
Maaf menyebabkan ada yang menunggu untuk saya mengupdate blog ini. Berehat sebentar. Mungkin kerana banyak idea cuma kemalasan menjadi raja. Tambahan pula subject semester lepas membuatkan saya lupa sebentar akan blog ini.
Kuliah pada semester ini Alhamdulillah semuanya baik. Cuba pada hari pertama jadual untuk kelas kami ada clash. Tapi semuanya menjadi ok semula. 6 Subject semuanya yang akan saya ambil kerana tahun ini semester pendek direhatkan buat seketika. Jadi Business Communication terpaksa ditarik ke semester ini. "Adoi..dengan Puan Ayu Rita plak tuh." Tak pe..selagi kerja beliau saya siapkan,segala 'rules & regulation' saya ikut, insyaAllah masalah tidak akan timbul. Tidak lupa juga kepada Company Law yang mana kesinambungan dari Business Law semester lepas, juga tersenarai pada semester ini. Kesimpulannya 6 subject kesemuanya. Semoga masa dapat diuruskan dengan sempurna.
Hari Selasa lepas, kami, pelajar-pelajar Fakulti Perniagaan (FOB) menerima 1 khabar mungkin baik,mungkin tidak bagi saya yang mana fakulti kami akan berpindah ke Shah Alam "ha...??" Ye..kami berpindah tapi bukan di UNISEL Shah Alam. Kata Asy ( housemate yang akan turut berpindah ) UNISEL membeli sebuah bangunan Anjung di Shah Alam. Khas untuk 1 Fakulti kami sahaja. 'Anjung tu kat mana ye..?'
Ramai antara kami tidak mahu berpindah. Bila saya fikir semula..banyak negative dari positive. Jadi mengapa patut..? Kos sara hidup adalah perkara utama dalam fikiran ini.. Mana tidaknya, mungkin UNISEL menyediakan hostel seperti biasa. Tapi mungkin kerana inginkan keselesaan,kami akan mencari rumah sewa. Pengangkutan lagi.. Kalau ada kereta boleh memikirkan lagi.. Tapi...macam berebut akan naik Rapid KL je.. Kesian juga kepada sahabat-sahabat lain. Perkara yang saya takutkan adalah sikap, tingkah laku pelajar FOB. Bagi pandangan saya, FOB adalah pelajar yang paling ramai dan sosial nya juga meningkat. Jika diletakkan di tengah-tengah bendar, mungkin ada diantara mereka yang tidak biasa duduk di tengah bandar akan mengalami 'culture shock'.. Hmmm banyak nye fikir..~ Yang pasti saya dapat merasakan 80% kami akan berpindah.. Kerana apa? Saya juga masih memikirkan tentang itu. Jika alasan tidak muhasabah, rasanya baik tak payah pindah kot..
Faktor pelajaran juga saya fikirkan.. Adoooii..! susahnye belajar ditempat lain, penginapan ditempat lain. Library lagi untuk mengulangkaji. Ya, mungkin ada library Shah Alam. Tapi takut jika ramai yang pasang niat ke library,alik-alik pesong ketempat lain... Apa-apa pun saya masih menunggu jawapan. Tapi satu, mungkin kalian akan dapat masuk dengan situasi baru jika kalian fikirkan motif utama datang ke UNISEL... Tiba-tiba saya terfikir bagaimana Bio Tech nak masuk kawasan BJ..? Adakah mereka akan menjadi kekok kerana masuk dikawasan perkampungan..?Jawapannya... semester depan akan terjawab.


3 comments:
Salam...
yeay, akhirnya ada jugak entri baru setelah banyak kali keluar masuk menatap tulisan yang sama...clap*clap*clap...hebat ah..
tak suka pindah shah alam?
apa lagi, tukar la kos..
hahaha...
ada jugak positifnya..
nnt boleh belanja akak RFC..
muehehehe..
Salam,
saya pun nak RFC gak...huhu
Abang Garang
kak farah..nak tukar kos..?hahah kosmetik boleh..?? RFC..??boleh2 tunggu la cawangan dibuka..dan masa tuh saya jadi Orang Kaya Universiti (OKU)..
abg garang nak RFC..??huhu..
Post a Comment