.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Saturday, January 15, 2011

Reflesologi

Salam, sahabat. Sebenarnya saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya alami Jumaat(14/01/2011) lepas. Gerak hati ingin ke rumah wan (nenek) membawa saya ke pusat refleksologi di Gombak. Rezeki barangkali~

Bermula dengan gerak hati ingin ke rumah wan(nenek).

Ain : Ayah, Ain nak gi rumah wan boleh..? (selepas solat Jumaat)
Ayah : Ok, siaplah. Ayah nak hantar Afif gi sekolah agama..
*******
Cik Mah yang bermastautin di Jeddah pulang ke Malaysia selama seminggu mengikut husband dia meeting. Husband dia meeting, dia duduk di rumah mak nya (rumah wan saya). Tiba di rumah wan...

Cik Mah : Ain, teman cik Mah gi rumah Achik jap.. Tunjuk jalan.
Ain : Ok..Ok..Boleh..

Tiba-tiba plan bertukar, Achik akan ke rumah wan.. Saya pun lintasan dalam hati ' mungkin tak payah la kot nak tunjuk jalan..boleh lepak-lepak kat rumah wan nie '

Ain : Cik Mah nak gi mana sampai ke Gombak..? (mulut ringan bertanya)
Cik Mah : Nak gi refleksologi.. Achik nak bawak..
Ain : (yang sedang membaca Metro Harian) Best nye kena urut kaki..
Cik Mah : Nak ikut..? Cik Mah belanja nak..?
Ain : (tanpa segan silu)... Boleh..boleh..

Beberapa minit kemudian Achik sampai.. Sebenarnya malas juga nak pergi.. Tapi Cik Mah beriya ajak.. Maka, kami bertiga pun ke Gombak.. Tiba di pusat refleksologi, kami disambut mesra.. Mana taknya mungkin mengamalkan 'customer first'.. Tiba di counter,

Ain : Cik Mah, ain amik foot je lah..
Achik : Shidah pun samo (orang nogoghi)

Selepas pilih service yang kita minta, kami dibawa ke satu ruang yang gelap.. Nyaman.. dan releks..~ Mula lah sesi urut kaki..

Sebenarnya saya nie adalah juga lenguh-lenguh bahu.. Pinggang tok sah cakap la.. Mungkin sebab pengalaman jatuh di Matrik Melaka dulu, effectnya sampai sekarang.. Dah pi berurut pun kadang lenguh juga.

Dan bila pekerja itu urut dibahagian-bahagian tertentu, ada juga rasa sakitnya.. Cuma boleh ke percaya sakit tu berkaitan dalaman kita.. Tak laa.. mungkin sebab saya nie memang orang yang lenguh-lenguh badan.. Maklumlah dah lama tak join sukan *_*

Bawah nie saya ada sediakan sedikit fakta tentang refleksologi.. Kalau sahabat-sahabat berkenan, nanti saya syorkan pergi ke HPA.. HPA pun ada buat refleksologi..

Akhir sekali, thanks Cik Mah..

**********************************************************************


FAKTA REFLEKSOLOGI

Refleksologi bermaksud terapi pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf, ia telah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu dalam budaya Mesir, China dan India.

Ia merupakan kaedah penyembuhan yang berkesan, efektif, selamat, murah, tidak perlu makan ubat tahan sakit dan tiada suntikan atau tusukan kedalam badan.



Melaluinya, ia bukan sahaja dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri, tetapi turut melancarkan perjalanan darah, menghilangkan lenguh serta melegakan tekanan.

KEBAIKAN REFLEKSOLOGI

Kesan-kesan yang dialami oleh tiap-tiap individu berbeza dan ia memberi kesan positif kepada proses penyembuhan dengan izin Allah S.W.T.

• Buang angin dalam badan
• Membantu dan menambahkan aktiviti buang air besar dan kecil.
• Mengurangkan imsonia- sukar tidur
• Migrain.
• Kaki kebas dan lenguh
• Tekanan atau stress
• Meredakan sakit pinggang, sakit belakang dan kepenatan bekerja.
• Simptom loya/sakit kepala, selsema
• Membuang toksin
• Lebih bertenaga
• Meningkatkan kesuburan dsbnya.

No comments: