekad Siswa

Sudah beberapa hari diri ini berada di bumi UNISEL semula kerana mengikuti Minggu Tekad Siswa untuk pengambilan pelajar baru sesi Mei..Saya telah dipanggil 'last' minit mungkin kerana kaki tangan fasilitator tidak mencukupi..

So far perjalanan Minggu Tekad Siswa ini berjalan dengan baik..mungkin ya,mungkin tidak kerana kaki tangan fasilitator kurang..jadi seorang fasi perlu memainkan banyak peranan..

Malam nie Nurul Izzah Anwar akan bersama pelajar-pelajar baru untuk memberi sedikit input..Tidak banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama walaupun ini adalah 1st time saya join MTS..Tetapi penat la kot..penat sangat melayan kerenah budak2 baru..apa-apa pun saya menimba pengalaman yang saya belum lalui..

Sunday, May 17, 2009

Suka dan Duka nya saya disini

Assalamualaikum..Salam ukhwah dari saya..semoga agenda anda hari ini anda lalui dengan tenang..tarik nafas...lepas..!!!
Sukanya saya disini untuk berkongsi sesuatu bersama kalian..Saya tidak tahu kenapa saya ingin berkongsi gambar ini..Jika kalian dapat mendalami maksudnya..alangkah untungnya kalian dapat menikmati bait-bait ini..Jika tidak,hanya sekadar coretan

Duka nya saya disini..baru saya sedari bahawa sebentar sahaja lagi semester baru akan dibuka semula..Nampaknya kerja yang bakal dilalui juga turut serta menyibuk sama..InsyaAllah,dengan hati yang terbuka,derap langkah yang berjalan dibumi UNISEL adalah dengan satu niat sahaja,Allah.Apa yang akan saya hadapi,tidak keseorangan,InsyaAllah..

Thursday, May 14, 2009

Kami berempat lagi..

Alhamdulillah..akhirnya sahabat dari Arau telah tiba di Taman Melawati..Walaupun pertemuan ini tidak dapat menutup rindu perpisahan yang telah berlaku..Tetapi apa yang berlaku sangat manis untuk dikenang..Kepada Aishah Shaharuddin..semoga usia 20 tahun anda mematangkan lagi perjalanan anda..Dan sebenarnya Aishah juga berkongsi tarikh yang sama iaitu 14 Mei dengan adik perempuan aku,Albi..Semoga usia 16 tahun anda dapat anda lalui dengan berharga(sweet sixteen..hihi)..Dan kepada kalian berdua,semoga menjadi insan solehah..amiin..

Ini sahaja yang dapat ditulis..selebihnya,biar gambar berbicara..
p/s:letih sebenarnya baling bola boling..(xde maknanye..)












Wednesday, May 13, 2009

Pidato




PIDATO KEPIMPINAN SISWA BERSAMA YB NURUL IZZAH BINTI ANWAR

Tarikh : 27 Mei 2009 (Rabu)

Masa : 8.45 malam - 11.00 malam

Tempat : Dewan Besar UNISEL, Bestari Jaya, Kuala Selangor

Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL (MPPUNiSEL)Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Islah

Pakaian : Kemas dan Sopan

Sunday, May 10, 2009

Lakaran Minda

Salam..apa khabar semua?(walaupun saya tahu seorang je yang sedang membaca)..Alhamdulillah perjalanan cuti nie dihabiskan dirumah setakat ini..Saya menjadi 'bibik' yang serba boleh..hehe..dalam erti kata lain menolong mak dengan membuat kerja rumah..Bila lagi nak tolong??Cuti pun bukan boleh belajar..melainkan menimba ilmu yang patut ditimba..
Setakat nie keluar dengan kawan-kawan sekolah lama masih belum bermula..memandangkan sahabat dari Arau,Perlis masih disana..

"Kami menunggu kepulangan mu Jijah.."

Tidak ada apa lagi yang ingin dikongsi..setakat lakaran minda sahaja..Doa saya buat kalian..Semoga perjalanan kita diberkati oleh Nya..InsyaAllah..

Senyum seindah suria yang membawa cahya

Senyumlah dari hati dunia mu berseri

Senyum umpama titian dalam kehidupan

kau tersenyum..ku tersenyum..Kemesraan menguntum

Senyum..kepada semua

Senyuman mu amatlah berharga

Senyum seperti Rasulullah

Dengan senyuman terjalinlah..Ukhwah...

Wednesday, May 6, 2009

Imtihan Dunia..

Alhamdulillah blog di lakar lagi..Kali ini lakaran dibuat di rumah..Alhamdulillah,semu paper peperiksaan telah selamat saya jalankan..Syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang berjuang sehingga tamat paper..Semoga apa yang kita usahakan,kita berdoa dan tawakkal kepada Yang Maha Esa..Dia mendengar dan merindui rintihan hambanya..

Kepada yang dilambung gelora Imtihan dunia..Harapan saya kepada anda agar menjadikan imtihan ini suatu perkara yang dapat anda lalui dengan tabah,agar hari yang akan datang membuat anda bertambah matang..Kepada sesiapa yang mendapat imtihan atas kesalahan diri..Semoga anda belajar dari pengajaran..

Tahniah diucapkan kepada Maryam Atikah kerana dapat melanjutkan pelajaran ke asasi UIA..Semoga perjalanan akademik anda berjalan dengan lancarnya..Apa-apa masalah hadapi dengan hati yang cekal(",)

Dan kini bermulalah perjalanan cuti saya selama kurang lebih sebulan..Sebelum saya mendaftarkan diri ke semester pendek yang akan berjalan selama 2 bulan..InsyaAllah


Friday, May 1, 2009

Wa kena beb..!!!


Alhamdulillah,semalam birthday Timbalan Presiden disambut lagi..kali ini aku hanya menjadi tetamu jemputan Kak Tini dan Kak Farah..Kek sudah ditempah di cafe library beberapa hari lepas(kak Farah tolong tempah kan kot..)Dan agenda Kak Tini dan KakFarah untuk kenakan Timbalan Presiden masih dirancang ketika kami berjalan ke Kompleks Sukan(IPIS)..

Ketika kami sudah mendapatkan meja,Kak Tini dan Kak Farah masih lagi memikirkan kejutan yang hendak dikenakan itu..Akhirnya aku bersuara..

"Azli ikut x??kalau dia ikut,suruh dia komplot sekali la..Buat2 macam ada tinggal benda kat bakul motor..Tapi sebelum tu salah sorang kena letak kek tu kat motor la.pastuh datang balik kat meja nie.."

Nampaknya rancangan ku mendapat kesimpulan mereka..Setuju..!!Apabila kelibat motor Timbalan Presiden itu dilihat..kami mencari kak Farah yang sedia menyorok entah dimana..Apabila mereka mendekati meja kami..kami seperti tidak menahan dari gelak..haha..mana tidaknya,kasihan jika difikirkan..Kami berborak santai sebelum Azli bersuara bahawa ada tertinggal sesuatu dimotor..Sepeninggalan Timbalan Presiden itu buat seketika,Azli memberitahu bahawa sebenarnya Timbalan Presiden itu dalam emosi..kerana Azli tidak menjawab soalan yang ditanya oleh Timbalan Presiden..

T.Presiden:Siapa Telefon?
Azli:Tak de siapa..
T.Presiden:Tak pe tak nak bagi tahu..lain kali sesiapa yang call abg jangan tanya..
Uish..~~~sampai begitu sekali..??Tetiba telefon Kak Tini berbunyi..aiseyh..dia call dari motor..Tibanya dia di meja..kami gelak kerana rancangan akhir nya menjadi..huh..!!Tapi dia mengambil kek yang ditinggalkan sekali dengan 'barang' yang tertinggal oleh Azli..

Tidak lama kemudian,Andak tiba..Dan kami memulakan majlis secara Islamic..meja makan kami disebelah terus terdiam.Bagus juga jika ditunjukkan cara yang kami lakukan ditengah-tengah orang ramai yang sedang makan..Bukan apa,dibumi UNISEL yang sedia maklum,mereka perlu ada kesedaran bahawa dunia ini sementara..Kami bertukar-tukar cerita,pendapat dan pandangan..

Akhir kalam..kepada wa kena beb,semoga anda sihat selalu..segala nikmat hanya sementara..Kepada Andak yang akan meninggalkan bumi UNISEL buat selama-lamanya(tahun akhir),selamat berjuang dalam dunia yang sebenar,yang lebih luas lagi..Kepada yang menagnjurkan wa kena beb ini..Terima kasih kerana sudi menjemput..Kepada Azli..terima kasih kerana berkomplot..kepada aien,thanks for the pictures..