.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Wednesday, August 18, 2010

Subahanallah.. Diri ini...


Imam Syafie

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

Sunday, August 8, 2010

Bila cuti bertandang

Salam ziarah Cik Blog.. Bagaimana anda sekalian..? Sihat..? Alhamdulillah semoga diizinkan Allah untuk mengahabiskan bulan Sya'ban ini dengan tenang dan menghadapi bahang Ramadhan yang semakin terasa..

Minggu yang sudah mak ada call.. Mak kata jangan balik minggu nie (6-8 Ogos) sebab Mak Long nak buat berbuka puasa untuk 13 orang keluarga pada 14 Ogos nie.. "Sebenarnya mak, Ain pun fikir nak balik minggu 14 hari bulan tu sebab tarikh tu student UNISEL diberikan cuti selama seminggu.. Cuti mid term" Yeay..! Baru cuti dah gathering untuk semua keluarga.. Dah lama tak ketemu dengan mereka semua.. Apalah agaknya cerita terbaru ye..?

Dan sementara tunggu Ramadhan yang bakal menjelma nie, tak lupa juga kepada tugas-tugas sebagai seorang pelajar.. Subahanallah, ingatkan before cuti nie boleh la melaksanakan tugas-tugas dengan sempurna.. Rupa-rupanya makin gigih kena usaha.. Kenapa..? Sebab nya Khamis nie saya ada test untuk subjek Advanced Financial Accounting 1 (AFA1) dan test Audit pada hari Jumaat.. Baru ingat nak balik rumah hari Jumaat pagi.. "Kawan-kawan.. kenapa tak nak buat test hari Khamis juga..?" InsyaAllah, saya yakin apa yang berlaku ada hikmahnya.. Owh Audit..!!!

Dan minggu ini saya menghabiskan masa di hostel tercinta.. Sambil-sambil menyiapkan assignment dan ulangkaji untuk dua test yang bakal berlangsung.. Zaasss..!!

Saturday, August 7, 2010

Demi Masa

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."

Begitulah Allah mengingatkan hamba-hambaNya akan masa yang Allah peruntukkan kepada setiap manusia.. Masa kita semua sama, seorang manusia diberikan 24 Jam dalam 1 hari.. Tidak lebih dan tidak kurang.. Masa yang sama itulah manusia perlu menyusun jadual sebaik mungkin.. Jadi yang membezakan kita bukan masa tapi tanggungjawab yang diamanahkan..

Bercakap mengenai tanggungjawab, ya!! saya setuju sangat jika tanggungjawab itu dikaitkan didalam Cik Blog nie.. Setiap manusia diberikan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. Setiap manusia adalah pemimpin.. Jadi, bukan dikatakan berjawatan baru dikatakan ada tanggungjawab.. Sebenarnya tanggungjawab kita adalah diri kita sendiri dan persekitaran.. Bagi setiap Muslim, tanggungjawab kita adalah ISLAM itu sendiri.. Bagaimana ingin kita melaksanakan perjuangan Rasulullah pada akhir zaman ini..?Hmm.. (thinking)

Berbalik kepada masa.. Berpesan seorang ustaz didalam sebuah kuliah yang saya hadiri.. Masa perlu dijaga.. Kerana amat rugi jika dibiarkan begitu sahaja.. Ya..! Setuju sangat.. Contoh yang diberikan oleh ustaz itu juga membuat saya berfikir dengan lebih segar.. Mengapa..? Kerana ustaz memberikan contoh yang amat simple but nice..

Cuba kita bayangkan dalam masa setahun, kepada seorang pelajar contohnya, jika setahun itu kita mendapat result yang teruk, tidakkah itu dikatakan pembaziran masa selama 12 bulan..?

Contohnya seorang ibu yang mengandung 8 bulan tiba-tiba ditakdirkan bayi itu meninggal didalam perut.. Tidak kah sebulan itu amat penting bagi melahirkan seorang waris yang cukup didalam kandungan untuk 9 bulan..?

Contohnya masa sebanyak 0.02 saat amat berharga kepada seorang olimpik untuk mendapat pingat Emas.. Tetapi beza masa 0.02 itu telah meletakkan dia sebagai pingat Perak..

Sahabat-sahabat sekalian, suka saya disini berkongsi bersama tentang Masa.. Tidak salah disamping mengingatkan sahabat-sahabat sekalian, diri ini juga turut merasakannya.. Apa yang penting, zikir hati untuk mengingati Allah.. Setiap detik setiap saat.. InsyaAllah Allah mengetahui segala tentang hak milik cikpataanNya..

Friday, July 30, 2010

Dengarlah Mentari

Alhamdulillah syukur Allah masih memberi keizinan untuk kita meminjam segala yang terdapat di muka bumi ini.. Hatta latop yang menghubungkan saya dengan Cik Blog nie..

Alahmdulillah sekali lagi.. Malam tadi (29/7/2010) perjumpaan ahli berjalan dengan lancar.. Ramai juga tapi tak menjangkau yang tertulis diatas kertas.. Semuanya tersusun rapi cuma dari segi masa mungkin kerana handak mengumpulkan mereka semua didalam dewan solat dan setup segalanya..

Minggu ini adalah minggu pembelajaran saya dengan persekiratan.. Menagapa..? Saya pun tak tahu.. Saya suka memerhati dan membuat kesimpulan apa yang terjadi.. Pokok pangkalnya, selidik dahulu apa yang berlaku baru membuat sebarang spekulasi.. Tahap kesabaran juga turut diuji sama.. Astaghfirullahal'azim..

Buku sudah memanggil saya untuk mentelaah beliau.. Selamat bertugas semua.. Ingta, kita ini hanya sementara.. Mana milik kita..??

Sunday, June 20, 2010

Dua peperiksaan besar bakal dimansuh kan..?

Berita TV3 jam 8 malam menyiarkan bahawa peperiksaan UPSR dan PMR mungkin dimansuhkan.. Mengapa ini boleh tercetus..?

Timbalan Perdana Menteri bagaimana pun mahukan respon dari masyarakat tentang kemungkinan ini..

**********
Masih teringat bagaimana saat saya ingin mengambil peperiksaan UPSR dan PMR.. Ibu Bapa saya apatah lagi.. Mereka pula yang berdebar.. Mungkin kerana saya anak sulung.. Dan pengalaman sulung juga bagi mereka..

Tapi pemansuhan ini saya tidak berapa setuju.. Kerana anak-anak zaman sekarang tidak boleh dimanjai dengan bebanan study.. Bukan kerana saya cemburu kerana saya kena lalui peperiksaan-peperiksaan tersebut.. Tapi hal ini demi masa depan mereka juga..

Dah la Cik Blog.. Banyak lagi nak respon tapi yang ini sahaja yang mampu..Saya nak packing barang-barang untuk dibawa pulang ke UNISEL.. "UNISEL, here I come"

Wednesday, June 16, 2010

Mengimbau Kenangan..

Salam perpaduan sahabat.. Semoga hari ini anda berada dalam keadaan yang sihat kehendakNya.. Alhamdulillah..Nampaknya hari ini saya berjumpa lagi dengan Cik Blog..

Baru sahaja pulang ziarah keluarga Cik Tom yang pulang dari tanah suci menunaikan Umrah.. Alhamdulillah.. Banyak pengalaman cerita yang dikongsi bersama disamping mak cik-mak cik yang lain bertanyakan khabar Cik Mah (mak cik yang ke-5).. Cik Mah yang sudah berapa lama bermastautin di Jeddah kerana mengikut suami yang berkerja sebagai konsul Tabung Haji Malaysia di Tanah Arab itu.. Khabarnya Cik Mah akan pulang ke Malaysia menyambut Aidilfitri bersama keluarga..

Tanah Suci yang kini menjadi kenangan paling manis yang saya pernah lalui.. Jika nak di ikutkan 6 tahun kenangan itu tersimpan dalam lubuk hati.. Sungguh..!! Sangat best..! Alhamdulillah, rezeki menjejak kaki ke Tanah Suci..

Tadi macam-macam cerita juga yang didengar dari Cik Tom.. Maklumlah, membawa anak-anak buat kali pertama sedangkan diri dan suami sudah berpijak dahulu.. Lawat ladang Unta.. Hajarul Aswad.. Bukit Safa.. Jabbal Thur.. Gua Thur.. Jabbal Nur.. Gua Hira'.. Tong air Zamzam.. Raudhah yang dahulunya buka sehingga petang dan kini buka sehingga 11 malam waktu Tanah Arab itu.. Majid Kucing.. Argh..! Semua itu kenangan..

Ambil kesempatan bertanya kepada adik saudara saya, Nur Adila Izzati mengenai pengalaman beliau.. Best dengar celoteh dia.. Saya bertanya kepada empunya diri kerana ingin mendengar sendiri pengalaman dari seorang yang berumur 9 tahun.. Alhamdulillah.. Reaksi yang memberansangkan dari yang bercerita..

Sedang bercerita dengan Adila.. Adalah lah pulak yang menyampuk.. " Kak Ain kawin la cepat-cepat, boleh pergi dengan suami Kak Ain " Beristighfar saya yang ketika itu tengah makan.. " Sabar ye Wani, akak memang nak pergi tapi lambat lagi kot nak kawin tuh.." Hati berkata sedemikian.. Apa lagi..? Mak cik-mak cik yang sedang makan pun dok sengeh je.. Adus..! Bikin gua tak tentu arah ni..

Bila diri ini akan menemui semula Masjidil Haram dan Masjid Nabawi itu..? Mungkin kah itu yang terakhir kaki memijak ke Tanah Suci.. InsyaAllah jika Allah memberi rezeki sekali lagi.. Amiin.. Tanah Suci dalam kenangan..

Tuesday, June 15, 2010

Apakah..?

Cik Blog.. Kita bertemu kembali.. Sejak saya memperbaharui muka blog ni, ingin sahaja melawat Cik Blog.. Dan akhirnya 'Apakah..?' ini terhasil lah.. Yelah, dah alang-alang Sign In.. Tangan pun mula menekan papan kekunci latop..

Apakah saya didalam perasaan ketagih ingin meng'up date' Cik Blog ini..? Ada ke istilah 'ketagih' tu..? (",)

Apa khabar Iman anda hari ini..? Sudah lama saya tidak bertanyakan mengenai nya kepada kalian semua.. Harapnya jadual harian anda berjalan seperti yang dirancang.. Masa yang telah disumpah oleh Yang Mentadbir Sekalian Alam ini tidak boleh diputarkan.. Jadi, bersungguhlah membuat sesuatu pekerjaan selagi masih dipinjamkan nyawa kepada kita.. Syukur..!

Banyak perancangan yang ingin saya realisasikan.. InsyaAllah jika diberi keizinan saya ingin memenuhi semua perancangan itu.. Tapi si hamba hanya merancang, yang menentukan adalah Yang Maha Esa..



Apakah kita akan bertemu lagi..? Apakah...

Monday, June 14, 2010

Kenalan bernama Sahabat

Dalam dunia ini,

Kita tidak punya siapa2 kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.



Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dibagi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat dia, mungkin kita akan tahu..

Buat sahabat yang saya cintai kerana Allah.. Maafkan diri ini sekiranya hati kalian pernah saya lukai dengan nafsu marah yang tidak menentu..

Akhirnya !


Alhamdulillah.. Akhirnya blog ini dapat diperbaharui.. Taaadddaaaa..!! My new blog.. Actually bukan new tapi hanya menukar apa-apa yang patut ditukar.. Untuk mendapat feel yang baru.. Mungkin..

Rindu rasanya ingin mencoret detik-detik yang berlalu di dalam blog ni.. Tapi masa amat cemburui dan sering mencemburui apa sahaja yang saya lakukan..

Maaf kepada teman-teman yang menunggu cerita-cerita terkini.. Tapi tidak semua cerita yang akan saya postkan disini.. Mengapa..? Mungkin simpan di diari hati lebih manis.. Dan kini, saya mencuri sedikit masa untuk meng'up date' apa-apa yang perlu..

InsyaAllah jika masih diberi pinjam nyawa ini.. Minggu depan saya akan menjadi pelajar tahun 3 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.. Kaki yang melangkah akan terus melangkah.. Semoga masa depan yang ingin dilakar dapat menjadi sebuah lukisan yang indah..

Beberapa hari ini kerap saya fikirkan tentang masa depan yang akan saya tempuhi.. Lebih kepada pekerjaan yang akan saya ceburi.. Teringat saya kepada rakan-rakan kelas dengan celoteh mereka.. Ingin menjadi CEO kepada sesebuah syarikat.. Tapi mungkin tidak pada diri ini.. Jangan ditanya mengapa..

Saya ada terbaca suatu artikel tentang cita-cita yang tinggi.. Kata pengarang " Tidak salah jika ingin memiliki angan-angan yang besar.. Ia umpama ingin mengapai bulan.. Jika bulan tidak dapat digapai, masih ada bintang yang boleh kita kecapi "

Friday, April 23, 2010

Saya...

Alhamdulillah syukur.. Blog yang dah lama tidak dijelajahi akhirnya dapat jua ku jelajah.. Tapi online dirumah..
Kaki yang jauh melangkah kini masih melangkah.. Tugasan di UNISEL membuat saya berbeza sepeti rakan-rakan lain.. Masa 24 Jam yang Allah berikan kepada semu yang ada di muka bumi ini aku gunakan sepenuhnya.. "Ya..!! Saya lain dari kalian semua"
Minggu depan bermula peperangan sebagai seorang student.. Kepada sahabat-sahabat ku, selamat berimtihan semua.. Saya tertarik dengan kata-kata Pn.Aza Azlina selaku pensyarah Intemidiate Financial Accounting.. Bak kata Puan, "Rezeki tidak terletak pada mata pena".. Thanks Puan, Puan telah memberi saya semanagt untuk teruskan kerjaya saya sebagai seorang student akaun..
Mengapa ya..? Apabila ummat dimuka bumi ini ditimpa musibah, barulah mencari Yang Mencipta dan Mentdbir Alam ini..
Baru-baru ini saya menolong Majlis Perwakilan Nuqaba' menjalankan exam usrah di masjid.. Seperti semester lepas, walaupun saya pegang group usrah, tapi perjalanan exam itu saya tidak sapat ikut serta.. Lupa pulak kenapa..? Kelas mungkin...
Balik kepada exam usrah, setelah 30 minit menjawab kertas bertulis, mereka akan melakukan amali wudhu' dan solat.. Persoalan nya sekarang.. Kenapa mesti ada calon-calon yang sebegitu..?
Ini menyebabkan naqibah-naqibah yang menjalankan tugas pada masa itu berasa SANGAT tention.. Tanggungjawab semakin berat.. Bagaimana mahu menyedarkan mereka tentang penting nya SOLAT..?
MasyaAllah.. Tolong hamba-hamba Mu yang ingin menarik mereka ke pangkal jalan.. Tapi usaha yang dijalankan saya berharap seiring dengan usaha mereka yang ingin belajar..
Dan kini, saya dirumah untuk mengambil sedikit masa bersama keluarga sebelum meneruskan perjuangan semula di UNISEL..
18 jam kredit semester ini harus saya bawa.. Sama seperti semester depan...

Semoga perjalanan hari ini lebih baik dari semalam..

Semoga perjalanan semester depan lebih baik dari semester ini..

Semoga imtihan yang kita lalui dapat kita hadapi dengan sabar..