Salam readers.. How are you? Hopefully you are in a great feelings..
Me? Alhamdulillah, masih diberi nikmat kesihatan dikala cuti.. Kalau jatuh sakit, gamaknya Allah nak gugurkan dosa-dosa kecil lah kan.. Kalau dosa besar kena minta ampun dengan Allah.. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan..
Sebenarnya dah lama tergantung entry nie (1 jam).. Hati tergerak nak turun bawah, dan Merlin telah menarik saya menonton TV bersama.. Merlin di channel 702.. Best! Pengikut setia cerita tu.. The only one cerita yang saya follow dan ingat bila siarannya..
Orait guys~
Hmm back to the real story here...
Isnin lepas, orang cina dok beraya, Alhamdulillah family Hj Yusoff buat sedikit kenduri doa selamat anjuran family Hj Abdul Aziz (ayahanda saya).. Sebab? Sebab adik saya yang bongsu akan melanjutkan pelajaran sekolah menengah beliau di Melaka..
Chantek sangat lah kan.. Sorang kat Pahang, sorang kat Kedah dan sorang bakal jadi penghuni Melaka.. Saya? Saya dah habis tamat tempoh berhijrah. Sekarang duduk rumah dan berpraktikal!
Semasa kenduri, kakak sedara saya dari Johor kebetulan pulang ke Melawati dan membawa bersama anak beliau.. Merangkap anak buah saya.. *Cik Ain* Sungguh suuwweeett panggilan itu..haha..
Berborak dengan kakak sedara saya, bertanyakan itu dan ini.. Dan yang paling membuat saya berfikir adalah, bila beliau memberi semangat "Tak pe, atleast praktikal kita tahu bila penghujungnya.. Kalau kerja kita tak tahu.." Yes! betul apa dia katakan..
Bukankah kita patut bekerja seperti hidup untuk selamanya dan beribadah seperti esok bukan milik kita lagi?
'Eh~Bukan saya nak jadi housewife ke?' ***(Tertakluk kepada ekonomi bakal Imam saya)
OK! Then sekarang saya rasa nak sambung belajar.. haha.. Apalahai>>
yup~ nak sambung study boleh tak? Mak dah banyak kali tanya..
'Lepas praktikal nie nak buat apa? Nak sambung ACCA ke?'
Dan saya dah banyak kali fikir
'Apa maksud mak sebenarnya? Ke mak nak tanya lepas nie nak ka**n ke?'
Oh~ tidaak.. Belum sampai seru saya lagi.. Kawan-kawan memang ramai dah tunang dan akan mendirikan rumah tangga.. Tapi tidak saya untuk masa terdekat.. Memikirkan duit yang tak terkumpul.. plus~ suka gadoh dengan kaum Adam.. hmmm nanti la ek..
Cakap tentang study! status seorang sahabat saya semasa di Matrik Melaka.. Beliau berminat kepada Math tetapi jiwa Biology sangat kuat dan sukar melepaskan title 'budak sains'.. dan sekarang beliau tengah dalam proses sambung Master
Tak kisah la kos apa yang nak diambil.. Betul bukan? Yang pasti kita buat semua.. semua.. kerana Allah.. berkat Ilmu
*Reminder for me too*
So, kawan-kawan sekeliling dah mula berfikir tentang masa depan (tunang + kawin).. saya lebih tertarik masa depan saya.. Sambung study..
Berangan nak masuk UIA.. Memang angan dari sekolah.. Kalau sekolah buat program ke UIA memang excited nak ikut! Dan terlintas juga masa praktikal nie.. nak masuk UIA Sambung Master.. Tiba-tiba nafsu dunia menyuruh sambung di seberang laut melihat dunia negara lain (bukan di Indon mahupun Thailand mahupun kawasan Borneo ya!)
InsyaAllah, akan saya tunaikan impian itu.. Cintakan ilmu.. Dunia pembelajaran..
Kalau sambung oversea mungkin akan mendirikan rumah tangga dulu kot.. Maksudnya nak sambung study tu dalam jangka masa yang lama lagi..
Semoga apa jua usha yang kita lakukan, kita lakukan niat kerana Allah. InsyaAllah, disitulah terletaknya semua keberkatan. Jika mencapai kegagalan, ingat! Perancangan Allah lagi the best! Tak boleh terjangkau oleh seseorang pun..
Salam sayang dari saya ^_^


No comments:
Post a Comment