.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Sunday, August 8, 2010

Bila cuti bertandang

Salam ziarah Cik Blog.. Bagaimana anda sekalian..? Sihat..? Alhamdulillah semoga diizinkan Allah untuk mengahabiskan bulan Sya'ban ini dengan tenang dan menghadapi bahang Ramadhan yang semakin terasa..

Minggu yang sudah mak ada call.. Mak kata jangan balik minggu nie (6-8 Ogos) sebab Mak Long nak buat berbuka puasa untuk 13 orang keluarga pada 14 Ogos nie.. "Sebenarnya mak, Ain pun fikir nak balik minggu 14 hari bulan tu sebab tarikh tu student UNISEL diberikan cuti selama seminggu.. Cuti mid term" Yeay..! Baru cuti dah gathering untuk semua keluarga.. Dah lama tak ketemu dengan mereka semua.. Apalah agaknya cerita terbaru ye..?

Dan sementara tunggu Ramadhan yang bakal menjelma nie, tak lupa juga kepada tugas-tugas sebagai seorang pelajar.. Subahanallah, ingatkan before cuti nie boleh la melaksanakan tugas-tugas dengan sempurna.. Rupa-rupanya makin gigih kena usaha.. Kenapa..? Sebab nya Khamis nie saya ada test untuk subjek Advanced Financial Accounting 1 (AFA1) dan test Audit pada hari Jumaat.. Baru ingat nak balik rumah hari Jumaat pagi.. "Kawan-kawan.. kenapa tak nak buat test hari Khamis juga..?" InsyaAllah, saya yakin apa yang berlaku ada hikmahnya.. Owh Audit..!!!

Dan minggu ini saya menghabiskan masa di hostel tercinta.. Sambil-sambil menyiapkan assignment dan ulangkaji untuk dua test yang bakal berlangsung.. Zaasss..!!

No comments: