Jika hari Khamis adalah hari pack saya..Hari Jumaat adalah hari holiday saya..Malam tadi,keletihan yang amat telah menyebabkan saya tidur lebih awal..Awal tak awal,bagi saya awal..kerana kebiasaan saya adalah orang yang paling lambat tidur..
Tetapi malam tadi,setelah beberapa minit saya di alam tidur,kakak rumah telah mngetuk pintu..tanpa sedar,saya membuka pintu dan pada masa yang sama saya terdengar gelombang suara yang amat kuat mengatakan blok H2 perlu dikosongkan kerana berlaku kebakaran..kami yang berada di blok E5..tingkat 4 pulak tu terpinga-pinga..Kemudian dapat pengesahan dari kakak yang duduk di ground floor mengatakan bahawa ia hanya untuk blok H..fuh..!!nafas lega keluar..saya kembali masuk ke bilik..beberapa minit kemudian bunyi siren bomba pulak..aduuhhh apa jadi sebenarnya??
Dengan perasaan ingin tahu,saya bersama kakak rumah turun menuju ke blok H..waaaa mcm pesta baju pun ada..nak kata berada ditepi pantai x juga..saya melihat salah satu blok gelap gelita..dalam fikiran saya "oo munkin berlaku lintar pintas di blok itu.."Tidak lama kemudian mereka-mereka yang berada berdekatan dengan bomba td bersorak gembira sambil menepuk tangan..apa jadi sebenarnya??Rupanya hanya latihan kebakaran..Pada ketika kaki melangkah menuju ke blok semula,guard dengan bangganya sambil menggunakan healer berkata "semua diminta masuk tidur.."


No comments:
Post a Comment