.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Monday, January 17, 2011

Calander

Salam Cik Blog.. Alhamdulillah, hari nie berkesempatan sebentar mencoret sesuatu di sini.. Sejak deactivekan akaun Facebook, .:: Permata Yang Dicari ::. adalah tempat saya ziarah setiap kali saya online, selain mengemaskini email di kedua-dua akaun saya..

Saya mengupdate calander study saya.. Pejam celik rupanya, semakin hampir ke Final.. Dan banyak juga aktiviti yang akan saya hadiri.. InsyaAllah.. Cuma, masa yang menjanjikan semua itu.. Mungkin jika tiada rezeki bersama kalian beraktiviti bersama, saya mungkin ada tugasan yang perlu diselesaikan.. Semoga kalian teruskan usaha.. Semua hanya kerana Allah..

Dan esok.. dan esok, akan ada test untuk subjek Advanced Financial Accounting 1.. Naik cuti dah test..~ Sebelum cuti dah buat kuiz untuk subjek nie.. Inilah lumrah pelajar Universiti..

Masa yang diperuntukkan kepada kita, yakni 24 jam adalah sama sahaja untuk kehidupan di atas muka bumi ini.. Cuma aktiviti kita yang berbeza..
"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh"
[As-Shaff ayat 4]

Selamat berjuang..!!!

No comments: