
Sepatutnya hari Khamis adalah hari pack bagi saya..mana tidak nya..kelas pertama bermula pada pukul 8.30pg-10.30pg iaitu kuliah Marketing..Disambung dengan Financial Accounting 2 pada pukul 10.30pagi-12.30tgh hari..dan disambung lagi dengan Management pada pukul 12.30 tgh hari-2.00 ptg..Tetapi hari ini kelas hanya ada satu sahaja iaitu Marketing..Lagi 2 kelas batal kenara pensyarah tidak berada di bumi UNISEL..Gembira pun ada,sedih pun ada..Sedih??Kerana saya tahu bahawa akan ada kelas ganti..Bersenang-senang dahulu,bersusah-susah kemudian..
Dan pagi tadi semasa mendengar ilmu yang diberi oleh pensyarah,saya menerima 1 masej dari En.Presiden bertanyakan tentang Fakulti Sains Pendidikan(FSP) yang kami mohon untuk membuat Expo Maulidur Rasul..Kertas Kerja sudah lama diluluskan..Tetapi banyak rintangan untuk kami melancarkan Expo tersebut..dan setelah tamat kelas,saya bergegas ke Admin FSP dan mendapatkan surat..Alhamdulillah,Rotunda FSP diluluskan tetapi kami tidak dapat LT kerana ada kelas pada tarikh Expo tersebut..tidak mengapa kerana kami sudah ada Plan B yang mana memang saya yakin plan B akan kami jalankan..Kami akan membuat pentas sendiri di Rotunda tersebut untuk menjalankan beberapa aktiviti..
Expo yang akan berjalan pada 31/3 dan 1/4 ini diharapkan dapat kita membuat dengan sebaik mungkin..penat oooo turun naik fakulti..canseleri..HEP...bukan nak mengeluh tapi terasa keletihan nya..Dan tadi seorang muslimeen publisiti memberi softcopy iklan Expo kami.."simple but nice.."tapi bukan muslimeen itu yang buat..S/U publisiti yang membuat iklan itu..semestinya seorang muslimat..
Alang-alang saya turun cafe,saya berkesempatan mengambil slip exam..Pejam celik..exam akan menjelma lagi..masa yang ada akan digunakan sebaik mungkin..Semoga kejayaan milik kita bersama..Kejayaan milik insan yang berusaha..sematkan dalam hati anda..dan saya??adakah saya sudah bersedia??Mak,ayah..doakan anak mu..Restu kalian amat ain harapkan..


No comments:
Post a Comment