.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Friday, May 1, 2009

Wa kena beb..!!!


Alhamdulillah,semalam birthday Timbalan Presiden disambut lagi..kali ini aku hanya menjadi tetamu jemputan Kak Tini dan Kak Farah..Kek sudah ditempah di cafe library beberapa hari lepas(kak Farah tolong tempah kan kot..)Dan agenda Kak Tini dan KakFarah untuk kenakan Timbalan Presiden masih dirancang ketika kami berjalan ke Kompleks Sukan(IPIS)..

Ketika kami sudah mendapatkan meja,Kak Tini dan Kak Farah masih lagi memikirkan kejutan yang hendak dikenakan itu..Akhirnya aku bersuara..

"Azli ikut x??kalau dia ikut,suruh dia komplot sekali la..Buat2 macam ada tinggal benda kat bakul motor..Tapi sebelum tu salah sorang kena letak kek tu kat motor la.pastuh datang balik kat meja nie.."

Nampaknya rancangan ku mendapat kesimpulan mereka..Setuju..!!Apabila kelibat motor Timbalan Presiden itu dilihat..kami mencari kak Farah yang sedia menyorok entah dimana..Apabila mereka mendekati meja kami..kami seperti tidak menahan dari gelak..haha..mana tidaknya,kasihan jika difikirkan..Kami berborak santai sebelum Azli bersuara bahawa ada tertinggal sesuatu dimotor..Sepeninggalan Timbalan Presiden itu buat seketika,Azli memberitahu bahawa sebenarnya Timbalan Presiden itu dalam emosi..kerana Azli tidak menjawab soalan yang ditanya oleh Timbalan Presiden..

T.Presiden:Siapa Telefon?
Azli:Tak de siapa..
T.Presiden:Tak pe tak nak bagi tahu..lain kali sesiapa yang call abg jangan tanya..
Uish..~~~sampai begitu sekali..??Tetiba telefon Kak Tini berbunyi..aiseyh..dia call dari motor..Tibanya dia di meja..kami gelak kerana rancangan akhir nya menjadi..huh..!!Tapi dia mengambil kek yang ditinggalkan sekali dengan 'barang' yang tertinggal oleh Azli..

Tidak lama kemudian,Andak tiba..Dan kami memulakan majlis secara Islamic..meja makan kami disebelah terus terdiam.Bagus juga jika ditunjukkan cara yang kami lakukan ditengah-tengah orang ramai yang sedang makan..Bukan apa,dibumi UNISEL yang sedia maklum,mereka perlu ada kesedaran bahawa dunia ini sementara..Kami bertukar-tukar cerita,pendapat dan pandangan..

Akhir kalam..kepada wa kena beb,semoga anda sihat selalu..segala nikmat hanya sementara..Kepada Andak yang akan meninggalkan bumi UNISEL buat selama-lamanya(tahun akhir),selamat berjuang dalam dunia yang sebenar,yang lebih luas lagi..Kepada yang menagnjurkan wa kena beb ini..Terima kasih kerana sudi menjemput..Kepada Azli..terima kasih kerana berkomplot..kepada aien,thanks for the pictures..