Ukhwah start with a smile..Grows with understanding..and everlasting in Jannah..
Thursday, August 26, 2010
Doaku untukmu
"Apa doa kamu hari ini..?" tanya Ahmad kepada Ali..
"Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaan ku lebih dari biasa," jawab Ali..
"Apa doa kamu..?" Ali bertanya
Ahmad hanya tersenyum..
Keesokkan harinya Ali memberitahu Ahmad berita gembira.. "Alhamdulillah, hari ini aku dapat bonus.. Allah makbulkan doa aku.."
"Alhamdulillah, hari ini kau doa apa pula..?" tanya Ahmad lagi.
"Aku doa semoga isteri aku selamat bersalin"
Sejurus selesai solat, Ali bertanya "Kau pula doa apa..?" Ahmad hanya tersenyum..
Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu bahawa isterinya selamat bersalin.. syukur.
Ahmad tersenyum.. Melihat Ahmad tersenyum, Ali bertanya,
"Aku lihat doamu tidak mustajab.. Aku hairan, kau masih boleh tersenyum sedangkan doamu tidak termakbul.."
"Sebenarnya doa ku dah banyak termakbul..syukur, Alahmdulillah"
"Doa yang mana..?" Tanya Ali..
"Doa ku hanya untkmu sahabat ku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan apa yang kau minta pada-Nya.."
**********
Cik Blog, saya sayang mereka-mereka yang mengenalkan saya erti persahabatan.. Allah mengetahuinya..
Friday, August 20, 2010
Cebisan Kenangan..

Salam ziarah Cik Blog.. Apa Khabar Iman anda hari ini..? Sihat..? Semoga bulan pembuka tirai antara Sang Pencipta & hambaNya dapat kita manfaat bersama.. InsyaAllah..
Sekadar coretan yang ringkas.. Seperti biasa, omelan tanpa panduan.. Sekadar kongsi rasa hati.. Hati..? Ya, hati..!
Bagaimana Hati anda hari ini..? Lembutkah ia dengan aksi di pentas dunia atau lebutkah ia di tikar sejadah..? Bagai mana Hati anda hari ini..? Adakah keras seperti batu untuk saudara sesama kita dan Pencipta atau sekadar sesama kita sahaja kerasnya..?
Ingatlah sahabat yang dikasihi.. Batu yang keras jua, jika dititikkan air tanpa henti, batu itu akan lekuk jua.. Serahkan Hati anda yang Keras.. Lebut.. Sederhana Keras.. Sederhana lembut kepada yang menciptakan Hati itu.. InsyaAllah Allah mngetahui segalanya..
Hari semakin suntuk untuk saya meneruskan cuti ini.. Seminggu cuti yang dirasakan lambat pada awalnya dan pantas setelah beberapa hari sahaja lagi akan melabuhkan tirai.. Inilah lumrah manusia, tidak pernah rasa bersyukur dengan apa yang diberikan.. Berdoalah kita agar ditempatkan dikalangan orang yang sentiasa bersyukur.. Amiiin~
Semalam (Khamis 19/08/2010) adalah hari pertama saya menjejak kaki untuk melihat apa yang terjadi diluar sana setelah beberapa hari memanfaatkan cuti duduk dirumah.. Selepas menghantar adik ke tuition, ayah pesan suruh belikan bedak talkum dan ayam untuk digoreng semasa makan sahur.. Gamaknya kereta menghala ke Giant Taman Permata..
Rasa kekok plak keluar berseorangan.. Selalunya berteman.. Memang pertama kali keluar rasa seperti orang sekeliling melihat kita dengan rasa jakun.. 'Ke.. aku yang kelihatan jakun..?' Tidak dipedulikan.. janji ada niat untuk Giant..
Kaki melangkah ke Book Network.. 'Apa nak bali ye..?' Setelah membelek-belek seluruh kedai, baru saya sedar subjek Management Accounting tidak di khaskan fail nya seperti subjek-subjek lain.. 'Okeyh, kita cari fail klip & ring dulu'.. Setelah puas baru saya pergi ke bahagian apa yang dikirimkan oleh ayah tadi..
Selesai... Dan Majalah Solusi keluaran ke 22 juga turut ikut saya balik
*************
Hari ini (Jumaat 20/8/2010).. Tadi mak balik tengah hari.. Afternoon off.. Dan pergilah ke Maybank.. Meng'transfer'kan sedikit duit ke Bank Islam.. Dan pergilah ke bazaar Ramadhan Taman Melawati.. Jalan punya jalan.. Tidak banyak gerai yang buka.. Rasanya jam dah menunjukkan pukul 3 lebih (tak tahu lebih tu berapa sebab jam saya dah habis bateri) Jelajah la dan membeli sedikit kuih muih untuk berbuka..
Oh ya.. Kepada orang-orang utara yang membaca celoteh saya ini.. Gulai umbut pisang tu makanan orang utara ke..? Minta resipi boleh..? Mak dan ayah suka.. Ayah kata mungkin Gulai Umbut pisang nie tak Perak, Kedah yang selalu masak... Hmm.. Minta resipi ye..
Maka terhasil lah nukilan cebisan kengan di Cik Blog ini...
Jaga diri ye sahabat-sahabat yang berada dirahmat lembayung Ilahi.. Saya minta maaf jika selama ini apa yang saya lakukan tidak sedap dimata kalian.. Saya minta maaf jika ada yang terasa hati dengan sikap.. tingkah laku.. percakapan.. apa lagi..? Apa-apa lah yang boleh membawa kesan yang mendalam dalam hati tuh.. Sampai akan ingat diri ini kerana sikap saya yang kurang enak itu.. Saya minta Maaf ye.. Jaga diri..Kesihatan kalian..
Pengabdian ku ini.. Oh Ilahi
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku
Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi
Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu
Wednesday, August 18, 2010
Subahanallah.. Diri ini...

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
Sunday, August 8, 2010
Bila cuti bertandang
Salam ziarah Cik Blog.. Bagaimana anda sekalian..? Sihat..? Alhamdulillah semoga diizinkan Allah untuk mengahabiskan bulan Sya'ban ini dengan tenang dan menghadapi bahang Ramadhan yang semakin terasa..Minggu yang sudah mak ada call.. Mak kata jangan balik minggu nie (6-8 Ogos) sebab Mak Long nak buat berbuka puasa untuk 13 orang keluarga pada 14 Ogos nie.. "Sebenarnya mak, Ain pun fikir nak balik minggu 14 hari bulan tu sebab tarikh tu student UNISEL diberikan cuti selama seminggu.. Cuti mid term" Yeay..! Baru cuti dah gathering untuk semua keluarga.. Dah lama tak ketemu dengan mereka semua.. Apalah agaknya cerita terbaru ye..?
Dan sementara tunggu Ramadhan yang bakal menjelma nie, tak lupa juga kepada tugas-tugas sebagai seorang pelajar.. Subahanallah, ingatkan before cuti nie boleh la melaksanakan tugas-tugas dengan sempurna.. Rupa-rupanya makin gigih kena usaha.. Kenapa..? Sebab nya Khamis nie saya ada test untuk subjek Advanced Financial Accounting 1 (AFA1) dan test Audit pada hari Jumaat.. Baru ingat nak balik rumah hari Jumaat pagi.. "Kawan-kawan.. kenapa tak nak buat test hari Khamis juga..?" InsyaAllah, saya yakin apa yang berlaku ada hikmahnya.. Owh Audit..!!!
Dan minggu ini saya menghabiskan masa di hostel tercinta.. Sambil-sambil menyiapkan assignment dan ulangkaji untuk dua test yang bakal berlangsung.. Zaasss..!!
Saturday, August 7, 2010
Demi Masa
Begitulah Allah mengingatkan hamba-hambaNya akan masa yang Allah peruntukkan kepada setiap manusia.. Masa kita semua sama, seorang manusia diberikan 24 Jam dalam 1 hari.. Tidak lebih dan tidak kurang.. Masa yang sama itulah manusia perlu menyusun jadual sebaik mungkin.. Jadi yang membezakan kita bukan masa tapi tanggungjawab yang diamanahkan..
Bercakap mengenai tanggungjawab, ya!! saya setuju sangat jika tanggungjawab itu dikaitkan didalam Cik Blog nie.. Setiap manusia diberikan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. Setiap manusia adalah pemimpin.. Jadi, bukan dikatakan berjawatan baru dikatakan ada tanggungjawab.. Sebenarnya tanggungjawab kita adalah diri kita sendiri dan persekitaran.. Bagi setiap Muslim, tanggungjawab kita adalah ISLAM itu sendiri.. Bagaimana ingin kita melaksanakan perjuangan Rasulullah pada akhir zaman ini..?Hmm.. (thinking)
Berbalik kepada masa.. Berpesan seorang ustaz didalam sebuah kuliah yang saya hadiri.. Masa perlu dijaga.. Kerana amat rugi jika dibiarkan begitu sahaja.. Ya..! Setuju sangat.. Contoh yang diberikan oleh ustaz itu juga membuat saya berfikir dengan lebih segar.. Mengapa..? Kerana ustaz memberikan contoh yang amat simple but nice..
Cuba kita bayangkan dalam masa setahun, kepada seorang pelajar contohnya, jika setahun itu kita mendapat result yang teruk, tidakkah itu dikatakan pembaziran masa selama 12 bulan..?
Contohnya seorang ibu yang mengandung 8 bulan tiba-tiba ditakdirkan bayi itu meninggal didalam perut.. Tidak kah sebulan itu amat penting bagi melahirkan seorang waris yang cukup didalam kandungan untuk 9 bulan..?
Contohnya masa sebanyak 0.02 saat amat berharga kepada seorang olimpik untuk mendapat pingat Emas.. Tetapi beza masa 0.02 itu telah meletakkan dia sebagai pingat Perak..
Sahabat-sahabat sekalian, suka saya disini berkongsi bersama tentang Masa.. Tidak salah disamping mengingatkan sahabat-sahabat sekalian, diri ini juga turut merasakannya.. Apa yang penting, zikir hati untuk mengingati Allah.. Setiap detik setiap saat.. InsyaAllah Allah mengetahui segala tentang hak milik cikpataanNya..

