.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Sunday, January 22, 2012

Dah meningkat dewasa rupanya

Salam silent readers.. Sihat dop? Kalau tak sihat, banyak bersabar ye.. Sakit kan kifarah dosa.. Allah tarik sekejap nikmat sihat.. Kalau dah sihat, jangan lupa kepada pemberi nikmat sihat tu.. Dia Yang Maha Satu..

Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk mencoret sesuatu dalam Cik Blog nie.. Tadi baru lepas hang out dengan kawan-kawan.. Geng melawatians.. Geng sekolah dulu... Bila semua dah bercuti, mula la cari masa untuk bergabung tenaga, bercerita perihal diri masing-masing.. haha.. Dah besar semuanya.. Ada yang dah merancang nak berkahwin.. Bagus.. bagus.. mendirikan masjid.. Saya? Lambat lagi kot.. Si Imam sedang mempersiapkan diri untuk membimbing bakal keluarga.. Atau mungkin kami akan bertemu di syurga.. InsyaAllah....

*setakatnitakdeplanningnakkawinlagi*

Back to the story.. Kawan-kawan yang bincng tentang future.. Couple, Tunang.. Then kawin.. Tapi... Bukankah Couple tu xda dalam Islam? Tunang pula, bukankah tunang tu untuk berkanalan? Cukup untuk menyatakan "Ya,saya bakal menjadi suami / isteri orang".. Dan, untuk menjaga ikhtilat, semasa bertunang juga kena ada mahram untuk berkenalan.. Such as, datang rumah masa mak ayah ada.. Keluar dengan si dia mesti ada yang teman..maksudnya dikalangan family macam adik beradik.. or mak ayah teman.. Kan suuweeett~

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya.Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21)

Saya pulak lebih-lebih.. Wah.. dah fikir future saya ye? Yang penting, saya mendoakan kawan-kawan saya bahagia dunia dan akhirat! Amiinn..~ Saya tunggu resepsi itu.. Penting untuk tengok flow..haha

Kawan-kawan saya ni, saya kenal sejak sekolah.. Ada yang saya berkawan sejak darjah satu.. Sampai sekarang.. Saya suka tengok mereka gembira.. Menjadikan saya juga gembira..


-Kurangkan usaha untuk mencari si soleh, tetapi berusahalah untuk menjadi solehah-

No comments: