.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Wednesday, March 2, 2016

Teknologi

Teknologi yang menghidupkan kesunyian. Dan mematikan keriuhan antara orang yang hampir.

Teknologi yang menghidupkan kisah silam. Dan melambatkan kisah yang sedang tejadi.

Teknologi yang meraikan orang jauh. Dan memandang sipi orang yang dekat.

Teknologi yang merapatkan orang jauh. Dan menjauhkan orang yang hampir.

Memang, jika dilihat.. Dunia yang semakin maju. Berlari berdesup. Seiring dengan kaki kita juga.

Tapi hampa. Jika perlarian kaki seiring dengan teknologi mematikan apa yang ada didepan mata. Dan menghidupkan kisah silam.

Tapi hampa. Jika perlarian kaki bersama teknologi disalah gunakan untuk meng follow kenangan-kenangan lama. Dan tidak melukis kenangan baru kerana diburui kenangan lama.

Lebih hampa. Jika membuka gajet telefon setiap minit telah menang berbanding membuka Quran.

Allah! Aku berharap agar kemajuan teknologi ini, tidak membunuh coretan yang sedang dilakar. Tatkala asik melihat coretan yang lepas.

Manusia. Tidak salah menggunakan teknologi. Tetapi salah jika mengupload foto yang tidak menutup aurat. Tetapi salah jika masih berdiskusi selepas 12 tengah malam bersama yang bukan muhrim. Tetapi salah jika berborak dengan manusia lain sambil membelek gajet.

Hati. Saya berharap agar engkau thabat dalam menggunakan teknologi terkini. Hati. tolong jaga Iman tuan badan. Jika tidak, nauzubillah.

Sedangkan seorang yang mempunyai sebilah kapak telah ditanya Munkar Nakir selama beberapa tahun. Ini kan pula kita, yang dilimpahi dengan teknologi.

Ingat teman, setiap saat menglike. Mengshare. Meng comment. Mengupload. Akan ditanya Tuhan.

Inikan pula jika terselit rasa suka jika kisah silam meng like dan membalas pesanan ringkas kita walaupun hanya sekadar ''hee hee"

Tepuk dada tanya Iman. Allah Maha Melihat.

Tengok kiri tengok kanan. Masing-masing dalam dunia maya.
Teknologi.

Monday, February 15, 2016

Rais Demam

Hi readers. Hi hackers !

Assalamualaikum.

Saya menulis tatkala kepala letih memikirkan kerja. Well, kerja tak pernah habis. But zaman Najib anak Razak memang isi rumah memang kene kerja. Kalau tak kerja punch in & punch out pun, atleast buat kerja sambilan di rumah.

Apa-apa pun dunia ni sementara.

Bila petik dunia yang sementara ni, saya berharap. Dari sudut hati yang paling dalaaaaaaam. Paling dasaaaarr. Semoga Allah jumpakan saya dengan keluarga saya, tak kisah laa keturunan belah mak, atau ayah. Dan yang paling utama keluarga yang dibina bersama En.Hanis. My precious husband. My Love. Dan anak-anak. Senang cerita, keluarga yang diredhai Allah di dunia dan bersama di syurga.

Anda jelous? Dah kawin? Pi la kawin. Pastu bina keluarga sendiri.

Bahagia saya, saya yang rasa.

Alhamdulillah, Muhammad Rais semakin pulih demam. Cuma batuk datang menyapa. Seingat saya, ni kali ke-2 dia batuk. Sejak lahir hanya dua kali demam, dua kali batuk.

"Tak apa, ujian untuk mummy and abi. We love you Muhammad."

Demam nak membesar barangkali. Demam dia kali ni boleh tahan jugak. panjat kerusi. Panjat katil. Dah pandai cari mummy sampai ke lorong bilik. Pandai main dengan abi dekat lorong bilik.

Ohh how much I love both of you for this moment. How I use the colourful colour to paint my drawing. Semoga Allah merahmati keluarga kita.

Ohh ya, saya dah buat insta Jumaat lepas. Bertarikh 12/2/2016. anda boleh follow saya di ain_faraha.
* Kalau saya approve*
 Berlagak seyh !

Wednesday, January 27, 2016

Love You !

Love you for the sake of Allah.

Allah hantarkan seorang suami sebagai amanah saya sebagai seorang isteri.

Saya, cuba jadi yang terbaik buat beliau. Sungguh ! makin hari, makin mendalam cinta.

Sebab ?

Bila kita buat sesuatu kerana inginkan redha Allah, ketahuilah redha Allah bersama suami saya.



To Hubby,

"Dan saya minta maaf jika kekurangan yang ada selama kita berkahwin mungkin ada yang tergores perasaan".

To Rais

"Rais, Abi is a precious to mummy. A gift from Allah to mummy. Mummy will die. And if that day come, please take care of your abi..and your siblings too.."

With Love,
Mummy.

Jaga Diri

Bila kita cakap tentang Jaga Diri. Take care. Maksudnya sangat sangat mendalam sebenanrnya. Selain menunjukkan bahawa kita caring akan seseorang, ia juga adalah simbolik bahawasanya kita sayang dalam erti kata lain.

Perasan atau tak ? Bila kita pesan Jaga Diri. Maksudnya apa-apa yang ada pada diri kita harus kita jaga. Dari hujung rambut sampai hujung kaki termasuk organ-organ dalaman terutama HATI.

Kenapa HATI ? Sebab dari hati akan lahir segala tingkah laku. Suka. Marah. Geram. Tiada perasaan. Semua dari HATI.

Kata Nabi, "ada seketul daging dalam badan. Kalau ia baik, maka baiklah jasadnya. Kalau ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI".

Kalau nak rungkai satu satu sangat payah. Cuma cukuplah saya berpesan. Segala tingkah laku akan lahir dari dalaman ke luaran. Kalau HATI kotor, maka buatlah benda yang menglalaikan dari Tuhan tidak akan rasa impaknya.

"Alah! like status ex-girlfriend bukan siapa-siapa tahu". Masalahnya like dia jual coklat tapi anda tak makan coklat.

"Alah! msg dengan sifulan bin sifulan bukan dia tahu pun". Masalahnya msg walaupun benda yang bukan hal remeh, kene tengok waktu jugak sister. Kalau lebih pukul 12 malam dengan harapan dia balas, dah lain bunyik tu sister.

"Alah! sekejap lagi la solat. Ada masa lagi ni". Once ada sekulit gerakan hati nak solat, jangan tangguh sebab saat selepas itu belum tentu milik kita.

"Alah! buang sampah sikit je. Tak efect kat siapa pun". Kalau banjir, tak ke menyusahkan orang? Mungkin hanya sampah seketul tu yang buat banjir satu taman.


Amik remeh hal 'Alah!' itu sangat merbahaya. Sikit-sikit lama-lama akan parah.

Tapi ketahuilah, manusia akan berubah dan akan memperingati diri sendiri dengan menasihati orang lain.

Paling busuk pun, doa! 'Semoga Allah menjaga diri dia,saya dan awak dari perkara-perkara munkar'.


Thursday, January 14, 2016

Detik Waktu

Lama sudah tak menjenguk blog ni. Tangan mula gatal nak mencoret apa yang patut. Diari alam maya yang dikongsi bersama.

Lama dah sebenarnya nawaitu nak mengupdate blog ni. Tapi dari sehari ke sehari lama-lama tangguh ke setahun. Tapi berita baiknya, Blogger telah di download dalam phone. Mungkin tak ada masalah la kot nak update dan mencoret apa-apa yang patut.

Nurfarahin sekarang bukan setakat ada seorang suami. Tapi ada dimbob sebagai penghibur mummy dan abi. Nama diberi Muhammad Rais Bin Mohd Hanis.

Err.. nama dimbob tu tia (mak cik dalam bahasa Italy) yang bagi. Lama-lama melekat. Nak bercerita panjang tentang dimbob. Tapi kene cari masa yang sesuai.

Sebenarnya saya pinjam bukak Mozilla office. Saya nak sambung buat kerja.

Ohh ye..Saya sihat ! Macam ni la.. mengaharungi hari-hari sebagai orang bekerjaya.

k Bai !