.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Sunday, January 16, 2011

Bila Dia menyapa~

Bila rindu Dia menyapa.. Walaupun banyak kali Dia memanggil.. Tapi apakan daya, lumrah manusia..

Terpahat dalam hati seorang ustaz berkata-kata..

"Kalau orang bercinta, teringat kekasih, mulalah baca surat-surat yang dibalas.. Baca SMS yang disimpan.."

Tapi Dia sudah menurunkan semua kasih sayang kepada saya.. awak.. kawan sebelah awak.. jiran sebelah rumah awak.. dan semua orang..Cuma saya.. awak.. kawan sebelah awak.. jiran sebelah rumah awak dan semua orang itu yang tak pandai nak menilai kasih sayang yang Dia bagi..

Tapi, saya merindui Dia.. sangat-sangat merindui Dia..

Dan saya aplikasikan apa yang ustaz katakan itu dalam hati saya sehari-hari..

"..Dengan mengingati Allah, jiwa kan menjadi tenang.."

Surat Allah yang saya baca adalah lembaran-lembaran Al-Quran.. Yang mana esok akan menjadi seorang lelaki kacak yang akan menemani saya apabila saya beristirehat sementara menunggu hari akhirat..

Allah sedang merindui setiap rintihan hambaNya.. Dan bila ada ujian dari Allah itu datang, bergembira kerana Allah masih sayang kita...

Allah sedang melihat kita.. Sungguh..!!

No comments: