Bila kita cakap tentang Jaga Diri. Take care. Maksudnya sangat sangat mendalam sebenanrnya. Selain menunjukkan bahawa kita caring akan seseorang, ia juga adalah simbolik bahawasanya kita sayang dalam erti kata lain.
Perasan atau tak ? Bila kita pesan Jaga Diri. Maksudnya apa-apa yang ada pada diri kita harus kita jaga. Dari hujung rambut sampai hujung kaki termasuk organ-organ dalaman terutama HATI.
Kenapa HATI ? Sebab dari hati akan lahir segala tingkah laku. Suka. Marah. Geram. Tiada perasaan. Semua dari HATI.
Kata Nabi, "ada seketul daging dalam badan. Kalau ia baik, maka baiklah jasadnya. Kalau ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI".
Kalau nak rungkai satu satu sangat payah. Cuma cukuplah saya berpesan. Segala tingkah laku akan lahir dari dalaman ke luaran. Kalau HATI kotor, maka buatlah benda yang menglalaikan dari Tuhan tidak akan rasa impaknya.
"Alah! like status ex-girlfriend bukan siapa-siapa tahu". Masalahnya like dia jual coklat tapi anda tak makan coklat.
"Alah! msg dengan sifulan bin sifulan bukan dia tahu pun". Masalahnya msg walaupun benda yang bukan hal remeh, kene tengok waktu jugak sister. Kalau lebih pukul 12 malam dengan harapan dia balas, dah lain bunyik tu sister.
"Alah! sekejap lagi la solat. Ada masa lagi ni". Once ada sekulit gerakan hati nak solat, jangan tangguh sebab saat selepas itu belum tentu milik kita.
"Alah! buang sampah sikit je. Tak efect kat siapa pun". Kalau banjir, tak ke menyusahkan orang? Mungkin hanya sampah seketul tu yang buat banjir satu taman.
Amik remeh hal 'Alah!' itu sangat merbahaya. Sikit-sikit lama-lama akan parah.
Tapi ketahuilah, manusia akan berubah dan akan memperingati diri sendiri dengan menasihati orang lain.
Paling busuk pun, doa! 'Semoga Allah menjaga diri dia,saya dan awak dari perkara-perkara munkar'.


No comments:
Post a Comment