Saya sibuk! Tapi jelajah blogger ni sempat lagi ye..~
Terbaca cerita kak Farah dalam blog beliau membuat kisah saya terimbau kembali.
"Kak, saya jugak pernah emergency break.. Tapi masa tu tengah jammed kat federal + hujan renyai.. Jadi, jalan sedikit basah."
Nak tahu kisahnya?
Hidup di Shah Alam membuat saya selalu balik masa weekend.. Kalau tiada urusan di kampus, tiada assignment yang ingin dihantar last minit atau tiada test atau kuiz atau exam, saya akan pulang ke Taman Melawati.. Nak-nak Jumaat tak de kelas..
Kalau nak diikutkan, saya suka drive 120km.. Caya tak? Saya marah bila orang bawak laju.. Tapi bila dah berada kat tempat duduk pemandu, kaki tak terasa tekan minyak yang dalam.. Bila kalih pada meter rupanya 120km.. Kiranya masa tu 100km tu dah perlahan..sangat perlahan.. Dan favorite saya masa memandu 120km adalah masuk line paling kanan.. Kiranya line tengah dan kiri nie pandang sebelah mata je..
Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan pulang ke Melawati, faderal jammed dan jalan licin sebab hujan renyai.. Masa tu dah nak Maghrib tambah dengan orang balik kerja.. Masa tu dah tak tahan nak balik rumah, so memang redah jammed la.. Bila jammed, memang la bawak slow and stedy.. Cuma tiba-tiba mata rasa nak pandang cermin pandang belakang.. Bila pandang depan, kereta depan dah berhenti.. Saya pun apa lagi? Break la.. Agak terhentak jugak la kepala kat stereng.. Cuma kereta hanya menyentuh kereta depan.. Sentuh kot.. kot laa..
Saya dah cuak! Uncle cina dalam kereta depan dah mula angkat tangan.. Haiyo~ apa nak jadilah anak dara sorang nie.. Bisik hati.. Ok! Uncle kereta depan keluar dan tengok kereta beliau.. Opps~ bukan.. kereta client beliau.. Nak tahu tak? Kereta yang saya langgar tu TIADA nombor plate lagi.. Ya! TIADA nombor plate.. Maksudnya? Maksudnya kereta barulah!! Kereta Mazda pulak tuh.. My future kereta will be.. Berangan~
Bila uncle dah keluar, dah tengok kereta client beliau.. Saya pun keluar, meraikan jammed dan hujan renyai.. Uncle dah marah-marah..
"haiya~ macam mana lu bawak kereta? Ini kereta client oo.. tengok dah kemek"
"mana kemek nya? mana?" saya memberanikan diri.. Yelah.. tak kemek dikata kemek.. entah kemek lama dia kata saya yang buat..hampeh betol.. Padahal tak kemek pun.. kereta hanya bersentuhan je..
Dalam jammed, uncle tu minta num hp saya.. Katanya mahu bawa ke kedai untuk di check apa yang patut.. kot-kot kalau ada yang saya buat, uncle akan call minta ganti rugi..
Sedang tulis nombor hanphone di secebis kertas, tiba-tiba polis traffic datang.. Opps~ hahaha.. Polis hanya melancarkan perjalanan.. Bila semua selesai.. Saya masuk dalam perut kereta dan teruskan perjalanan..
Mestilah ada rasa takut! Cuak apa tah lagi.. Dibandingkan kereta saya dengan Mazda baru yang tiada nombor plate.. Wah~ saya berfikir 'berapa agaknya dia minta bayaran? Walaupun saya tahu kereta Mazda tu tiada cacat cela'
Dan tahu tak pada waktu itu, saya berdoa dan berharap.. "Ya Allah.. aku tahu Engkau sebaik-baik sandaran.. Sebaik-baik tempat untuk aku bermohon.. pinta ku agar Engkau hilangkan kertas nombor telefon yang aku tulis tadi.."
Ya! Saya berdoa dan berharap.. Sungguh tiba-tiba jiwa yang kacau menjadi tenang.. Sangat tenang.. Saya yakin Allah akan bantu saya.. Kalau tiba-tiba esok lusa uncle tu call, itu lain cerita.. Yang pasti saya berharap dan berharap agar kertas itu hilang!
Hari-hari yang berlalu.. Di kampus.. Kadang-kadang susah juga hati.. Kot-kot ada nombor tak dikenali naik.. Memang nyaya la kan.. Ayah & mak tak tahu cerita.. Jangan la dok gatai nak cerita.. Memang menempah ceramah yang berlarutan.. Di kelas juga.. beberapa hari setelah kejadian, baru saya buka mulut dan bercerita.. Kawan-kawan mestilah terkejut! haha.. Hadoi~
Dan sekarang.. Saya hanya bawak 80-100 km je bila berada di jalan raya.. Punyelah fobia.. Sampai sekarang bawak slow.. its ok..janji selamat..
***************
Bila rasa kehadiran Allah dalam diri kita.. Kita akan yakin dan pasti dan sememangnya pasti bahawa Allah sentiasa melihat apa yang terjadi.. Setiap detik.. Setiap saat.. Ingat! CCTV Allah berada dimana-mana..
*Jangan tanya saya kenapa ikut Faderal.. Sebab saya hanya tahu jalan faderal je*


No comments:
Post a Comment