.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Thursday, July 30, 2009

Sahabat dari Matrikulasi

Alhamdulillah..akhirnya cuti semester bertandang lagi..walaupun hanya sekejap tapi orang kata jangan kufur nikmat..

Last minit perancangan akhirnya kami bertemu jua..Sahabat-sahabat dari matrikulasi balik bercuti..walaupun saya hanya berjumpa mereka berdua..tapi mereka inilah yang berada disamping saya semasa jatuh bangun nye saya dia matrik..

Lapang rasanya dada apabila mempunyai sahabat yang apabila kita gembira..dia gembira..apabila kita menangis..dia merasai apa yang kita lalui..

Lapang rasanya mempunyai sahabat yang mana apabila kita dalam kesusahan..mereka membantu..


Lapang rasanya mempunyai sahabat yang beterus terang mengenai perbuatan kita..Bagi saya,mereka menegur kerana mereka sayang akan kita..

Lapang rasanya jika perbuatan baik mereka..kita balas tanpa menilai sejauh mana perbuatan baik mereka terhadap kita..


Lapang rasanya mempunyai sahabat yang mengenal apa itu erti sahabat..

Wednesday, July 22, 2009

Doa Rabitah

Sesungguhnya Engkau tahu bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta Mu
Bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatan Nya kekalkanlah cinta Nya
Tunjukilah jalan-jalan Nya
Terangilah dengan cahaya Mu yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami dengan karunia Iman
Dan indahnya tawakal pada Mu
Hidupkan dengan ma'rifat Mu
Matikan syahid dijalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Alhamdulillah..Syukur

Salam ukhwah kepada sahabat-sahabat sepejuangan..Alahmdulillah,syukur sama-sama kita dapat menduduki peperiksaan final semester..Semoga apa yang kita pelajari sepanjang satu sem pendek nie dapat kita membuahkan hasil yang manis..Bukan sahaja kita dapat merasai,malah orang sekeliling kita terutama mak dan ayah kita..
InsyaAllah perjalanan masih diteruskan lagi di alam kampus..dan sekarang bercuti di rumah..Tapi akan di gunakan kesempatan yang ada untuk merehatkan minda sebelum berserabut dengan maslah duniawi lagi..

Apa lagi nak coret nih?Tak ada idea bila da balik rumah..Nak rehat kot..

Akhir kalam,saya minta maaf banyak-banyak kalau ada terkasar bahasa,tersilap kata..teruskan perjuangan..TAKBIR..!!

Friday, July 17, 2009

Imtihan..kini dikau muncul lagi

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya..masih lagi kita dapat bertemu diruangan ini..walaupun secara maya..Dapat kita meneruskan perjuangan kita yang tidak tahu bila kita akan berhenti dari medan ini..Sesungguhnya seorang da'ie tidak berjalan diatas karpet merah..Sungguh hebat jika dugaan mengganggu ketenteraman hati yang sesungguhnya hanya Allah mengetahui segalanya..

Next week akan ku tempuh final..InsyaAllah akan ku buat yang tebaik..Jangan biarkan kisah silam mengimbau detik yang akan datang..


Rindu rasanya untuk bertemu sahabat-sahabat yang sudah mula sem..Rindu rasanya nak berjumpa dengan family..Rindu sebenarnya nak menyoret dalam blog nie..cuma masa tidak berapa mengizinkan seiring dengan wireless yang x berapa best..


Masih lagi bertarung dengan dalaman yang masih mempunyai banyak persoalan..Tapi akan ku fikir dari pelbagai aspek..Tanggungjawab yang berat sebagai seorang hambaNya..sebagai seorang anak..sebagai seorang kakak kepada 3 orang adik..sebagai student..sebagai sahabat..akan ku buat yang terbaik untuk orang sekeliling..insyaAllah..


Bertaut dengan tali Allah yang kukuh akan memperkuatkan lagi perjuangan dalam hidup..Akhir kalam,saya minta maaf dari insan-insan yang pernah bergurau senda dengan saya..yang saya bertegur sapa..yang mana pengalaman manis akan kita pahat bersama..pengalaman pahit jangan dibuang untuk kenangan hidup..Sama-sama kita berdoa untuk perjalanan yang panjang

Friday, July 3, 2009

Selamat Berjuang



Kenangan bersama ketua exco sahsiah dan kerohanian
duduk 2 dari kiri
Selamat tinggal sahabat ku..


Ku kan pergi berjuang..


Menegakkan cahaya Islam..


Jauh di negeri seberang..




Selamat tinggal sahabat ku..


ikhlaskanlah diri mu..


Iringkanlah doa restu mu..


Allah bersama selalu..




Ku berjanji pada hati..


Untuk segera kembali..


Menjayakan negeri ini dengan redha Ilahi..

Cebisan Kenangan

"Di sini ku kenal erti sahabat..Memberi dan menerima kata sepakat..Guru pembimbing tetap ku hormat..Demi saudara ku tempuh jua.."

"Sahabat..Kau sesungguhnya..Teman ku di kala suka dan lara..Tika ku buntu dibelengu sendu..kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman.."

"Di sini kita pernah bertemu..Mencari warna seindah pelangi..Ketika kau menghulurkan tangan mu..Membawaku ke daerah yang baru..Dan hidup ku kini ceria..."

Wednesday, June 24, 2009

Menghayati Bulan Allah ::Rejab::




Rejab datang kembali menemui umat Islam. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan).
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu qissah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah"
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:
Yang bermaksud : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa"

Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah. Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:" Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].

Kedua : Bertaubat.
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.


Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:

Bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai".

Istimewanya bulan ini, pada 27 Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj kepada Rasulullah s. a. w. Pada malam itu, baginda diangkat ke siddaratul muntaha (langit ketujuh) bertemu secara langsung dengan Allah. Dengan izin Allah, baginda melihat keadaan syurga dan neraka dan bagaimana umatnya serta umat yang terdahulu menerima ganjaran kebajikan dan pembalasan dosa yang mereka lakukan di dunia. Ketika bertemu Allah, Rasulullah saw juga diperintah mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam yang mulanya diwajibkan sebanyak 50 waktu. Inilah keriangan yang paling tinggi daripada Allah kepada Rasulullah dan umatnya hingga ke hari kiamat.

Maksudnya: "Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) ada satu malam dari Masjid Haram ke Masjid Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, untuk kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat". (Surah al-Isra', ayat 1)


Imam Nawawi seorang tokoh perundangan dalam Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat (atsar) dan para ulama dahulu dan mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad s. a. w. telah diisra' dan dimikrajkan oleh Allah s. w. t. dengan roh dan jasadnya sekali. Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut.


Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Isra' Mikraj Nabi s. a. w, dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Isra' dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi s.a.w sendiri, sebaliknya Nabi s.a.w menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisra' dan dimikrajkan oleh Allah s. w. t. bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah s. w. t. bernama buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi s.a.w dalam perisitiwa bersejarah diisra' dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Isra' Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi s.a.w untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah s. w. t. berlaku ke atas diri Nabi s.a.w dengan dibantu oleh malaikat Jibril a. s.


Allah SWT melalui firmanNya dalam ayat pertama surah Al Isra', menjelaskan tentang peristiwa Isra' memulakan dengan kalimah Subhana "Maha Suci Allah." Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Sekalipun peristiwa Isra' Mikraj itu perkara luar biasa(ajaib) di sisi akal manusia, tetapi bagi Allah s. w. t. Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagi-Nya.

Kalaulah peristiwa Isra' Mikraj itu sekadar Nabi s.a.w bermimpi pergi ke Baitul Muqaddis dan juga mimpi naik ke langit, maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda Nabi s.a.w, kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bukan Nabi Muhammad sahaja yang boleh bermimpi naik ke langit, bahkan orang yang bukan taraf nabi pun boleh bermimpi serupa itu juga.

Dalam peristiwa ini, baginda Rasulullah s. a. w. dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.


Antaranya : Satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s. a. w. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Firman Allah:
Maksudnya: "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan allah Maha luas kurniaanNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".


Baginda juga melalui suatu tempat yang berbau harum. Rasulullah s. a. w. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).


Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, "Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang)."

Rasulullah juga diperlihatkan, sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, "Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka".


Baginda juga melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, "Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami".


Mudah-mudahan perkara yang diperlihatkan oleh Allah kepada Baginda Muhammad s.a.w. dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua untuk mendapat rahmat dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Dipetik daripada e-mosque.com.my untuk perkongsian bersama..

Tuesday, June 23, 2009

Coretan sekadar berkongsi...

Salaam..apa khabar anda?harap berada dalam keadaan baik..Alhamdulillah,kita panjatkan syukur kerana masih lagi bernafas..meminjam harta benda yang semestinya milik kita sementara..Sebenarnya tidak tahu apa yang nak dicoretkan..kalau bercerita tentang perjalanan yang berlaku selama beberapa hari lepas..beberapa puluh jam lepas..beberapa ribu minit lepas boleh???(mestilah boleh..blog saya..)

Semalam berlaku satu perkara sengal dimana memenuhi kehendak selera makan yang sekian lama dihimpunkan..Makan durian jam 2 pagi di tepi sliding door hostel..pelik ke??tak kot..Ahli-ahli kami adalah Kak Farah,Kak Tini dan saya sendiri..Malangnye Ain hanya jadi juru kamera sahaja dengan alasan dia tak makan durian..Kenapa ye??tanya dia sendiri..Pening katanya..


Minggu nie ku habiskan masa depan latop..Menghabiskan tesis yang perlu disiapkan..Bukan saya yang buat tesis..Tapi assingment yang diperlukan dari tesis tersebut..Poneng juga kopalo den nie ha..Tapi as a student..dan mengharapkan perkara lama tidak berulang kembali..Insyaallah..


Akhir coret,jaga kesihatan anda..semoga hari-hari yang dilalui berjalan dengan lancar dan amal ibadah dapat dilakukan dengan baik..

Sunday, June 14, 2009

30 minit perjalanan

Beberapa hari yang lepas telah ku memberitahu Kak Farah tentang muktamar ISIS yang diberitahu oleh Merico.Sejak detik itu aku masih lagi berbelah bagi untuk pergi atau pun tidak.Akhirnya keputusan dibuat pada Sabtu pagi pada pukul 11.Dimana Muktamar akan bermula pada pukul 2 petang.Setelah mendapat persetujuan Mak (restu parents),aku bersiap-siap.

Ku sangka pada mulanya kami akan meneruskan perjalanan setelah bersiap.Tetapi Kak farah mengajak ku makan tengah hari di cafe.Memandangkan perut pun berkeroncong kasih,pelawaan Kak Farah ku sambut tanpa ragu-ragu.


Perjalanan yang diambil selama 1 jam ke Greenwood membuatkan kami banyak berceloteh didalam kereta..Ada sahaja topik yang dibincangkan..Setibanya di Taman Melewar,Greenwood..kami nampak markas Pas..Dalam hati sudah terdetik sebenarnya "entah-entah kat dalam nie muktamar ISIS.."Tetapi kami meneruskan perjalanan yang mana kami menduga mungkin muktamar itu dibuat di sebuah rumahISIS sendiri..


Tiba-tiba apa yang terbenak dibatin ku..ku zahirkan ia..Rupanya betul sangkaan ku setelah memberitahu Merico bahawa kami didepan markas Pas supaya Merico dapat menjemput kami di markas itu..Muktamar itu berlansung didalam markas itu..Kak farah membelokkan kereta kedalam markas itu..


Di counter pendaftaran berlaku lagi satu insiden dimana kami menjadi keliru..Tapi tak pe..dalaman yang cuak tidak ku tunjukkan pada muka (buat muka konfiden)..kami dijemput duduk di kerusi hijau yang merupakan kerusi jemputan (lemah semangat ku sebenarnya..)


Dan ketika diri masuk kedalam dewan,YB Halimah sudah sedia untuk berucap..Kagum ku melihat seorang muslimat menjadi YB dan lancar sahaja ucapan beliau..Setiap bait kata-katanya ku simpan dalam lubuk hati


Beberapa acara berlansung dengan tiba-tiba berlaku suatu inseiden yang mana membuatkan kami bergegas pulang ke UNISEL memandangkan kami mengejar 12 malam..Kebiasaannya aku mengambil masa untuk pulang ke UNISEL selama sejam..Tetapi akibat daripada mengejar pukul 12 malam (macam Cinderella pulak..),kami berjaya sampai dalam masa 30 minit sahaja..Dasyat sungguh Kak Farah memandu..Kadang kala kecut juga perut ku..Akhirnya sampai juga di pekan berdekatan dengan UNISEL..aku x pasti dimana..


Kak Farah membelokkan kereta ke sebuah kedai makan..Ku sangka hajat untuk pergi makan hanya ura-ura semata..Tetapi di realisasikan..kami mengambil keputusan untuk bungkus..Entah mood mana menyerang Kak Farah..Akhirnya kami makan sahaja di kedai itu..Mengejar jugalah kami balik tu..Tiba di pondok guard,siren dah bunyi..menandakan dah pukul 12 malam..


Akhir kalam,banyak juga ilmu yang aku perolehi di ISIS itu..yang pasti ukhawah antara mereka sangat rapat..Dan terima kasih Kak Farah sebab ikut Faien...Hajat dihati masih tak tertunai untuk akak..Tolong book suatu masa tuk Faien tunaikan hajat tu boleh??


Dan menjadi persoalan..kenapa dimana jua aku pergi pasti mereka yang ku temui akan kata "Macam pernah kenal...hmmm (..thinking...)

Friday, June 12, 2009

Gerimis di hati bagai menangisi sebuah cerita hati




Semalam yang telah pergi

Menghilang tanpa jejak

Membawa bersama cereka

Duka dan ketawa




Dan kini ku mencari

Kalau masih ada kesan

Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan


Jalanan yang panjang

Bersimpang haluan

Bagai pentas luahan rasa

Tiada bersempadan



Pada awan biru ku melakar kata-kata

Pada langit cerah ku panah semua cerita

Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi

Berterbangan jiwa merentasi pelangi



Gerimis menitis gugur membasahi bumi

Bagai menangisi sebuah cerita hati

Andai kau fahami semua hikayat pendeta

Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga




Mungkinkah ada esok

Tuk ku ukirkan kalimah

Menjadi arca pembuktian

Pengabdian cinta