.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Tuesday, September 29, 2009

Kesedihan Seorang Sahabat

Maafkan diri ini tatkala jari-jari bermain di keyboard..

Sedari cuti,hati ini tidak tenteram..


Sehingga saat ini jua..


Maafkan diri ini wahai sahabat..


Saya tidak ada walaup setitik niat untuk berbuat begitu..


Tapi apakan daya..



Pengalaman lepas yang saya kira menjadi sebuah memori bertukar kepada ungkitan..


Mungkin diri ini yang tidak menjaga hati kamu..


Maafkan diri ini wahai sahabat..


Semoga ukhwah kita kekal untuk selamanya..


Doa untuk dirmu..


Semoga kejayaan yang kita impikan..akan sama-sama kita kongsi bersama..


Dan semoga ungkitan itu menjadi sejarah buat diri kita..


Diri ini berharap agar kemanisan seorang sahabat dapat kita rasai lagi..

Bersama teman-teman seperjuangan yang setia disini..

Teman-teman yang sedih dan ketawa bersama..

Mereka juga mengharapkan kemaafan dari mu..


Walaupun dirimu jauh dibumi Ambia'..


Jaga dirimu wahai sahabat..


Bukan diri ini yang merancang untuk membuat Kesedihan Seorang Sahabat itu..


Salam Sayang dari saya..





Selamat tinggal sahabat ku


Ku kan pergi berjuang


Menegakkan cahaya Islam


Jauh di negeri seberang




Selamat tinggal sahabat ku


Ikhlas kan lah diri mu


Iringkanlah doa restu mu


Allah bersama selalu




Kalau ku tak lagi jumpa


Jangan lah kau berduka


Semoga tunai cita-cita


Rai gelar syuhada

Saturday, September 26, 2009

.::Gambar Raya::.













































Assalamualaikum,setelah beberapa rintangan saya menempuh..hampir berputus asa jugalah..akhirnya ini yang dapat saya hasilkan..Sebenarnya banyak lagi gambar..tapi cukup sekdar yang penting je..Akhir kalam,Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya..














































Thursday, September 24, 2009

Tirai Ramadhan dilabuhkan,Lebaran Syawal disambut

Lamanyeee x update blog...alhamdulillah syukur,masih lagi saya ingat akan blog ini..
Salam lebaran dari saya kepada yang membaca coretan yang seberapa ini.sekadar coretan untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian.insyaAllah

Renungan untuk kita..adakah kita berpeluang berjumpa dengan Ramadhan lagi?rindunya..

Rutin seperti biasa setiap kali menjelang 1 Syawal..Kami sekeluarga akan menziarahi wan (orang nogori pabggil nenek 'wan') yang mana rumah wan satu taman,2km dari rumah saya..Lepas beraya,kami bertolak ke Johor..Dan kali nie,berkampung di Johor agak lama juga..Ambil angin kampung,buang 'mood' KL..letih la juga perjalanan..tapi tak pe..Allah dah memberi kemudahan kenderaan untuk dinaiki(",)

Emmm(..thinking...) duit raya??Bila kalian nak bagi(ditujukan kepada pembaca)???Saya masih lagi bergelar seorang student..pelajar..umur belasan tahun(birthday belom sampai)..Gurau je..bukan tak sedar diri,cuma kutipan untuk masa depan..(^_^)

Dan sebenarnya makcik2 dan pakcik2 saya baru je beraya kat rumah nie..Last minit mak panggil mereka..Maaf kepada pembaca kerana tidak menjemput kalian..insyaAllah kalau ada rezeki nanti saya ajak beraya memandangkan cuti universiti singkat,padat dan mampat..saya tak berpeluang jumpa sahabat-sahabat lama(rindu kalian~)

Okeyh..cukup sekadar ini sahaja..agak sempoi tulisan kali nie..mungkin kerana baru pekena "Teah Tarikkkk"(saya buat untuk tetamu..sheedaappp..!!)

*Tak upload gambar raya lagi..nanti-nantilah ek..