Minggu lepas saya pulang ke Melawati..Tapi minggu nie saya keseorangan di hostel..rakan-rakan rumah ada yang mengikuti program..ada juga yang balik..Masa keseorangan nie saya akan pulun habis-habis..hal ini kerana saya tidak ada kerja yang perlu dibuat..memandangkan semua kerja saya beres..berkesesuaian dengan keadaan yang keseorangan ini..sebab xde orang nak bercakap ;(
Perkara yang perlu dititik beratkan sebelum,semasa dan selepas exam..
Sebelum :
- Buat ulang kaji(mcm dak skolah je lagi..ouch..xkesah laaa)
- Dekatkan diri kepada Allah kerana Allah akan membantu kita jika kita dalam kesusahan
- Kesihatan perlu dijaga*
- Ikut waktu makan anda supaya kesihatan anda terjamin*
- Kurangkan makan benda yang pelik-pelik seperti jajan,fast food
- Lihat tips yang lecturer anda bagi..baik untuk jawapan anda di dalam dewan(",)
- Usaha bersungguh-sungguh selagi mana anda boleh usaha
Semasa :
- Awalkan tidur anda supaya tidak mengganggu kertas keesokkan hari(cukupkan tidur)
- Sebelum tidur,baca Al-Mulk
- Prepare bahan-bahan yang perlu dibawa masuk ke dalam dewan sebelum tidur
- Revice nota-nota beberapa jam lebih awal..Tidak digalakkan beberapa minit sebelum masuk dewan periksa kerana akan mencelarukan fikiran anda
- Pastikan perut anda dialas(Jangan biarkan ia berkeroncong kasih)
- Banyakkan berdoa
Selepas :
- Tawakkal apa uasaha yang ada sudah luahkan
- Boleh makan apa yang anda kehendaki(Makanan pelik yang anda catu)
- Boleh tidur lambat(Sure sebab dah kat rumah)
- Note boleh simpan tapi jangan buang(untuk kegunaan masa hadapan..mana yang berkaitan)
Berkenaan dengan kasihatan yang saya * kan di atas,saya tengah selsema..Dan malam tadi saya telah menelan 3 biji ubat iaitu 2 selsema dan 1 parasitamol..kerana rasa macam nak demam..Memikirkan exam makin hampir,saya mengambil pendekatan itu..huhu..Rakan-rakan yang bertanya khabar terkejut apabila saya memberitahu perkara itu..haha,,kalian usah runsing..kawe baik-baik saja..
Berkenaan dengan waktu makan juga yang saya * kan itu..saya hanya menulis tetapi saya tidak menjamin saya mengikutnya..kerana saya tidak berpeluang mencari waktu makan yang tepat..Kerana..(banyak nye sebab..) apabila saya makan,saya akan kenyang...apabila kenyang mata akan layu..bila layu,katil akan dicari..saya tidak suka situasi ini..Tetapi saya pastikan perut saya tidak terlalu lapar..Alas dengan roti sudah memadai jika ingin study..Akhir kalam,semoga berjaya kalian..saya akan berusaha bersungguh-sungguh supaya sejarah silam tidak berulang..amat payah untuk bernafas jika kita jatuh dalam study(sebab nangis)..apa boleh buat selain nangis??mungkin kerana ia mengurangkan tention..


2 comments:
great!tips yg bagus..
hehe..
ain,letak tips meniru skali taleh ke??=p
gudluck eh nnt~
Salam,
lama xluang masa baca blog, malam ni leh plak baca blog serikandi2 unisel.
penceritaan yang menarik, tapi kurang tajam lagi pengamatannya.
gaya bahasa ok, tapi boleh dipermudahkan lagi barulah santai.
ana xkenal enti personally so ana xleh komen banyak2 sangat, takut silap...anyway, good luck!!!
abang garang
Post a Comment