
Hari minggu yang lepas ku paksa diri untuk balik ke rumah..mungkin kerana hari-hari yang mendatang sepanjang minggu lepas merupakan satu titik yang mana mungkin memberi sedikit kelembutan pada hati..atau mungkin memberi aku lebih matang dalam berfikir..atau mungkin Sang Pencipta menyuruh diri ini memperbanyakkan lagi muhasabah diri terhadap orang-orang yang berada disekitar ini..
Alhamdulillah,expo i Rakan berjalan juga akhirnya..walaupun sambutan tidak sehangat Hot FM..tapi apa yang dirancang berjalan dengan molek..Malam terakhir kami adakan posmoterm..walaupun hati,perasaan dan pemikiran bukan pada posmotem itu..Tapi aku paham apa yang dipertuturkan setiap orang..bukan aku tidak mahu bercakap pada sesi itu berlangsung..cuma mulut tidak mahu mengeluarkan bait-bait perkataan..banyak sebab yang mana mungkin menyebabkan aku berbuat demikian..Seminggu berlalu dengan perasaan yang mendung di hati..walaupun mulut berusaha untuk mengukir senyuman..hanya Allah sahaja yang mngetahui apa yang berlaku dalam hati ini..kerana Dia yang menurunkan musibah ini..

Selama seminggu aku bertarung dengan perasaan,kekuatan diri..sehingga pagi Sabtu yang sepatutnya aku mengikuti rombongan ke Mid Valley untuk program MIA terlepas..walaupun sebenarnya hati ini berkira-kira untuk pergi atau tidak..akhirnya aku terlepas jua kerana terlajak tidur..mungkin keletihan selama seminggu aku himpunkan pada malam Sabtu itu..Pada pagi Sabtu itu aku bangun dengan perasaan berbelah bagi untuk pulang ke rumah..Ku gagahkan diri untuk pulang jua..Memikirkan exam yang semakin hampir,mungkin tiada masa lagi untuk aku pulang sehingga exam tamat..Akhirnya kaki ini berjaya menjejak di bumi Melawati..
Tapi kali ini aku tidak pulang keseorangan kerana Aien menemani ku..Tiba sahaja di Melawati,aku terus ke rumah nenek kerana adik sepupu ku menyambut hari jadi nya yang ke 2..Selamat Hari Jadi Kimi..Dari kak Ain yang comel lagi baik..oopss..!!
Selama 2 hari 1 malam itu,memang aku melupakan sementara bumi UNISEL..aman,bahagia hidup ku..walaupun pada hakikatnya pada minggu yang akan datang aku ada 2 quiz dan 1 test..Tapi tidak mengapa..aku menyusun segala yang serabut di kepala secara kemas agar tidak berserabut lepas ini..Dapat mencium tangan kedua ibu bapa ku..ku rasa nikmat..tenang setenang muka mereka..Dan aku harap,segala yang terjadi tidak akan berulang..walaupun pada hakikatnya aku tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi..
Kepada sahabat-sahabat..saya,Nurafarahin Binti Abdul Aziz mengeucapkan selamat menghadapi final exam..mari bersama-sama kita berusaha dan berdoa dan bertawakal kepada Allah..Allah adalah tempat bergantung kita..segala kesalahan yang berlaku samada yang disengajakan atau tidak,harap kalian maafkan..last but not least.."Win as a Mujahid,Die as a Syahid.."


No comments:
Post a Comment