.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Saturday, April 7, 2012

Semangat Al-Fateh, dirikan Tahajuud

Assalamualaikum blogger, follower *ada ke?*, friends, and you who reading this post.

Lama dah tak jejak kaki kat sini.. Last post about Mustafa Kamal Artartuk, Penegak Agenda Yahudi.. Kan? Sorry guys.. Buku tu masih dalam bacaan *lamanyeeee*.. Tapi malang nya nenda saya minta pinjam sebab dia nak baca.. So, saya proceed dengan buku Sultan Muhammad Al-Fateh.. Best!

Sebenarnya kena baca dulu Sultan Muhammad Al-Fateh, baru boleh baca Mustafa Kamal Artartuk.. Sebab kedua-dua insan ini saling berkait rapat.. Berkait rapat dengan negara mereka yakni Turki..

Sultan Muhammad Al-Fateh telah gulingkan kerajaan yang zalim. Jadi, hadith nabi sangat benar.. Konstantinopel akan dibebaskan oleh sebaik-baik raja, itulah rajanya.. dan sebaik-baik tentera, itulah tenteranya (Hadith riwayat Imam Ahmad Bin Hambal)..

Bila baca buku nie, semangat jihad sangat kuat datang dalam diri.. Seperti berada pada waktu peperangan tersebut..

Kapal yang berlayar atas daratan, Subhanallah.. kuasa Allah sungguh besar untuk membantu askar Islam pada masa itu

Salah satu yang paling saya ingat adalah semasa Sultan Muhammad Al-Fateh ingin melantik Imam di masjid yang telah mereka masuk di Konstantinopel.. Sebenarnya masjid itu adalah Gereja semasa pemerintahan Raja yang zalim.. Maka apabila Muhammad Al-Fateh ingin melantik Imam, dia tak tahu macam mana nak lantik..

Jadinya, dia telah tanya kepada penduduk merangkap rakyat-rakyat beliau..Rakyat yang berkumpul di masjid pada ketika itu bersiap sedia untuk solat Jumaat, tapi tidak mempunyai Imam, diminta berdiri.. Maka, Sultan Al-Fateh bertanya :

"Siapa diantara kalian pernah meninggalkan solat 5 waktu? sila duduk.."
Maka ketika itu tiada seorang pun duduk.

"Siapa diantara kalian yang pernah meninggalkan puasa sunnat?"
Lagi sekali, tiada seorang pun duduk.

"Siapa diantara kalian yang pernah meninggalkan solat sunnat rawatib?"
Segelintir rakyat duduk.

Sampai suatu ketika, Sultan bertanya "Siapa diantara kalian pernah meninggalkan Tahajjud?"
Maka ketika itu tinggallah baginda seorang yang masih berdiri dan terlantik dengan sendirinya beginda untuk menjadi Imam masjid tersebut..

Itulah sebaik-baik raja.. Itulah sebaik-baik tentera..