.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Wednesday, June 16, 2010

Mengimbau Kenangan..

Salam perpaduan sahabat.. Semoga hari ini anda berada dalam keadaan yang sihat kehendakNya.. Alhamdulillah..Nampaknya hari ini saya berjumpa lagi dengan Cik Blog..

Baru sahaja pulang ziarah keluarga Cik Tom yang pulang dari tanah suci menunaikan Umrah.. Alhamdulillah.. Banyak pengalaman cerita yang dikongsi bersama disamping mak cik-mak cik yang lain bertanyakan khabar Cik Mah (mak cik yang ke-5).. Cik Mah yang sudah berapa lama bermastautin di Jeddah kerana mengikut suami yang berkerja sebagai konsul Tabung Haji Malaysia di Tanah Arab itu.. Khabarnya Cik Mah akan pulang ke Malaysia menyambut Aidilfitri bersama keluarga..

Tanah Suci yang kini menjadi kenangan paling manis yang saya pernah lalui.. Jika nak di ikutkan 6 tahun kenangan itu tersimpan dalam lubuk hati.. Sungguh..!! Sangat best..! Alhamdulillah, rezeki menjejak kaki ke Tanah Suci..

Tadi macam-macam cerita juga yang didengar dari Cik Tom.. Maklumlah, membawa anak-anak buat kali pertama sedangkan diri dan suami sudah berpijak dahulu.. Lawat ladang Unta.. Hajarul Aswad.. Bukit Safa.. Jabbal Thur.. Gua Thur.. Jabbal Nur.. Gua Hira'.. Tong air Zamzam.. Raudhah yang dahulunya buka sehingga petang dan kini buka sehingga 11 malam waktu Tanah Arab itu.. Majid Kucing.. Argh..! Semua itu kenangan..

Ambil kesempatan bertanya kepada adik saudara saya, Nur Adila Izzati mengenai pengalaman beliau.. Best dengar celoteh dia.. Saya bertanya kepada empunya diri kerana ingin mendengar sendiri pengalaman dari seorang yang berumur 9 tahun.. Alhamdulillah.. Reaksi yang memberansangkan dari yang bercerita..

Sedang bercerita dengan Adila.. Adalah lah pulak yang menyampuk.. " Kak Ain kawin la cepat-cepat, boleh pergi dengan suami Kak Ain " Beristighfar saya yang ketika itu tengah makan.. " Sabar ye Wani, akak memang nak pergi tapi lambat lagi kot nak kawin tuh.." Hati berkata sedemikian.. Apa lagi..? Mak cik-mak cik yang sedang makan pun dok sengeh je.. Adus..! Bikin gua tak tentu arah ni..

Bila diri ini akan menemui semula Masjidil Haram dan Masjid Nabawi itu..? Mungkin kah itu yang terakhir kaki memijak ke Tanah Suci.. InsyaAllah jika Allah memberi rezeki sekali lagi.. Amiin.. Tanah Suci dalam kenangan..

2 comments:

farae al-farafisya said...

salam ziarah kembali...baru dapat nak conteng sikit..ceria nampak rumah baru ni..

dah sampai seru ke??

Nurfarahin said...

baru terbuka hati nak update...haha nampak menarik..sebb tu selalu update blog..pas naik cuti nie mcm harapn je la kan..hukhuk