.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Sunday, June 14, 2009

30 minit perjalanan

Beberapa hari yang lepas telah ku memberitahu Kak Farah tentang muktamar ISIS yang diberitahu oleh Merico.Sejak detik itu aku masih lagi berbelah bagi untuk pergi atau pun tidak.Akhirnya keputusan dibuat pada Sabtu pagi pada pukul 11.Dimana Muktamar akan bermula pada pukul 2 petang.Setelah mendapat persetujuan Mak (restu parents),aku bersiap-siap.

Ku sangka pada mulanya kami akan meneruskan perjalanan setelah bersiap.Tetapi Kak farah mengajak ku makan tengah hari di cafe.Memandangkan perut pun berkeroncong kasih,pelawaan Kak Farah ku sambut tanpa ragu-ragu.


Perjalanan yang diambil selama 1 jam ke Greenwood membuatkan kami banyak berceloteh didalam kereta..Ada sahaja topik yang dibincangkan..Setibanya di Taman Melewar,Greenwood..kami nampak markas Pas..Dalam hati sudah terdetik sebenarnya "entah-entah kat dalam nie muktamar ISIS.."Tetapi kami meneruskan perjalanan yang mana kami menduga mungkin muktamar itu dibuat di sebuah rumahISIS sendiri..


Tiba-tiba apa yang terbenak dibatin ku..ku zahirkan ia..Rupanya betul sangkaan ku setelah memberitahu Merico bahawa kami didepan markas Pas supaya Merico dapat menjemput kami di markas itu..Muktamar itu berlansung didalam markas itu..Kak farah membelokkan kereta kedalam markas itu..


Di counter pendaftaran berlaku lagi satu insiden dimana kami menjadi keliru..Tapi tak pe..dalaman yang cuak tidak ku tunjukkan pada muka (buat muka konfiden)..kami dijemput duduk di kerusi hijau yang merupakan kerusi jemputan (lemah semangat ku sebenarnya..)


Dan ketika diri masuk kedalam dewan,YB Halimah sudah sedia untuk berucap..Kagum ku melihat seorang muslimat menjadi YB dan lancar sahaja ucapan beliau..Setiap bait kata-katanya ku simpan dalam lubuk hati


Beberapa acara berlansung dengan tiba-tiba berlaku suatu inseiden yang mana membuatkan kami bergegas pulang ke UNISEL memandangkan kami mengejar 12 malam..Kebiasaannya aku mengambil masa untuk pulang ke UNISEL selama sejam..Tetapi akibat daripada mengejar pukul 12 malam (macam Cinderella pulak..),kami berjaya sampai dalam masa 30 minit sahaja..Dasyat sungguh Kak Farah memandu..Kadang kala kecut juga perut ku..Akhirnya sampai juga di pekan berdekatan dengan UNISEL..aku x pasti dimana..


Kak Farah membelokkan kereta ke sebuah kedai makan..Ku sangka hajat untuk pergi makan hanya ura-ura semata..Tetapi di realisasikan..kami mengambil keputusan untuk bungkus..Entah mood mana menyerang Kak Farah..Akhirnya kami makan sahaja di kedai itu..Mengejar jugalah kami balik tu..Tiba di pondok guard,siren dah bunyi..menandakan dah pukul 12 malam..


Akhir kalam,banyak juga ilmu yang aku perolehi di ISIS itu..yang pasti ukhawah antara mereka sangat rapat..Dan terima kasih Kak Farah sebab ikut Faien...Hajat dihati masih tak tertunai untuk akak..Tolong book suatu masa tuk Faien tunaikan hajat tu boleh??


Dan menjadi persoalan..kenapa dimana jua aku pergi pasti mereka yang ku temui akan kata "Macam pernah kenal...hmmm (..thinking...)

3 comments:

farae al-farafisya said...

Salam singgah..hahaha..kecut perut ke?maaf la,terpaksa jadi m.schumacer(betul ke eja ni?) tak bertauliah kejap dek kerana nak makan tomyam..book masa?tunaikan hajat?tanda soal besar....

azraeihusain said...

salam kunjungan dan salam penulisan buat blogger unisel tercinta...

Nurfarahin said...

salaam perpaduan..tunaikan hajat tu masih faien menanti masa free saudari..

salam kunjungan azraeihusain..lain kali jemput datng lagi..