
Alhamdulillah masih lagi diberi pinjam oleh Allah kepada kita sihat tubuh badan.. Akhirnya dapat jua saya meng'online'kan diri di rumah setelah wireless di hostel 'limited or no connectivity'.. Budak-budak rumah semuanya kebosanan kerana tidak dapat update Facebook.. Bak kata Kak Farah "dah sangap nie.." Sabar ye akak.. Sebenarnya wireless suruh kita study dulu.. (",)
Rentetan daripada cerita mengenai FOB akan ditukar ke Shah Alam.. Saya seperti mendapat sinar baru.. Suara hati yang mengatakan masih ada lagi ruang untuk saya berdoa kepada yang menciptakan hati manusia.. DIA yang mengawal segala detikan dihati manusia.. Mangapa saya berkata sedemikian..? Kerana Prof (dekan) masih ada lagi mesyuarat yang perlu dihadiri untuk meng'confirm'kan semula kepada kami tentang pemindahan itu.. Lucu rasanya jika sebab mengapa mereka ingin memindahkan FOB ke Shah Alam, dan Bio Tech ke Bestari Jaya.. Kata Prof,
"Mereka memberi sebab pemindahan kerana FOB sesuai dengan keadaan di Shah Alam dimana banyak industri.. Manakala Bio Tech ke BJ kerana Bio Tech akan melihat ikan, lembu, itik...dll " Saya hanya tersunyum dari tempat duduk.. Ada juga yang menyuarakan bahawa dikhuatiri ramai pelajar akan terkejut dengan keadaan persekitaran Shah Alam.. Ada juga yang menyuarakan 'Jika ingin berjaya, dimana-mana jua boleh walaupun di kawasan Hulu seperti BJ'..Apa-apa pun keputusan belum dibuat..
Dan jika kami jadi untuk berpindah, mungkin DIA telah menugaskan kami di Shah Alam pula untuk mendaulahkan Islam di UNISEL Shah Alam.. Ya..mungkin ini tugas terbaru kami.. Allah mengetahui segalanya..
p/s : Maaf kerana menceritakan hal FOB sahaja..kerana ini isu hangat dalam kepala saya..memikirkan mahu duduk di hotel atau rumah mak cik yang terletak di seksyen 7...


No comments:
Post a Comment