.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Saturday, March 21, 2009

Saratkan Hati ini dengan Cinta Hakiki


Alhamdulillah..kaki melangkah ke Fakulti Pengurusan Industri untuk menagmbil 2nd test for macroeconmic,iaitu pada hari Sabtu..Lepas nie akan ke fakulti semula untuk replacement class for macroeconomic..lepas class akan balik ke rumah techenta..setelah sekian lama x balik lepas cuti mid term beberapa minggu sudah..


Pada 17 Mac 2009,UNISEL telah menyambut Maulidur Rasul yang dijalankan di masjid UNISEL..Penceramah yang dijemput ialah Dr.Badrul Amin..Ceramah berjalan pada malamnya iaitu selepas Maghrib..Cadang lepas class pada hari Selasa tersebut hendak terus ke Masjid untuk menolong Ustaz dan Ustazah Pusat Islam masak bubur lambuk..Tetapi diminta pulang oleh Naib Presiden untuk membuat surat yang sangat penting..Selesai sudah membuat dan menghantar surat ke Canseleri,kaki melangkah ke Masjid..Bila sampai sahaja,bubur 2 kawah sudah siap..MasyaAllah..sekejap benor kalian masak..


Tajuk ceramah pada malam itu ialah "Dimana kan ku cari ganti"..Intipati ceramah yang sangat menarik..Dr.Badrul Amin telah menyentuh segenap perkara diatas muka bumi ini..baik dari sudut islam mahupun dunia..akhlak kita diatas muka bumi ini..Bila difikirkan,memang benar..apa-apa yang berlaku diatas muka bumi ini adalah kebanyakknnya kerana manusia itu sendiri..Selesai sesi ceramah,kami menikmati sedikit jamuan..


Kami pulang dengan berplastik-plastik bubur lambuk..sambil berjalan menuju ke residen,kami memberi kepada orang kami temui ketika berjalan..banyak oooo bubur tu..Malam itu juga kami semua ke rumah sahabiah yang birthday nya pada 18 hb..kami SERBU!!!rumah beliau..tapi serbu pun x mengejutkan kerana beliau telah melihat kami dr balkoni rumah beliau..aiseyh...kalian nie bising sangat kot..


Akhir kalam..

No comments: