
Duhai mata yang sedang menangis...
Mungkin tika ini kau sedang bahagia..mungkin sedang berduka.Apa pun situasi mu,air yang mengenangi kelopak mu dan mengalir ke pipi adalah anugerah Allah yang tidak terhingga.Ia mampu membuang racun di tubuh mu kemudian disusuli ketenangan jiwa.Bersyukurlah padaNya kerana hingga saat ini kau mampu menangis..
Sungguh hairan aku melihat orang yang merasakan tangisan itu suatu kelemahan.Malah menganggapnya suatu ketidakmatangan.Sedang Allah merakam mulia sebuah tangisan dalam firman Nya,"Dan mereka menyungkur (sujud) diatas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk."(Surah al-Isra':109)
Tahukah dikau jika dikaji dari sudut perspektif sains,tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya.Tatkala dirimu dalam ketakutan,unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh.Air mata secara semula jadi boleh membuangnya.Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata.Bukan itu sahaja,tangisan menambahkan jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan anggota badan.Kedua-dua bahu dan urat-urat dada.Setelah tangis mu reda,kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa.Subahanallah,hebat sungguh penciptaan air mata..!!
Tangisan bukan satu keaiban tapi suatu keperluan.Samada kau lelaki atau wanita,kau perlu pada tangisan.Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan.Ia meringankan ketegangan jiwa.Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.
Jika kau lelaki,kenapa perlu malu pada tangisan??Mungkin sosiobudaya mendidik mu bahawa tangisan itu suatu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan.Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam.Apa pun,tidak siapa dapat menafikan bahawa kau juga mempunyai hati dan perasaan.Isi hati mu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit.Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.
Jika kau wanita,mungkin kau lebih banyak menangis daripada lelaki.Tahukah dikau,penyayangNya Allah padamu hingga dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.Ia antara penyebab panjangnya usia mu antara lelaki.Masakan tidak..!!air mata mu keluar bersama peratusan racun dalam tubuh.Doktor pakar mata berkata,air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluarakibat daripada ketegangan urat saraf dan emosi yang tidak stabil.
Sungguh bertuah kau masih mampu manangis.Usah ditahan tangisan itu..!!!Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhan mu.Benar,tangisan tidak mampu mengembalikan masa lalu mu.Jangan membiarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depan mu.Anggaplah ia sebahabian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok..

