.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Tuesday, December 20, 2011

Cerita Biji Sawi

Salam silent readers.. Harap dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang mencoret dalam Cik Blog. Pejam celik, sudah 20 hari saya 'bekerjaya'.. Masih ada lagi 6 1/2 bulan lagi... Manarik!

Anda pernah makan dikedai mamak tak? Kalau pernah.. Syabas! Kalau tak pernah, mesti anda pernah menjenguk lauk pauk kat kedai mamak bukan? Pernah terperasan tak ada satu hidangan sayuran kat kedai makan mamak akan ada kobis goreng? Ala yang warnanya kekuningan, dicampur dengan biji sawi sedikit.. Mesti perasan kaaann?

Nak dijadikan cerita, tadi (20hb Disember 2011) saya telah diarahkan bekerja dikawasan Sg.Buloh.. Sempadan Damansara.. Masa lunch hanya ada 1 kedai makan mamak je.. Hanya 1.. Kami (saya, kak Zati & Fay San) pun perhi lunch di situ.. Amik oder air dan kami menjenguk nasi berlauk kedai mamak tu.. Rupanya kami semua ambil goreng kobis sebagai sayuran.. Sedang asyik menjamu selera,

Fay San :Ini goleng kobis aa selalu famous oo.. mana-mana kedai pun mesti ada

Kak Zati : Ya laa.. Semua kedai mamak ada goreng kobis nie..

Saya hanya senyum.. Menikmati nasi yang BANYAK!

Tiba-tiba..

Fay San : Ini apa ho? Biji sawi haa? (Sambil menunjuk biji sawi)

Kak Zati : A'ah.. masakan mamak memang suka letak biji sawi

Fay San : Boleh makan ka? Dia tak tumbuh dalam kalau makan?

Saya hanya mengerut kening tanda berfikir.. Bila direnung semula, banyak kerenah officemate saya.. Makin mengenal dunia luar, makin banyak kerenah yang saya masak.. Walaupun dah pernah bekerja di Shell & Jusco..

Thanks Allah because let me know them..

Sunday, December 4, 2011

Benda baru..nice!


Assalamualaikum cik blog, dan buat pembaca juga. Harapnya menjadi silent readers tanpa jemu k..

1 Disembar 2011, mulanya hari praktikal..

Ya! saya akan cerita mengenai praktikal aje dalam 6 bulan..emm silap..7 bulan yang akan datang. Kenapa 7 bulan? Sebab saya mula 1/12/11 - 30/6/12. Tak ke 7 bulan? Lamakan? haha.. Saya pun pening. Hari pertama datang kerja sudah mula terasa "alangkah bestnya kalau 30 Jun tu esok!" Tapi tak boleh sebab saya yakin dan percaya 7 bulan yang akan saya lalui ini akan ada tawa riang dan.. sedih sebab kena marah. Harapnya benda tu tak jadi..

OK! Hari pertama, datang pagi tu dan melangkah masuk office.. Impression pertama "Banyak nye fail!" Sungguh... memang banyak sebab tempat praktikal saya ni ialah audit firm.. Kerja mengaudit kerja orang(syarikat). OK, then saya diminta duduk.. Lama jugak la..Masing-masing buat kerja sendiri..hmm macam ni ke dorang kerja? stress nyee~ Then, amoi kat belakang bagi 3 fail yang mana ketebalannya semua seperti kamus dewan..hohoho.. 1 syarikat dan ada 3 fail. Saya diminta membelek fail-fail tersebut.. Ini je ke? Lama kemudian, advisor datang. Dia juga sama, datang-datang terus buat kerja.. Angkat call, cakap debit credit, sebut subsidiaries..

Oh! tiba-tiba teringat cikgu sekolah yang ajar akaun *_*

OK~ Saya yang duduk menelek fail tidak diendahkan. Saya bangun dan pergi sendiri kearah beliau (seorang chinese yang saya panggil Miss Yew) dan melaporkan diri. Barulah dia tercari-cari fail intership untuk firm beliau.. hmm banyak sangat fail sampai fail student internship pun tercari-cari..

Berkanalan dengan seorang kakak ni membuat saya lebih selesa sedikit. Sebab dalam office ada 13 orang, 4 orang (termasuk saya) perempuan melayu.. Yang lain cina! Tanya kakak Zati, "akak, nak solat kat mana?" Perkara pertama yang saya cari masa masuk office adalah surau. Kakak tu kata "surau dalam office TAK ADA~ Tapi kitaorang selalu solat dalam bilik akaun tu. Tapi kalau ada orang, pergi surau. Dekat je surau, kat sebelah flat sana." Nasib baik surau flat dekat.

Tepat jam 1, Miss Yew kata masa untuk rehat.. 1jam. Cepat-cepat saya pergi surau. Solat dan selesai, pergi beli roti. Roti je lunch? Yup!roti je memandangkan hari pertama masih kecut perut untuk bekkerja. Lepas lunch naik semula dan review fail balik. Tiba-tiba miss Yew tanya reti guna word & excel tak. Mestilah boleh miss ;) Cheh poyo pulak~

Miss ajar macam mana masuk sistem.. Buat kerja sikit dekat exel & word.. Dan dia bagi sikit kerja. Balik rumah jam 5.45ptg.. Before balik miss kata "Esok you ikut Penny untuk kerja" ook~

Nice untuk hari pertama. Tapi mengantuk yang amat masa takda kerja tu..

******* End hari pertama *******

Hari kedua,2 Disember. Seperti yang diarahkan, saya membuat kerja bersama miss Penny.. Gayanya seperti classmate saya, Siau Sye Yin. Garang tapi manja.. Make me miss my classmate so much! Mereka belum memulakan perjalanan praktikal mereka lagi.

Ok, back to the story. Buatlah kerja.. Di ajar macam-macam. Start buat kerja dalam 8.40pg.. Bila kalih jam, 11 pagi!! Maaakkkkaih~ cepatnya masa berlalu. Semalam kemmain ngantuk yang amat. Masa lunch pergi Jusco AU dengan kak Zati sebab surau yang berdekatan tak sure buat solat jumaat atau tak.. So, kami solat kat Jusco & luch sekali. Makan roti Labohame.

Balik lunch pukul 2 lebih. Lambat 10 minit kot masuk office. Sorry everyone~ Balik dan sambung kerja semula. Kalih jam, pukul 5. Cari fail invoice dan tick pada helaian kertas kerja, jam menunjukkan pukul 6. Dalam hati berkata "Dorang nie tak nak balik ke? Aku belum solat Asar lagi ni" Tekadkan hati, tanya miss Penny "Miss, can i go back? I will continue back my work on Monday" Nasib baik dia kata OK! Kalau dia suruh buat sampai habis, gamaknya kena solat Asar dulu kat surau berdekatan memandangkan bilik akaun pun belum ada yang pulang. Balik dan kelam kabut solat! Oh... Kalau beginilah caranya untuk solat Asar, akan saya minta excuse untuk solat dulu.

So, setakat dua hari masuk office setakat ni ok laa.. Banyak benda baru yang saya belajar.. Nice! Banyak yang di refresh semula tentang akaun sejak dari form 4 saya belajar. Masa ni baru teringat cikgu-cikgu sekolah, pensyarah-pensyarah Matrik & UNISEL.

Saya memperingatkan diri sendiri.
"Tak tahu tanya! walaupun benda tu mungkin kecil dan ringan. Tapi untuk belajar & gain knowledge banyak-banyak. Setiap benda yang kita buat mesti ada susahnya."

Wednesday, November 30, 2011

Jika kau seorang...

Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.

Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….

Tuesday, November 29, 2011

Kata orang.. Kata saya?

Assalamualaikum dunia!
Saya masih menghitung hari untuk praktikal.. Menghitung hari untuk keputusan exam keluar..

Sungguh, saya akan merindui zaman belajar! Kata orang, belajar lagi best.. Kata orang, belajar tak payah fikir tentang apa-apa.. Kata orang, belajar itu sentiasa susah walau apa jua bidang yang kita ambil..

Sejarah persekolahan saya bermula di sebuah Tadika Cina.. Apa ntah nama tadika tuh..tak ingat sebab masa tu tadika tu yang paling dekat dengan rumah wan (nenek).. Pergi sekolah, Isnin-Khamis pakai uniform skirt paras lutut.. Ingat lagi warnanya, kuning air dan coklat. Hari Jumaat pulak pakai t-shirt putih, tulisan cina warna merah beserta seluar pendek warna merah paras lutut.

Naik sekolah rendah, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati (1). Pergi sekolah masa nie jalan kaki je sebab rumah wan dekat dengan sekolah.. Dekat sangat! Petangnya sekolah Agama Rakyat Taman Melawati. Begitulah rutin sekolah rendah, pagi dan petang sehingga darjah 6.

Cuma masa darjah 1, awal persekolahan saya pakai skirt jugak.. Tak ingat sama ada mak belikan atau saya yang mintak.. Cuma seingat saya, baju sekolah tu saya pakai hanya untuk 2-3 minggu pertama persekolahan. Sehinggalah ada satu hari, waktu Pendidikan Islam ustazah nie bercerita tentang rambut yang dibelah tujuh untuk meniti titian sirat. Kata ustazah, siapa yang tak tutup aurat nanti susah nak menyeberangi titian itu. Selepas dengar je penyampaian ustazah dalam kelas, terus saya pergi sekolah pakai baju kurung dan tudung. Sebenarnya baju kurung dan tudung untuk hari Jumaat. Maka bertambahlah koleksi baju kurung dari sepasang ke beberapa pasang..

"Terima kasih ustazah.. penyampaian ustazah yang pertama dapat saya hadamkan.."

Naik sekolah menengah, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati.. Masa nie duduk rumah sorang-sorang.. Dah start duduk sorang. Bila ada tusyen, saya pergi tusyen naik basikal.. Perjalanan sejuah 2KM..

"Jauh ke? Dekat kan..."

Sampai saya tingkatan 5 sekolah di sini. Sebenarnya sewaktu tingkatan 4 dapat tawaran pergi sekolah teknik. Tapi hati berat ingin meninggalkan sekolah.. Jadinya saya berpencen juga di sekolah yang sama sewaktu masuk tingkatan 1.. Tingakatan 4 & 5 saya amik aliran sains akaun.. Matapelajaran yang terkandung dalam subject elektif adalah Kimia, Fizik, Akaun & Add Math. Saya suka Math.. sebab tu saya amik akaun..

Selepas tingkatan 5, saya dapat tawaran di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Disinilah saya mengenal erti ASRAMA! Pertama kali masuk kot.. Tapi budak-budak bilik kata saya seperti orang yang sudah berpengalaman duduk asrama.. Mereka tak tahu agaknya dalam hati ni Allah je yang tahu betapa gelisah nak tinggal berjauhan dengan keluarga.. Selama setahun di KMM.. baru saya mengenal erti pointer.. Yup! Pointer.. Sebab di sekolah biasa hanya guna bilangan A sahaja. Roomate saya dari MRSM Muar sudah guna istilah pointer ni..

Setahun di KMM menempatkan saya di UNISEL. Sebelum masuk UNISEL, saya berhajat ingin melanjutkan pelajaran di Institut Perbadanan Baitulmal (IPB) sebab masa ni result matrik tak memberansangkan.. Sebelum berkira masuk ke IPB, UNISEL call.. Katanya saya diterima melanjutkan pelajaran Ijazah Perakaunan.. Selama 4 tahun di UNISEL lebih mematangkan saya erti hidup.. 'Dari mana kita datang.. Nak ke mana selepas ini'.. Lebih pedih lagi, jatuh bangun dalam study! Sakit... Sapa kata tak sakit.. Kawan-kawan dapat absorb dengan pantas.. Tapi saya?

" Kan Allah ada "

Ini adalah kata-kata azimat tatkala hati dirudum kejatuhan..

Tapi dari UNISEL lah banyak mengajar erti bekerja dengan persatuan.. Berkenalan dengan sahabat yang berlainan fakulti.. Bekerja untuk Minggu Tekad Siswa sempena menyambut adik-adik baru yang bakal mengenal erti kehidupan Universiti..

Dan kini, saya menghitung hari untuk masuk ke audit firm..

' Oh Allah, permudahkan segalnya '

Berbalas SMS dengan seorang yang berpangkat kakak, katanya ' pergi praktikal hanya perlu semangat dan berdoa.. InsyaAllah segelanya lancar '

Dan kini, erti menuntut ilmu di universiti sudah berakhir.. Menuntut ilmu di jalanan kehidupan yang menunggu.. Dan saya berharap agar tidak menjadi orang yang dalam menyesal di dunia yang abadi kelak!

Tuesday, November 22, 2011

.:: Cuti ! ::.

Salam silent readers. Ni hoa ma? Semoga nikmat kesihatan yang diberikan oleh Rabbul Izzati dapat kita manfaatkan bersama.

Alhamdulillah, hari Ahad selamat tiba di Taman Melawati setelah mengangkut barang dari rumah mak cik di Shah Alam. Sudah menjadi penghuni tetap rumah semula. Cuma sekarang adik beradik tinggal saya, Firdaus & Afif kerana Albi sudah pulang ke Jengka untuk memulakan kuliah beliau.

Angkut barang-barang dari rumah mak cik seperti mahu berpindah dari rumah. Banyak ooo barang den! Rak buku ketinggian paras pinggang dan meja study Jepun. Buku-buku kuliah selama satu tahun di Shah Alam diletakkan dalam kotak Toyogo. Berat kot~ Ilmu Barangkali..

Sebelum berpisah dengan mak cik yang hendak berangkat ke rumah nenek di Taman Melawati, saya menyalami beliau.. Say thanks and sorry for everything and halalkan makan minum.. (sedih~) Lepas tu buka pintu di tempat duduk sebelah driver.. say thanks to suami dia pulak. Sedikit conversation berlaku sebelum mereka bergerak. Walaupun ke suatu destinasi yang sama dengan saya, tapi saya gerak lambat sikit memandangkan sudah berjanji mahu jumpa orang selepas zohor.

Hajat jumpa adik ini, tiba-tiba tertimbul satu idea.. "Hadiah konvo dia belum bagi lagi.. Nak cari sat la..Tapi apa dia?" Jalan di dalam Giant terjumpa botol Bros seperti yang saya selalu kendong kehulu kehilir.. Sahabat sekeliling gelarkan itu baby saya! Sebab tak lekang dari tangan.. ' Air bagus untuk kesihatan la '

Ok, sambung cerita.. Jumpa je botol tu dalam Giant, saya pun belek dan belek dan belek.. "Mahu beli yang berapa liter punye? Yang kecik sudah kot.. Nanti takut beg beliau berat pulak, memandangkan beliau menggunakan khasiat beg itu sepenuhnya.. Ok! amik 500 ml punye" Botol air tersebut disertakan dengan key chain Smurf! comel~

Semalam, Alhamdulillah hajat hendak menelefon Audit Firm yang bakal saya jejaki pada 1 Disember nanti, tercapai. Bertanyakan apa yang perlu dibawa.. Mana tahu kena bawa sijil ke.. surat dari Unisel ke.. dan malamnya saya sudah selesai mengemas beg baju.. Turun naik tangga sebab bola Harimau Malaya lawan Garuda berlangsung untuk Sukan Sea.. Harimau telah memetahkan sayap Garudah.. Syabas diucapkan!

Dan hari ini, sudah dua hari menghabiskan masa di rumah tercinta.. Semalam adik-adik plan nak keluar hari ini. Kata mereka selepas solat Zohor di masjid. Tapi tak tahu plan macam mana. Sebab sekarang mereka ada kelas mengaji di masjid.

Selamat Bercuti semua! Rindu Shah Alam

Sunday, November 20, 2011

Mana nak cari?

Salam blogger.. Morning! Jam latop tunjuk pukul 8.58 pagi. So? Kalian dah Dhuha? Kalau belum, boleh la berbuat demikian. Banyak manfaat Dhuha.

Bukak Muka Buku hari ni, ramai post tentang tarikh hari ni : 20112011 : Menarik? Ada yang kata 'Kalau create sweet memories ok jugak' .. Ada yang post 'Jom couple' .. Boleh ke couple? Mana boleh. Islam hanya menghalalkan perkahwinan, hatta tunang pun kena ada mahram yang teman untuk berjumpa.

Ok, saya create 20112011 dengan berpindah sepenuhnya dari Shah Alam ke Taman Melawati. Saya akan mula praktikal 1/12/2011. Takut nak masuk audit firm. 'Tapi tak pe.. kan nak belajar' (Tenangkan diri sendiri). Banyak pengalaman yang saya timba sejak duduk di Shah Alam. Daripada tak tahu jalan, sampai sempadan Shah Alam nak masuk Klang saya dah tahu. Tapi mengambil masa jugak la nak hafal jalan. Sekali pergi ke suatu tempat mesti akan sesat! Tapi tak pe, sesat boleh belajar.. Boleh tahu tempat orang.. Nanti dah tak sesat..

Ingat lagi dulu masuk Shah Alam mesti cakap 'Kenapa Shah Alam banyak roundabout?' Tapi dengan roundabout tu la saya banyak berjalan.. Percaya tak? hahaha.. Kaki jalan saya ni.. Tapi jalan dengan niat yang baik ye..

Dan 1 perkara yang saya baru add dalam makanan kegemaran selain ABC seksyen 2, Nasi Campur seksyen 2, Tutti Frutti.. ada lagi 1 makanan terbaru yakni bubur daging Ani Sup Utara. Sedap! Mungkin sebab saya suka bubur.. Jadi, letak la bubur apa pun, saya akan telan.. (rasanya semua makanan saya telan >_< )



Gambar diatas menunjukkan bubur daging Ani Sup Utara.. Lepas pindah ke Melawati, mana nak cari Ani Sup Utara? 'Aih~ KL xde ke Ani Sup Utara nie' Jangan la tanya.. Saya belum search kat uncle Google lagi untuk itu..

Semoga perjalanan saya dipermudahkan olehNya bila dunia baru menjelma. Dan semoga peperiksaan saya baik-baik belaka keputusannya. InsyaAllah.. Dengan Allah jualah saya bergantung harapan.

Friday, November 18, 2011

Alhamdulillah, thanks Allah

Assalamualaikum, salam jumaat kepada pembaca yang setia membuka Permata Yang Dicari.

Alahmdulillah, peperiksaan akhir untuk semester ni telah selamat dijawab pada 14/11/2011. Bagaimana perjalanan paper-paper itu? Sekarang hanya mampu berdoa dan bertawakkal. Hanya Allah yang mengetahui rezeki yang Dia ingin turunkan kepada hambanya.

Tapi jangan bimbang jika permintaan kita tidak di makbulkan oleh Dia. Maksud makbul disini, apa yang kta minta, Allah tak bagi. Mengapa? Sebab Dia akan memberi mungkin dengan rezeki yang lain atau permintaan kita akan dibalas di akhirat kelak.

Bercakap mengenai rezeki, Alhamdulillah, semalam keputusan peperiksaan UPSR keluar. Antara calon-calon yang mengambil keputusan itu adalah adik saya yang bongsu. Mungkin Allah lebih tahu apa yang adik saya perlukan. Keputusan yang memeranjatkan kerana prestasi dia sangat bagus. Tiba hari kejadian, keputusan bukan seperti yang dijangka. Afif mendapat 4A 1B. Tahniah diucapkan walaupun sebelum nie graf anda maintain 5A.

Bila difikirakn semula, mungkin ada hikmah dia tidak mendapat semua A. Mungkin Allah tidak membenarkan dia memasuki asrama atas sebab-sebab yang kita sendiri tidak tahu. Berborak dengan bonda, MRSM strict.. Mereka perlukan pelajar cemerlang 5A. SBP juga begitu. Dan mungkin akan memohon Sekolah Rancangan Khas di Sri Keramat. Apa-apa pun, hidup anda sudah bermula Muhammad Afif. Tahniah atas kejayaan anda!

Dan saya masih di Shah Alam untuk menguruskan perkara-perkara yang perlu diselesaikan. Saya sangat-sangat bersyukur diatas apa yang Allah limpahkan diatas diri ini. Alhamdulillah Ya Rahman..

Friday, November 11, 2011

Thanks =)

Thanks mak..

Semalam angin demam datang lagi. Tak tahu apa sebabnya. Bangun Subuh terus rasa tak selesa badan. Dan semalam ada 2 kertas untuk saya ambil dalam keadaan demam. Sebelum pergi paper pagi, telan 1 biji ubat. Balik dari paper petang, tidur sekejap.

Masa rehatkan diri sekejap tu, mak call tanya macam mana paper. Bagi tahu mak 'Ain demam'. Mak pesan jangan tidur, set jam. 'OK mak'..

Dalam pukul 1.30 petang mak call nak make sure anak dia nie dah bangun. 'Dah bangun mak, baru lepas solat'. Sebelum pergi paper petang, telan lagi 1 biji ubat. Dan kebetulan paper kat Dewan. Memang sejuk yang amat. Tawakkal je sebab tak ada sweater.

Tepat 4.45 petang, saya keluar.. Paper habis jam 5.30 petang.. Tak boleh tahan sejuk. Tangan dah jadi pucat yang amat, kuku dah hampir kebiruan. Balik terus baring sekejap sebelum solat Asar.

Bila call mak petang tu, minta mak past kan sweater pada mak cik yang dekat Shah Alam ni sebab ada urusan dekat rumah wan (rumah nenek).. Lepas solat Isya' telan ubat lagi. Bila mak cik dah balik malam tu (tak tahu pukul berapa), mak cik bagi sweater dan air. Bila tanya 'Air apa', 'Air Yaasin, mak Ain bagi'.

Alahmdulillah, pagi ni dah ok sikit. Sesungguhnya sakit dan sihat adalah nikmat. Thanks Allah for give me a wonderful mum. Thanks mak!

Sunday, October 16, 2011

Hari anda akan tiba juga

Dalam singkatan masa yang ada sebelum Maghrib, ingin mencari sedikit ketenangan dalam Cik Blog ini. Dah bersawang. Maaf kepada sesiapa yang mengfollow, saya memanfaatkan masa sebagai student akhir di alam kampus.

Tahniah kepada yang bergraduasi. Kakak-kakak dan abang-abang serta kawan-kawan yang saya kenali, saya sampaikan Tahniah dari alam maya (SMS) je. Saya mampu merancang tapi ada yang perlu didahulukan bila saat akhir plan bertukar.

Suka saya melihat kegirangan anda dalam photo yang anda sharekan bersama. Mana lagi kalau bukan Muka Buku. Apa yang dapat dikongklusikan disini, perjuangan selepas ini mungkin lagi mencabar. Sebab? Sebab, bila kita bersama masyarakat, banyak karenah manusia yang perlu kita tempoh. Dengan masalah kerjaya, kewangan, dan mungkin ada yang sudah berfikir untuk mengakhiri zaman bujang.


Apa ada dengan Konvo? Bila pasangan masing-masing bertemu dengan orang tua pasangan. Menarik? hahaha.. Saya sudah berfikir tentang itu. Melalui apa yang saya dapat, mungkin pada masa mereka bertemu dengan orang tua, disitu sudah dititikkan bahawa kasih mereka perlu diakhiri. Bukan diakhir dengan putus! tapi ke jinjang pelamin

Betul ke? Mungkin..

Jadi, kepada kaum adam diluar sana, yang sudah bertemu dengan ibu dan bapa kekasih hati anda, pastikan anda berjaya dan peroleh kerjaya. supaya anda senang untuk menyara anak orang kelak.

Tahniah lagi sekali diucapkan kepada yang berkonvo. Saya tumpang gembira dengan kejayaan dan kegembiraan anda. Hari saya juga akan tiba. InsyaAllah

Ok! Maghrib dah nak masuk. Selamat Beribadah!

Thursday, July 14, 2011

Letih

Salam cik Blog.. Apa khabar para pembaca..? Harap berada dalam keadaan sihat kehandakNya.

Alhamdulillah, masih lagi diberi rezeki untuk memulakan hari baru..semangat baru..insyaAllah..

Sebenarnya saya baru lepas mengikuti Minggu Tekad Siswa (MTS).. Ramai kot yang mendaftar memandangkan FOB di kampus Shah Alam.. 1:3 fakulti..Bayangkan~

Dan MTS kali nie saya bertukar arah angin.. Diletakkan di dalam exco Protokol.. Best! Banyak benda yang saya buat. Bertugas seperti Setiausaha diakala zaman berpesatuan dahulu. Terima Kasih banyak kepada ketua Exco Protokol, Afif Khairi dan ahli-ahli Exco Protokol, Ejam dan Dayah Musa. Best bekerja dengan kalian walaupun saya pangkat kakak dengan kalian..

Tapi peluang terakhir malam MTS saya tak dapat hadirkan diri.. Berhibenasi di dalam surau sebab keletihan.. Mungkin ada hikmahnya mengapa ALLAH tidurkan saya dan rezeki untuk melihat persembahan adik-adik tidak kesampaian..

Akhir kalam, saya letih mengikuti MTS kali ini dengan keadaan berbaloi! Terima Kasih semua!

Tuesday, June 28, 2011

Pusat Tution

Assalamualaikum, diharapnya pembaca yang terus mengikuti perkembangan .:: Permata Yang Dicari ::. ini akan terus mengikutinya. Maaf, mungkin sekali sekala sahaja boleh mencoret memandangkan tugasan yang perlu dilaksanakan amat banyak!

Pejam celik, rupanya cuti semester kian berlabuh. 2 Julai akan ada sesi kemasukkan fasilitator untuk menyambut kedatangan student baru Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang dijadualkan pada 9 dan 10 Julai.

Cuti ini banyak dihabiskan masa di Shah Alam mahupun Melawati. Berulang saya balik ke Melawati setiap minggu memandangkan hari biasa saya bekerja. Opps~ hanya sebagai seorang guru tution! Walaupun hanya sebagai seorang guru tution, saya rasa itu bukanlah satu benda yang remeh. Kenapa? Sebab bergaul dengan student darjah 6 ada baik dan sedikit buruknya. Baiknya adalah, saya dapat melihat prestasi adik-adik nie. Manusia tidak diciptakan 100% sempurna. Tapi kita boleh jadi yang terbaik. Usaha lebih,akan dapat seperti apa yang kawan-kawan mereka miliki. Ini apa yang saya lihat kepada adik-adik yang lemah. Apa-apa pun kerenah mereka menghilangkan sedikit kesabaran saya. Inilah buruknya sebab saya bukan seorang yang penyabar. Nasib saya hanya pegang 5-6 orang student sahaja. Teknik mengajar one to one kepada mereka.


Itu cerita di tution. Sedikit sebanyak yang boleh di kongsi bersama.

Pulang ke Melawati, dating bersama kawan-kawan yang sekian lama saya rapat. Sejak di bangku sekolah lagi. banyak cerita ditukar bersama. Memandangkan saya sahaja yang sedang belajar, jadi cerita untuk dikongsi bersama mereka amatlah sedikit berbanding mereka ada yang dah tamat Ijazah, sedang practikal dan lagi seorang sedang practikal tapi akan menyambung pelajaran semula di kampus untuk menghabiskan Ijazah beliau.

Nak dijadikan cerita, pertemuan terakhir kami sebelum saya menjadi YB (Yang Busy) semula, sahabat saya yang seorang ini tetiba mengeluarkan idea yang saya rasa superb bernas! Beliau memberi idea untuk membuka Pusat Tution. Tenaga Pengajarnya? Mestilah 5 woriors dari kami semua ( Saya, Aisyah-yang memberi idea, Azizah- sudah tamat belajar, Azimah-parctikal dan Shazlin-berada di Egypt). Cumanya hanya saya, Azizah dan Aisyah yang tahu. Sahabat lagi dua orang tidak di inform lagi.

Mereka semua menunggu saya balik semula ke Melawati untuk membuat meeting yang pertama. Ya! sungguh semangat mereka..Oppss~ kami semua. InsyaAllah, saya berharap semoga Allah tidak lenturkan semangat yang ada seperti sekarang sehingga tertubuhnya Pusat Tution itu dan sepanjang pusat tution itu berlangsung.

Cadangan daripada Aisyah yang mahu menubuhkan Pusat Tution ini kerana beliau tidak tahan bekerja. Baru practikal dah macam orang bekerjaya letihnya. Jadi, beliau ingin membuat Pusat Tution untuk mengelak daripada makan gaji setelah tamat pengajian memandangkan beliau ada lagi satu tahun untuk masuk semula ke kampus setelah practikal ini.

Jadi, sahabat-sahabat.. tunggu kepulangan saya untuk meeting kali pertama kita ya!

Friday, June 17, 2011

.:: Forgive everyone ::.


Merasai kehadiran Allah dalam hati
Menjadikan kita sentiasa ada teman walaupun keseorangan
Kosongnya hati kita dari mengingati Allah
Akan membuat kita kesepian
Walaupun berada di tengah orang ramai
Jadi,
Penuhilah hati kita dari mengingatiNya
Moga hidup kita sentiasa terisi dengan Kasih & Rahmat-Nya

.:: Agar bertambah kekuatan untuk mencintai Mu ::.

Wednesday, May 18, 2011

Up-date

Sekejap lagi kelas pukul 11 pagi, subject Public Sector Accounting.. Dan kini, jam menunjukkan pukul 9.34pagi.. dan saya? Sempat update .:: Permata Yang Dicari ::. nie.. Kesian pulak tengok dah tak terusik.. Cuma berkongsi cerita apa yang terjadi la ye dengan diri ini.. Sangat BUSY sem pendek nie..

Sebenarnya kelas pukul 11 pagi nie saya ada presentation.. Buka lappy untuk tengok notes! Tapi tertengok pulak Cik Blog, maka mengtouch-up sedikit biar nampak berseri..

Sehat ke shabat-sahabat? Harapnya dalam keadaan baik.. Alhamdulillah, seperti yg saya maklumkan tadi, sem nie agak sibuk sedikit.. Test.. Test.. Test.. Test.. Presentation.. Presentation.. Presentation.. Kerja.. Kerja.. Kerja.. Tapi tulah, bila merasai letih itu sangat membahagiakan, diri ini akan rasa puas.. Mungkin akan rindu zaman belajar memandangkan saya masih ada lagi satu sem panjang depan dan akan melangkah kaki ke dunia practical pulak.. InsyaAllah, semoga semua berjalan dengan lancar..

Konvensyan Mahasiswa yang dijalankan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Shah Alam saya sempat hadir sekejap.. Cadangnya mahu join dari pagi.. Cuma presentation untuk Public Sector Accounting nie tak beres lagi, saya punye awla masih di presentation.. Jadi saya mendelaykan perjalanan ke konvensyen.. Dan cadangnya nak balik selepas slot Dr. Muhaya.. Tapi sahabat yang pergi bersama saya ada discussion pada pukul 5.. Baiklah, kita hadir sama, kita pulang sama ya..?^_^

Tengah-tengah dengar slot Dr. Abu Hassan, tiba-tiba kak Farah call.. hmm pelik~ 'Ada kat Shah Alam ke akak nie..?' Jadi, jari tekan la punat jawab.. perbualan yang ringkas, kak Farah mahu jumpa sebentar, katanya mahu bagi barang.. 'Beres, boleh je, datang SUK la ek..' Ingatkan memang nak bagi barang.. Rupanya mahu culik tuan badan nie sekali.. Awat tak habaq awai-awai..?hahaha..hmm menarik kes penculikan nie..

Dengan keadan hujan yang sangat lebat, kak Farah arahkan pergi Tesco.. Emm keadaan hujan, perlu driving dengan berhati-hati.. ' Maaf kak, lambat sket hantar kak Timah sat' .. Ohh ye.. bersama kak Farah ada sekali kak Tini.. Rupanya kak Farah ajak makan kat Tesco.. Alamak! lupa dah apa nama restoran tuh..? Sebab first time pergi dan teruja untuk bercerita.. Makan dan makan dan makan sambil bertukar-tukar cerita..Best! Balik tu kak Farah bagi kerepek pisang dan kerepek bawang..~ Nie yang buat sayang lebih nie.. Rupanya dalam diam kak Farah baca post dalam Facebook 'Nak kerepek pisang!' hati gumbira(",)

Thanks kak Farah dan Kak Tini sebab membuat kes penculikkan yang mengenyangkan.. Lain kali culik la lagi ye (n_~)

Wednesday, May 4, 2011

Kemas kini data

Salam Cik Blog.. Pagi! Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk mencoret lagi di kawasan jajahan .:: Permata Yang Dicari ::.

Sekarang sudah masuk minggu yang ke-3 pengkuliahan. Bermakna ada lagi 4 minggu untuk meneruskan perjuangan semester pendek ini. Alhamdulillah semester pendek ni agak sibuk sedikit. Maklumlah, semester pendek perlu dilakukan sepantas kilat segala jenis kerja mahupun assgnment. Semoga urusan saya dan kalian dipermudahkan, insyaAllah

Tak ada apa yang mahu dicoret.. Mungkin sekadar bertukar cerita.. Alhamdulillah, beberapa hari lepas saya dilamar kawan untuk bekerja di Pusat Tusyen kakak beliau di seksyen 13.. Cuma untuk melapor diri semalam tidak berjaya dihadiri oleh saya.. Kenapa? Sebab kereta mengalami masalah kesulitan sedikit..

Saya minta maaf kepada insan-insan mahupun organisasi-organisasi yang saya tidak dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam gerak kerja Islam.. Masih mengemaskini data di kampus sendiri..

Thursday, April 28, 2011

Friday, April 22, 2011

Titipan untuk Hawa

Renung2 kan la wahai Kaum Hawa...


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu BERSELUAR, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Thursday, April 21, 2011

Bubur Bujang

Salam Cik Blog.. Bagaimana anda hari ini..? Harapnya dalam keadaan sihat, insyaAllah.. Saya? Alhamdulillah sihat.. Entry untuk kali ini tak ada kena mengena dengan orang sakit.. Maklumla, bila cakap tentang bubur mesti orang fikir 'sakit ke dia nie..'

Buat pengetahua semua, anak pak cik Aziz nie memang suka makan makanan yang bersup.. Sedap..! Bubur yang cair, bee hun sup, tom yam..

So, resipi bubur bujang nie saya peroleh sejak duduk hostel di Bestari Jaya.. Kalau multi cooker ada di hostel, semua makanan bujang ON..! Makanan bujang..? Yelah.. Nasi ngan ikan masin, telur goreng.. Kalau nak mewah mungkin satu atau dua hari lepas pergi pasar malam kampung yang jatuh pada hari Isnin.. Masa nie cakap je nak makan apa.. Sayur campur..? Telur puyuh masak kari..?

Orang akan kata 'memang malas' masak bubur je.. Tapi saya tak kesah.. Sebabnya tanggungjawab saya di BJ tidak sama dengan orang lain.. Jadi makan pun tak tetap masa.. Kadang balik ke hostel dalam keadaan penat dan LAPAR.. Jadi, keluarlah resipi bubur bujang.. Mari kita lihat bahan-bahan bubur bujang saya.. Selamat mencuba ^_^

Bubur Bujang
1) Beras yang sedikit (kurangkan separuh dari kuantiti beras yang kalian masak)
2) 2 ulas Bawang putih (bawang putih nie berkhasiat..l lebih baik letak dalam makanan)
3) 1/2 Carrot
4) 1 biji Kentang
5) Telur
6) Garam secukup rasa
7) Gula sedikit untuk kemanisan makanan (sikit je)

Cara-cara
1) Basuh beras dalam periuk @ periuk nasi..
2) Isikan air dalam periuk berisi beras tersebut.. Banyak-banyak pun tak pe
3) Panaskan atas api @ On kan periuk nasi itu tadi..
4) Ketuk bawang putih dan masukkan dalam periuk..
5) Potong carrot ikut gaya kretiviti anda (nanti masuk dalam mulut, sama je.. Hadam juga)
6) Potong kentang ikut kreativiti anda juga..

Biarkan sebentar sehingga menggelegak..

7) Pecahkan telur
8) Masukkan garam secukup rasa dan gula secubit @ dua..

Kacau sehingga nasi menjadi bubur.. Dan selamat menjamu selera ~

Inilah dikatakan bubur bujang.. Nanti kalau dah ada orang untuk dijaga (kawin) tak salah masak bubur.. Tapi janganlah hari-hari ya.. Mungkin bubur pada masa tu dah upgrade sikit.. Tambah ayam @ sotong @ isi ketam..

Maaf la saya memang suka makan~

Wednesday, April 20, 2011

Semangat


Salam Cik Blog... Alhamdulillah masih memberi nikmat Islam dan Iman untuk menyambung perjuangan sebagai seorang khalifah di muka bumi.. Masih diberi pinjam oleh Rabb tubuh badan yang sihat, menghirup oksigen yang free..!

Dan hari ini diramalkan hari ke-2 pengkuliahan.. Dan saya..? Bersiap lebih awal kerana (konon dah hafal jadual sem pendek) menjangkakan kelas jam 9.. Settle semunya,terdetik mahu menyelak timetable.. Dan rupanya kelas pada hari Rabu, subject Public Sector Accounting pada jam 11 pagi.. Harap Maklum!

Inilah dia ya dikatakn semangat yang ada untuk mencedok ilmu dari para pengajar.. Semoga berterusan Farahin..!

Monday, April 18, 2011

First day in short sem

Bila dah pindah Shah alam nie makin menjadi-jadi pulak kemalasan nak balik ke kampus.. Maklum la, duduk dengan mak cik di kawasan seksyen 7 nie.. Tak pening kepala nak mengangkut barang masuk hostel (kalau duduk kat Bestari Jaya dulu).. Tak pening kepala fikir ' siapalah roomate aku nieh.. siapalah housemate aku nieh.. seorang perokok ke..? solatkah dia..? ' Tapi itu kenangan duduk di hostel (memang merindui saat itu..)

Sebab rindu duduk hostel..? Sebab saya seorang yang busy berpesatuan.. Running program nie.. Pending program nie.. Memang dikatakan tiap-tiap hari akan masuk kawasan hostel masa sirent dah bunyi menandakan sudah pukul 12.00 malam.. Guard panggil masuk hostel.. Masa nie pun kesabaran teruji jugak.. Mana taknye..selagi sirent tak bunyi, selagi tu couple-couple akan menghabiskan masa di pagar hostel 'alahai..!!'

Rindu duduk hostel sebab boleh turun surau.. Jemaah sama-sama dengan sahabat-sahabat yang lain.. Boleh kenal sahabat baru..! Menarik~ Boleh turun ifthar kat masjid Unisel.. Makan dalam talam.. Best makan dalam talam.. Kita boleh kurus..! Serius.. tak tipu.. Sebab kita akan fikir makanan untuk sahabat yang makan sekali dengan kita.. Cukup atau tidak.. Hmm rindu saat itu..!

Dan bila tak duduk hostel, pengangkutan pun greenlight dari ayah (drive sendiri).. Liatnye bukan main nak balik semula ke Shah Alam.. Contoh yang terjadi.. Pagi tadi..! dush~ Terlepas satu kelas gara-gara kesenioran di kampus, ingat jadual tak keluar lagi dan tiba di UNISEL jam 11.00 pagi (ambil 1 jam perjalanan dari rumah, ikut fedral highway).. Salin jadual dan tengok group.. Sebab student akaun nie ramai nya bukan main.. Tiba-tiba jumpa seorang classmate nie tanya " Kenapa tak masuk kelas Puan Suria..? Pagi tadi ada kelas.." ok~ saya dah termiss satu kelas Business Ethic..!

Selesai semuanya, bergerak pulang ke rumah mak cik.. Tiba-tiba nampak tempat parking kereta yang selalu saya parking tuh ada orang lain parking.. Apa kes..? Rupanya rumah depan yang korsong tu dah ada orang sewa.. Student barangkali..~ Lepas nie berebut tempat letak kereta la kita ya..? hahaha Farahin jadi kejam..! Gurau semata..jangan risau jiran depan.. Bumi Allah nie luas..

Selamat menyambung pelajaran semula kawan-kawan..!! Diharapkan sentiasa bahagia dari awal semester hingga ke akhir semester ini.. Man jadda wa jadda..!

Sunday, April 17, 2011

Saya tak tahu kenapa . .

Saya tak tahu kenapa saya rasa tak sabar untuk memulakan kelas Isnin nie . . Semoga Allah menetapkan perasaan ini sehingga saya habiskan Ijazah saya . .

"Bolehkah Ya Allah, aku memohon supaya menetapkan perasaan ini untuk terus berjuang didalam apa jua yang aku ceburi . . Bidang dunia mahupun akhirat "

Friday, April 15, 2011

Angin MTS Shah Alam


Salam sahabat . . Apa khabar anda . .? Harapnya dalam keadaan sehat . . Alhamdulillah, semester baru nie saya berpeluang menyertai family MTS Shah Alam . . Ingin merasai angin Shah Alam pula setelah beberapa kali merasai MTS BJ . . Best . .!!! Memang tak dinafikan . . Semua sporting . . semua caring . .

Minggu persiapan fasi memang semua ke'tention'an sebab masa yang terhad . . "Tak pe sahabat, as long as semua bekerjasama, bagi support, semua yang tak mustahil akan jadi mustahil . . dan kita sudah buktikan . .!!! Tahniah . ."

Bermula dengan pendaftaran di Dewan Serbaguna (DSG), dan berakhir dengan Malam Impian Mahasiswa . . Kami inginkan yang terbaik buat siswa/i baru . .

Saya choose slot-slot yang best . . ESQ, memang semua kesedihan, dan harapnya fasi yang kesedihan harus melihatkan ketabahan di depan adik-adik . . Sebab fasi kan KUAT . .!! Memang touching tengok adik-adik . . Ada yang menagis kat bahu saya dan meluahkan perasaan . . 'Its ok dik . . kita boleh jadi yang terbaik lepas nie k . .?'

Ikrar pelajar baru . . Memang terbaik lah korang . . walaupun excited sampai nyanyi lagu Negaraku terlebih cepat, korang pandai cover plak lepas tuh . . Saya kat depan dah nervous . . Tapi masa Ikrar tu memang gempak lah . . seriuos . .! Kalian seperti tidak sabar memegang title Mahasiswa/i UNISEL . .

Malam Impian Mahasiswa . . Best ! Walaupun semua kelihatan bising sedikit nak buat persembahan . . Dan ada yang tukar persembahan last minit sebab diberitahu TNC HEP akan turun . . Tapi kalian tetap lakukan yang terbaik . . Syabas . .

Dan hari terakhir ada slot ' Sugar Gram ' . . Masing-masing meluahkan perasaan masing-masing kepada fasi-fasi yang mereka TAK SUKA & SUKA . . dan saya . .? Dapat juga, tapi tak sehebat abang Mega (disiplin) . . Oppss sorry Mega . .~

Nielah feedback Sugar Gram dari adik-adik saya :-

Kepada Fasilitator : Nurfarahin / Kak Faien / Faien

1)Kak . . Saya suka cara akak . . Baik, always smile . . Akak selalu tolong saya . . Thanks ye kak . . Hope you always smile . . Thanks for everything kak . .

2)Assalamualaikum . . Saya suka dengar cara akak, bersopan n sporting. Terima Kasih keranan layan kami yang banyak kerenah dengan baik . . hehehe . .

3) Assalamualaikum . . Kehadapan kak Farahin (hehe skemanya ayat) qila nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada akak sebab telah mengurut kaki qila hehe. .yang jujur malam tu memang nak nages sebab sakit sangat. . selalu ada mak urutkan . . tapi kat sini xde mak, nasib ada akak. Thanks a lot . . n thanks dengan segala ilmu yang akak bari sepanjang MTS nie . . akhir kata, bebanyak2 terima kasih . . qila xkan lupakan akak sampai bila2 . . sampaikan salam terima kasih qila kepada kakak2 and abang2 fasi & exco kebajikan k . . wassalam (akak dh mcm akk qila sendiri)

4)Salam ^_^ Thx cuz akak sangat caring. Akak comel bila senyum. Cara pemakaian akak sy sangat minat tapi saya tidak kuat lagi untuk memakai. saya kagum dengan akak.

5)Salam, i love u. . ur voice is nice. Saya suka dengar suara akak!!! sangat chumil meyh!! Bila akak senyum nampak GG2 akak yang cantik tuh!! Saya nak sangat ada GG cam akak hehehe. .

Akak, saya suka gak dengar advise dari akak walaupun saya selalu tido masa akak cakap . . "Tapi tak bermakna saya x dengar kowt!!"

Cory loo kalau bahasa saya cam makhluk asing tapi karangan saya selalu "A" tau. hehe . .

Saya sayang akak sangat2!!!
Saya sayang akak comuch2!!!
Saya sayang akak banyak2!!!
(Baca 10x k) huhuhu..

(Manusia Rndh)
Salam Sayang

6)Akak yang baik hati, yang cantik dan cute, saya ingin berterima kasih kepada akak kerana menjaga saya selama ini. Akak tak pernah mara pun. Selalu epy je ngan kami.
Akak saya sayang akak. Selama saya disini saya menganggap akak seperti kakak saya sendiri. Memang terbaik 'I Love You' :p ^^ muahx muahx
Haha saya tak tahu la akak faham ke tak tulisan saya nie. . tulisan burok

7) SALAM, Akak thanks sgt2 coz selalu bantu saya dalam banyak hal. Dari start saya daftr lagi . . Akak sweet sgt . . ske sgt tgk akak. . Comel . . hehehe muakzzzz!!!

8) Tak pasti berapa umur kak Fain, tapi saya panggil akak jela k.
Saya suka sangat cara Fain approach junior, pandai share cerita + pengalaman.
Hope saya dapat jadi mcm Fain nanti =)

9) Apa salah kalau senyum bila orang tegur. Takyah lah asyik nak serius je . . memang tak leh bla lah . .
Then, kalau bercakap baik-baik dengan orang lain kan bagus. sume orang suk
INGAT, bukan semua siwa,siswi yang baru masuk tu pangkat adik-adik awak . . .
btw thanks gak lah ye . .

*********

Ini semua feedback adik2 . . "Alhamdulillah dik,akak senang dengan kalian semua . . semua memberi perhatian sepanjang MTS . . Semua dah besar2 belaka kan . .? Dah nak berdikari sendiri lepas MTS nie . . "

Ada yang nak gigi macam saya . . (thanks to my dad sebab kecik-kecik dulu ayah yang tolong gosok kan gigi nie . . sayang ayah . .!!)

Ada yang suka cara pemakaian . . "InsyaAllah semoga istikomah dalam berpakaian . . Jom kita tutup aurat . .!!"

Ada yang suruh saya senyum bila berbicara (sebenanrnya saya mushkil. . feedback num 9 tu ditujukan kepada saya atau pun Farhana merangkap disiplin . . ) apa-apa pun, saya cuba menjadi yang terbaik dik . . Thanks~

Akhir kata, saya sudah buat sebaik yang mungkin untuk adik-adik baru untuk mereka melangkah kaki ke alam baru. . .

"Adk-adik ingat kan nasihat akak masa kita salam buat kali yang terakhir . .? Jaga diri, jangan tinggalkan solat dan akak minta maaf kalau ada kekurangan dari akak sendiri . . "

.:: Gambaran Hari Kiamat ::.

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepadaAllah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"

"Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain