.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Wednesday, May 13, 2009

Pidato




PIDATO KEPIMPINAN SISWA BERSAMA YB NURUL IZZAH BINTI ANWAR

Tarikh : 27 Mei 2009 (Rabu)

Masa : 8.45 malam - 11.00 malam

Tempat : Dewan Besar UNISEL, Bestari Jaya, Kuala Selangor

Anjuran: Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL (MPPUNiSEL)Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Islah

Pakaian : Kemas dan Sopan

Sunday, May 10, 2009

Lakaran Minda

Salam..apa khabar semua?(walaupun saya tahu seorang je yang sedang membaca)..Alhamdulillah perjalanan cuti nie dihabiskan dirumah setakat ini..Saya menjadi 'bibik' yang serba boleh..hehe..dalam erti kata lain menolong mak dengan membuat kerja rumah..Bila lagi nak tolong??Cuti pun bukan boleh belajar..melainkan menimba ilmu yang patut ditimba..
Setakat nie keluar dengan kawan-kawan sekolah lama masih belum bermula..memandangkan sahabat dari Arau,Perlis masih disana..

"Kami menunggu kepulangan mu Jijah.."

Tidak ada apa lagi yang ingin dikongsi..setakat lakaran minda sahaja..Doa saya buat kalian..Semoga perjalanan kita diberkati oleh Nya..InsyaAllah..

Senyum seindah suria yang membawa cahya

Senyumlah dari hati dunia mu berseri

Senyum umpama titian dalam kehidupan

kau tersenyum..ku tersenyum..Kemesraan menguntum

Senyum..kepada semua

Senyuman mu amatlah berharga

Senyum seperti Rasulullah

Dengan senyuman terjalinlah..Ukhwah...

Wednesday, May 6, 2009

Imtihan Dunia..

Alhamdulillah blog di lakar lagi..Kali ini lakaran dibuat di rumah..Alhamdulillah,semu paper peperiksaan telah selamat saya jalankan..Syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang berjuang sehingga tamat paper..Semoga apa yang kita usahakan,kita berdoa dan tawakkal kepada Yang Maha Esa..Dia mendengar dan merindui rintihan hambanya..

Kepada yang dilambung gelora Imtihan dunia..Harapan saya kepada anda agar menjadikan imtihan ini suatu perkara yang dapat anda lalui dengan tabah,agar hari yang akan datang membuat anda bertambah matang..Kepada sesiapa yang mendapat imtihan atas kesalahan diri..Semoga anda belajar dari pengajaran..

Tahniah diucapkan kepada Maryam Atikah kerana dapat melanjutkan pelajaran ke asasi UIA..Semoga perjalanan akademik anda berjalan dengan lancarnya..Apa-apa masalah hadapi dengan hati yang cekal(",)

Dan kini bermulalah perjalanan cuti saya selama kurang lebih sebulan..Sebelum saya mendaftarkan diri ke semester pendek yang akan berjalan selama 2 bulan..InsyaAllah


Friday, May 1, 2009

Wa kena beb..!!!


Alhamdulillah,semalam birthday Timbalan Presiden disambut lagi..kali ini aku hanya menjadi tetamu jemputan Kak Tini dan Kak Farah..Kek sudah ditempah di cafe library beberapa hari lepas(kak Farah tolong tempah kan kot..)Dan agenda Kak Tini dan KakFarah untuk kenakan Timbalan Presiden masih dirancang ketika kami berjalan ke Kompleks Sukan(IPIS)..

Ketika kami sudah mendapatkan meja,Kak Tini dan Kak Farah masih lagi memikirkan kejutan yang hendak dikenakan itu..Akhirnya aku bersuara..

"Azli ikut x??kalau dia ikut,suruh dia komplot sekali la..Buat2 macam ada tinggal benda kat bakul motor..Tapi sebelum tu salah sorang kena letak kek tu kat motor la.pastuh datang balik kat meja nie.."

Nampaknya rancangan ku mendapat kesimpulan mereka..Setuju..!!Apabila kelibat motor Timbalan Presiden itu dilihat..kami mencari kak Farah yang sedia menyorok entah dimana..Apabila mereka mendekati meja kami..kami seperti tidak menahan dari gelak..haha..mana tidaknya,kasihan jika difikirkan..Kami berborak santai sebelum Azli bersuara bahawa ada tertinggal sesuatu dimotor..Sepeninggalan Timbalan Presiden itu buat seketika,Azli memberitahu bahawa sebenarnya Timbalan Presiden itu dalam emosi..kerana Azli tidak menjawab soalan yang ditanya oleh Timbalan Presiden..

T.Presiden:Siapa Telefon?
Azli:Tak de siapa..
T.Presiden:Tak pe tak nak bagi tahu..lain kali sesiapa yang call abg jangan tanya..
Uish..~~~sampai begitu sekali..??Tetiba telefon Kak Tini berbunyi..aiseyh..dia call dari motor..Tibanya dia di meja..kami gelak kerana rancangan akhir nya menjadi..huh..!!Tapi dia mengambil kek yang ditinggalkan sekali dengan 'barang' yang tertinggal oleh Azli..

Tidak lama kemudian,Andak tiba..Dan kami memulakan majlis secara Islamic..meja makan kami disebelah terus terdiam.Bagus juga jika ditunjukkan cara yang kami lakukan ditengah-tengah orang ramai yang sedang makan..Bukan apa,dibumi UNISEL yang sedia maklum,mereka perlu ada kesedaran bahawa dunia ini sementara..Kami bertukar-tukar cerita,pendapat dan pandangan..

Akhir kalam..kepada wa kena beb,semoga anda sihat selalu..segala nikmat hanya sementara..Kepada Andak yang akan meninggalkan bumi UNISEL buat selama-lamanya(tahun akhir),selamat berjuang dalam dunia yang sebenar,yang lebih luas lagi..Kepada yang menagnjurkan wa kena beb ini..Terima kasih kerana sudi menjemput..Kepada Azli..terima kasih kerana berkomplot..kepada aien,thanks for the pictures..

Thursday, April 30, 2009

HapPY biRtHdaY and beLatEd BirTHdaY


(kek bulan Mac)
(Kek bulan april)

Setalah sekian lama kak Farah dan Aien merancang untuk menyambut birthday abang Najib bersama kepimpinan yang diminta oleh Encik Presiden.Alhamdulillah,sambutan dapat dijalankan..tetapi tidak berapa suprise..kerana abang Najib cakap dia dah nampak kek tu kat kedai mak cik..(aiseyh..!!!abang Najib nie..diam2 sudah..)


Yang dirai..Encik Presiden(berkopiah putih,berdiri) tu melebih lak

Sambutan untuk bulan Mac dan April ini sekali gus..(5 orang dirai.)dan majlis gathering kepimpinan sebelum habis semeter ini..



Kami yang rasmikan kek ini..kat kedai mak cik..

Kepada yang dirai..semoga lembaran umur baru menjadi titik permulaan untuk anda meningkatkan daya ketahanan diri..semangat fizikal..(macam nak pergi PLKN je..)tabah dalam dugaan..semoga ukhwah kita berpanjangan..amiin..

Aien,Farahin,Kak Farah

Tuesday, April 28, 2009

Duhai mata yang sedang menangis...


Duhai mata yang sedang menangis...


Mungkin tika ini kau sedang bahagia..mungkin sedang berduka.Apa pun situasi mu,air yang mengenangi kelopak mu dan mengalir ke pipi adalah anugerah Allah yang tidak terhingga.Ia mampu membuang racun di tubuh mu kemudian disusuli ketenangan jiwa.Bersyukurlah padaNya kerana hingga saat ini kau mampu menangis..

Sungguh hairan aku melihat orang yang merasakan tangisan itu suatu kelemahan.Malah menganggapnya suatu ketidakmatangan.Sedang Allah merakam mulia sebuah tangisan dalam firman Nya,"Dan mereka menyungkur (sujud) diatas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk."(Surah al-Isra':109)


Tahukah dikau jika dikaji dari sudut perspektif sains,tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya.Tatkala dirimu dalam ketakutan,unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh.Air mata secara semula jadi boleh membuangnya.Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata.Bukan itu sahaja,tangisan menambahkan jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan anggota badan.Kedua-dua bahu dan urat-urat dada.Setelah tangis mu reda,kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa.Subahanallah,hebat sungguh penciptaan air mata..!!


Tangisan bukan satu keaiban tapi suatu keperluan.Samada kau lelaki atau wanita,kau perlu pada tangisan.Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan.Ia meringankan ketegangan jiwa.Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.


Jika kau lelaki,kenapa perlu malu pada tangisan??Mungkin sosiobudaya mendidik mu bahawa tangisan itu suatu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan.Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam.Apa pun,tidak siapa dapat menafikan bahawa kau juga mempunyai hati dan perasaan.Isi hati mu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit.Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.


Jika kau wanita,mungkin kau lebih banyak menangis daripada lelaki.Tahukah dikau,penyayangNya Allah padamu hingga dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.Ia antara penyebab panjangnya usia mu antara lelaki.Masakan tidak..!!air mata mu keluar bersama peratusan racun dalam tubuh.Doktor pakar mata berkata,air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluarakibat daripada ketegangan urat saraf dan emosi yang tidak stabil.


Sungguh bertuah kau masih mampu manangis.Usah ditahan tangisan itu..!!!Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhan mu.Benar,tangisan tidak mampu mengembalikan masa lalu mu.Jangan membiarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depan mu.Anggaplah ia sebahabian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok..

Wednesday, April 22, 2009

Dialah Permata Yang Dicari

(Permata yang sedang dicari)

Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanan memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah jika dia benar untuk ku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milik ku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan MU


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tidak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki


Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat MU
Jika dirinya bukan untuk ku
Redha hatiku dengan ketentuan MU


Ya Allah Engkaulah tempatku bergantung harapan ku
Ku harap diri ku,sentiasa dibawah Rahmat MU


Monday, April 20, 2009

Bila Buku Berpesta..


Jumaat lepas merupakan 1st day Pesta Buku..aku mengambil peluang untuk menjejak kaki ke PWTC untuk melihat bagaimana sebenarnya Pesta Buku ini kerana pertama kali aku menapak ke pesta buku ini..Kalau bukan kerana menemani kak Farah,entah bila agaknya kaki ini akan melangkah ke sana..

Bila kaki ingin melangkah masuk ke PWTC itu..kami telah ditahan oleh pekerja Linguafone..'Aiseyh abang..spoil mood laaa'..Menarik pesta buku ini sebenarnya..sebab baru pertama kali aku berpeluang melihatnya sendiri..

Harga buku dok sah habaq la..menarik seiring dengan tajuk buku..Kalau la ada duit..pasti ku borong lagi..huuurmmm(thinking..)..

Sambil mencuci mata adalah terserampak dengan artis2 mahupun penulis yang sedia ada..Kami agak 'rushing' jugalah kerana mengejar masa untuk kembali ke UNISEL kerana selepas Isya' ada perjumpaan ahli i Rakan..walau apa pun,jika tahun2 seterusnya saya berpeluang menjejak kaki ke PWTC lagi..akan ku borong buku2 yang menarik..

Saturday, April 11, 2009

Bila exam mengunjung tiba..!!

Next week akan bermulalah debaran exam untuk mahasiswa UNISEL..Bagi sesiapa yang kesah mungkin berdebar..Bagi yang tak kesah tu..bahaya untuk perasaan anda..Tipulah jika dikatakan hati saya x berdebar..mana mungkin saya tidak memikirkan exam..Masa yang diberikan selama 24 jam perlu di hargai mulai sekarang..Bukan bila exam mengunjung tiba je..Tapi setiap hari.."Wal Asr"

Minggu lepas saya pulang ke Melawati..Tapi minggu nie saya keseorangan di hostel..rakan-rakan rumah ada yang mengikuti program..ada juga yang balik..Masa keseorangan nie saya akan pulun habis-habis..hal ini kerana saya tidak ada kerja yang perlu dibuat..memandangkan semua kerja saya beres..berkesesuaian dengan keadaan yang keseorangan ini..sebab xde orang nak bercakap ;(





Perkara yang perlu dititik beratkan sebelum,semasa dan selepas exam..
Sebelum :
  • Buat ulang kaji(mcm dak skolah je lagi..ouch..xkesah laaa)
  • Dekatkan diri kepada Allah kerana Allah akan membantu kita jika kita dalam kesusahan

  • Kesihatan perlu dijaga*

  • Ikut waktu makan anda supaya kesihatan anda terjamin*

  • Kurangkan makan benda yang pelik-pelik seperti jajan,fast food

  • Lihat tips yang lecturer anda bagi..baik untuk jawapan anda di dalam dewan(",)

  • Usaha bersungguh-sungguh selagi mana anda boleh usaha


Semasa :

  • Awalkan tidur anda supaya tidak mengganggu kertas keesokkan hari(cukupkan tidur)

  • Sebelum tidur,baca Al-Mulk

  • Prepare bahan-bahan yang perlu dibawa masuk ke dalam dewan sebelum tidur

  • Revice nota-nota beberapa jam lebih awal..Tidak digalakkan beberapa minit sebelum masuk dewan periksa kerana akan mencelarukan fikiran anda

  • Pastikan perut anda dialas(Jangan biarkan ia berkeroncong kasih)

  • Banyakkan berdoa


Selepas :

  • Tawakkal apa uasaha yang ada sudah luahkan

  • Boleh makan apa yang anda kehendaki(Makanan pelik yang anda catu)

  • Boleh tidur lambat(Sure sebab dah kat rumah)

  • Note boleh simpan tapi jangan buang(untuk kegunaan masa hadapan..mana yang berkaitan)


Berkenaan dengan kasihatan yang saya * kan di atas,saya tengah selsema..Dan malam tadi saya telah menelan 3 biji ubat iaitu 2 selsema dan 1 parasitamol..kerana rasa macam nak demam..Memikirkan exam makin hampir,saya mengambil pendekatan itu..huhu..Rakan-rakan yang bertanya khabar terkejut apabila saya memberitahu perkara itu..haha,,kalian usah runsing..kawe baik-baik saja..

Berkenaan dengan waktu makan juga yang saya * kan itu..saya hanya menulis tetapi saya tidak menjamin saya mengikutnya..kerana saya tidak berpeluang mencari waktu makan yang tepat..Kerana..(banyak nye sebab..) apabila saya makan,saya akan kenyang...apabila kenyang mata akan layu..bila layu,katil akan dicari..saya tidak suka situasi ini..Tetapi saya pastikan perut saya tidak terlalu lapar..Alas dengan roti sudah memadai jika ingin study..


Akhir kalam,semoga berjaya kalian..saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya sejarah silam tidak berulang..amat payah untuk bernafas jika kita jatuh dalam study(sebab nangis)..apa boleh buat selain nangis??mungkin kerana ia mengurangkan tention..

Monday, April 6, 2009

Hari Minggu yang aman..!!


Hari minggu yang lepas ku paksa diri untuk balik ke rumah..mungkin kerana hari-hari yang mendatang sepanjang minggu lepas merupakan satu titik yang mana mungkin memberi sedikit kelembutan pada hati..atau mungkin memberi aku lebih matang dalam berfikir..atau mungkin Sang Pencipta menyuruh diri ini memperbanyakkan lagi muhasabah diri terhadap orang-orang yang berada disekitar ini..

Alhamdulillah,expo i Rakan berjalan juga akhirnya..walaupun sambutan tidak sehangat Hot FM..tapi apa yang dirancang berjalan dengan molek..Malam terakhir kami adakan posmoterm..walaupun hati,perasaan dan pemikiran bukan pada posmotem itu..Tapi aku paham apa yang dipertuturkan setiap orang..bukan aku tidak mahu bercakap pada sesi itu berlangsung..cuma mulut tidak mahu mengeluarkan bait-bait perkataan..banyak sebab yang mana mungkin menyebabkan aku berbuat demikian..Seminggu berlalu dengan perasaan yang mendung di hati..walaupun mulut berusaha untuk mengukir senyuman..hanya Allah sahaja yang mngetahui apa yang berlaku dalam hati ini..kerana Dia yang menurunkan musibah ini..


Selama seminggu aku bertarung dengan perasaan,kekuatan diri..sehingga pagi Sabtu yang sepatutnya aku mengikuti rombongan ke Mid Valley untuk program MIA terlepas..walaupun sebenarnya hati ini berkira-kira untuk pergi atau tidak..akhirnya aku terlepas jua kerana terlajak tidur..mungkin keletihan selama seminggu aku himpunkan pada malam Sabtu itu..Pada pagi Sabtu itu aku bangun dengan perasaan berbelah bagi untuk pulang ke rumah..Ku gagahkan diri untuk pulang jua..Memikirkan exam yang semakin hampir,mungkin tiada masa lagi untuk aku pulang sehingga exam tamat..Akhirnya kaki ini berjaya menjejak di bumi Melawati..

Tapi kali ini aku tidak pulang keseorangan kerana Aien menemani ku..Tiba sahaja di Melawati,aku terus ke rumah nenek kerana adik sepupu ku menyambut hari jadi nya yang ke 2..Selamat Hari Jadi Kimi..Dari kak Ain yang comel lagi baik..oopss..!!

Selama 2 hari 1 malam itu,memang aku melupakan sementara bumi UNISEL..aman,bahagia hidup ku..walaupun pada hakikatnya pada minggu yang akan datang aku ada 2 quiz dan 1 test..Tapi tidak mengapa..aku menyusun segala yang serabut di kepala secara kemas agar tidak berserabut lepas ini..Dapat mencium tangan kedua ibu bapa ku..ku rasa nikmat..tenang setenang muka mereka..Dan aku harap,segala yang terjadi tidak akan berulang..walaupun pada hakikatnya aku tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi..

Kepada sahabat-sahabat..saya,Nurafarahin Binti Abdul Aziz mengeucapkan selamat menghadapi final exam..mari bersama-sama kita berusaha dan berdoa dan bertawakal kepada Allah..Allah adalah tempat bergantung kita..segala kesalahan yang berlaku samada yang disengajakan atau tidak,harap kalian maafkan..last but not least.."Win as a Mujahid,Die as a Syahid.."