Alhamdulillah..akhirnya cuti semester bertandang lagi..walaupun hanya sekejap tapi orang kata jangan kufur nikmat..Last minit perancangan akhirnya kami bertemu jua..Sahabat-sahabat dari matrikulasi balik bercuti..walaupun saya hanya berjumpa mereka berdua..tapi mereka inilah yang berada disamping saya semasa jatuh bangun nye saya dia matrik..
Lapang rasanya dada apabila mempunyai sahabat yang apabila kita gembira..dia gembira..apabila kita menangis..dia merasai apa yang kita lalui..
Lapang rasanya mempunyai sahabat yang mana apabila kita dalam kesusahan..mereka membantu..
Lapang rasanya mempunyai sahabat yang beterus terang mengenai perbuatan kita..Bagi saya,mereka menegur kerana mereka sayang akan kita..
Lapang rasanya jika perbuatan baik mereka..kita balas tanpa menilai sejauh mana perbuatan baik mereka terhadap kita..

Lapang rasanya mempunyai sahabat yang mengenal apa itu erti sahabat..


No comments:
Post a Comment