.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Tuesday, January 19, 2010

Info terbaru


Maaf menyebabkan ada yang menunggu untuk saya mengupdate blog ini. Berehat sebentar. Mungkin kerana banyak idea cuma kemalasan menjadi raja. Tambahan pula subject semester lepas membuatkan saya lupa sebentar akan blog ini.

Kuliah pada semester ini Alhamdulillah semuanya baik. Cuba pada hari pertama jadual untuk kelas kami ada clash. Tapi semuanya menjadi ok semula. 6 Subject semuanya yang akan saya ambil kerana tahun ini semester pendek direhatkan buat seketika. Jadi Business Communication terpaksa ditarik ke semester ini. "Adoi..dengan Puan Ayu Rita plak tuh." Tak pe..selagi kerja beliau saya siapkan,segala 'rules & regulation' saya ikut, insyaAllah masalah tidak akan timbul. Tidak lupa juga kepada Company Law yang mana kesinambungan dari Business Law semester lepas, juga tersenarai pada semester ini. Kesimpulannya 6 subject kesemuanya. Semoga masa dapat diuruskan dengan sempurna.

Hari Selasa lepas, kami, pelajar-pelajar Fakulti Perniagaan (FOB) menerima 1 khabar mungkin baik,mungkin tidak bagi saya yang mana fakulti kami akan berpindah ke Shah Alam "ha...??" Ye..kami berpindah tapi bukan di UNISEL Shah Alam. Kata Asy ( housemate yang akan turut berpindah ) UNISEL membeli sebuah bangunan Anjung di Shah Alam. Khas untuk 1 Fakulti kami sahaja. 'Anjung tu kat mana ye..?'

Ramai antara kami tidak mahu berpindah. Bila saya fikir semula..banyak negative dari positive. Jadi mengapa patut..? Kos sara hidup adalah perkara utama dalam fikiran ini.. Mana tidaknya, mungkin UNISEL menyediakan hostel seperti biasa. Tapi mungkin kerana inginkan keselesaan,kami akan mencari rumah sewa. Pengangkutan lagi.. Kalau ada kereta boleh memikirkan lagi.. Tapi...macam berebut akan naik Rapid KL je.. Kesian juga kepada sahabat-sahabat lain. Perkara yang saya takutkan adalah sikap, tingkah laku pelajar FOB. Bagi pandangan saya, FOB adalah pelajar yang paling ramai dan sosial nya juga meningkat. Jika diletakkan di tengah-tengah bendar, mungkin ada diantara mereka yang tidak biasa duduk di tengah bandar akan mengalami 'culture shock'.. Hmmm banyak nye fikir..~ Yang pasti saya dapat merasakan 80% kami akan berpindah.. Kerana apa? Saya juga masih memikirkan tentang itu. Jika alasan tidak muhasabah, rasanya baik tak payah pindah kot..

Faktor pelajaran juga saya fikirkan.. Adoooii..! susahnye belajar ditempat lain, penginapan ditempat lain. Library lagi untuk mengulangkaji. Ya, mungkin ada library Shah Alam. Tapi takut jika ramai yang pasang niat ke library,alik-alik pesong ketempat lain... Apa-apa pun saya masih menunggu jawapan. Tapi satu, mungkin kalian akan dapat masuk dengan situasi baru jika kalian fikirkan motif utama datang ke UNISEL... Tiba-tiba saya terfikir bagaimana Bio Tech nak masuk kawasan BJ..? Adakah mereka akan menjadi kekok kerana masuk dikawasan perkampungan..?Jawapannya... semester depan akan terjawab.

Sunday, October 25, 2009

Naik Taraf


Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG.
Mahukah anda menjadi BINTANG..??

Bukan di atas pentas atau kaca televisyen..

Tetapi menjadi bintang di hadapan Allah hu Rabbi..

Rabbul Izzati...





Tuesday, October 20, 2009

Kejayaan yang di idamkan


Minggu lepas..telah aku jalani mid term untuk subject bis law..Ta Allah..Engkau shaja yang tahu perasaan dalaman yang sedang berperang sebelum,semasa dan selepas aku duduki test tersebut..

Sementara menunggu masa yang ditetapkan oleh pensyarah..aku cuba memanggil kembali data-data di kepala..sementara menunggu untuk masuk didalam dewan kuliah..aku rasakan seperti ingin memuntah kembali ilmu itu..kepala sudah berpusing..hanya restu mak dan ayah mengiringi perjalanan itu..walaupun hanya sekadar test,tapi aku yakin dengan doa mereka sedikit sebanyak dapat menenangkan perasaan yang berkecamuk..


Selesai sudah test,kepala ini rasa berat yang amat..Kaki melangkah ke surau untuk menunaikan kewajipan pada tenagh hari itu..Kepala yang pening aku sujud bertemu Sang Pencipta..lega sedikit rasanya..Tapi apa kan daya...perasaan yang gelisah menjawab test tidak dapat dihilangkan walaupun surut sedikit..Kawan-kawan disekeliling mengeluh resah..


Aku hanya bertawakal sahaja..Sesungguhnya aku sudah buat yang terbaik..
Walaupun dapat rasakan subject itu satu penyiksaan bagi diri untuk sem ini..Tapi akan ku gagahkan kaki yang melangkah untuk teruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar..



Maha Suci Mu Ya Allah..Syukur ku panjatkan kepada Mu..Aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas..untuk menjalankan rutin harian ku..


Tapi jiwa ini berkecamuk memikirkan hari-hari yang mendatang..Aku kini bersiap sedia untuk menempuh dugaan dan cabaran yang terbentang di depan mata..


Aku mohon supaya diperkuatkan lagi kekuatan yang sedia ada..Supaya aku tidak menjadi insan yang cepat berputus asa,cepat mengeluh..Aku Pohon Ya Allah.

"Salam takziah kepada kak Farah dengan pemergian bonda tercinta..Saya harap akak tabah menghadapi dugaan ini dengan tabah dan sabar..Setiap yang hidup akan mati..Al-fatihah..."

Saturday, October 3, 2009

Sedikit..tapi banyak



"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya."



" Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman, dan jadikanlah mereka mencintai orang-orang yang beriman"


Tuesday, September 29, 2009

Kesedihan Seorang Sahabat

Maafkan diri ini tatkala jari-jari bermain di keyboard..

Sedari cuti,hati ini tidak tenteram..


Sehingga saat ini jua..


Maafkan diri ini wahai sahabat..


Saya tidak ada walaup setitik niat untuk berbuat begitu..


Tapi apakan daya..



Pengalaman lepas yang saya kira menjadi sebuah memori bertukar kepada ungkitan..


Mungkin diri ini yang tidak menjaga hati kamu..


Maafkan diri ini wahai sahabat..


Semoga ukhwah kita kekal untuk selamanya..


Doa untuk dirmu..


Semoga kejayaan yang kita impikan..akan sama-sama kita kongsi bersama..


Dan semoga ungkitan itu menjadi sejarah buat diri kita..


Diri ini berharap agar kemanisan seorang sahabat dapat kita rasai lagi..

Bersama teman-teman seperjuangan yang setia disini..

Teman-teman yang sedih dan ketawa bersama..

Mereka juga mengharapkan kemaafan dari mu..


Walaupun dirimu jauh dibumi Ambia'..


Jaga dirimu wahai sahabat..


Bukan diri ini yang merancang untuk membuat Kesedihan Seorang Sahabat itu..


Salam Sayang dari saya..





Selamat tinggal sahabat ku


Ku kan pergi berjuang


Menegakkan cahaya Islam


Jauh di negeri seberang




Selamat tinggal sahabat ku


Ikhlas kan lah diri mu


Iringkanlah doa restu mu


Allah bersama selalu




Kalau ku tak lagi jumpa


Jangan lah kau berduka


Semoga tunai cita-cita


Rai gelar syuhada

Saturday, September 26, 2009

.::Gambar Raya::.













































Assalamualaikum,setelah beberapa rintangan saya menempuh..hampir berputus asa jugalah..akhirnya ini yang dapat saya hasilkan..Sebenarnya banyak lagi gambar..tapi cukup sekdar yang penting je..Akhir kalam,Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya..














































Thursday, September 24, 2009

Tirai Ramadhan dilabuhkan,Lebaran Syawal disambut

Lamanyeee x update blog...alhamdulillah syukur,masih lagi saya ingat akan blog ini..
Salam lebaran dari saya kepada yang membaca coretan yang seberapa ini.sekadar coretan untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian.insyaAllah

Renungan untuk kita..adakah kita berpeluang berjumpa dengan Ramadhan lagi?rindunya..

Rutin seperti biasa setiap kali menjelang 1 Syawal..Kami sekeluarga akan menziarahi wan (orang nogori pabggil nenek 'wan') yang mana rumah wan satu taman,2km dari rumah saya..Lepas beraya,kami bertolak ke Johor..Dan kali nie,berkampung di Johor agak lama juga..Ambil angin kampung,buang 'mood' KL..letih la juga perjalanan..tapi tak pe..Allah dah memberi kemudahan kenderaan untuk dinaiki(",)

Emmm(..thinking...) duit raya??Bila kalian nak bagi(ditujukan kepada pembaca)???Saya masih lagi bergelar seorang student..pelajar..umur belasan tahun(birthday belom sampai)..Gurau je..bukan tak sedar diri,cuma kutipan untuk masa depan..(^_^)

Dan sebenarnya makcik2 dan pakcik2 saya baru je beraya kat rumah nie..Last minit mak panggil mereka..Maaf kepada pembaca kerana tidak menjemput kalian..insyaAllah kalau ada rezeki nanti saya ajak beraya memandangkan cuti universiti singkat,padat dan mampat..saya tak berpeluang jumpa sahabat-sahabat lama(rindu kalian~)

Okeyh..cukup sekadar ini sahaja..agak sempoi tulisan kali nie..mungkin kerana baru pekena "Teah Tarikkkk"(saya buat untuk tetamu..sheedaappp..!!)

*Tak upload gambar raya lagi..nanti-nantilah ek..

Friday, August 14, 2009

Minggu Tekad Siswa (MTS) dalam kenangan

Salam sayang,salam perpaduan buat pembaca..apa khabar iman anda hari ini?upgradekanlah ia..semoga kemanisan cinta hakiki dapat kita rasai dengan nikmat yang tidak terkira..Semoga hati kita yang dibolak balikkan tidak bertukar dengan dasyat keatas diri kita..
Alhamdulillah,MTS kali ini dapat saya 'join' lagi..Tapi tanggungjawab yang berat harus saya pikul untuk Biro Sahsiah Muslim..Banyak benda yang harus saya laksanakan keatas sahabat baru..Saperti yang termaktub didalam surah Al-Imran ayat 110 "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan oleh manusia untuk menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran,dan beriman kepada Allah"
Banyak benda yang saya pelajari didalam MTS kali nie..Terlalu banyak..
Dan pagi ini saya bangun dengan satu azam yang baru..keyakinan yang baru..Hati yang baru..Semoga keyakinan ini tidak lentur dek arus dunia yang sangat dasyat,InsyaAllah..

Thursday, July 30, 2009

Sahabat dari Matrikulasi

Alhamdulillah..akhirnya cuti semester bertandang lagi..walaupun hanya sekejap tapi orang kata jangan kufur nikmat..

Last minit perancangan akhirnya kami bertemu jua..Sahabat-sahabat dari matrikulasi balik bercuti..walaupun saya hanya berjumpa mereka berdua..tapi mereka inilah yang berada disamping saya semasa jatuh bangun nye saya dia matrik..

Lapang rasanya dada apabila mempunyai sahabat yang apabila kita gembira..dia gembira..apabila kita menangis..dia merasai apa yang kita lalui..

Lapang rasanya mempunyai sahabat yang mana apabila kita dalam kesusahan..mereka membantu..


Lapang rasanya mempunyai sahabat yang beterus terang mengenai perbuatan kita..Bagi saya,mereka menegur kerana mereka sayang akan kita..

Lapang rasanya jika perbuatan baik mereka..kita balas tanpa menilai sejauh mana perbuatan baik mereka terhadap kita..


Lapang rasanya mempunyai sahabat yang mengenal apa itu erti sahabat..

Wednesday, July 22, 2009

Doa Rabitah

Sesungguhnya Engkau tahu bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta Mu
Bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatan Nya kekalkanlah cinta Nya
Tunjukilah jalan-jalan Nya
Terangilah dengan cahaya Mu yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami dengan karunia Iman
Dan indahnya tawakal pada Mu
Hidupkan dengan ma'rifat Mu
Matikan syahid dijalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela