.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Friday, April 23, 2010

Saya...

Alhamdulillah syukur.. Blog yang dah lama tidak dijelajahi akhirnya dapat jua ku jelajah.. Tapi online dirumah..
Kaki yang jauh melangkah kini masih melangkah.. Tugasan di UNISEL membuat saya berbeza sepeti rakan-rakan lain.. Masa 24 Jam yang Allah berikan kepada semu yang ada di muka bumi ini aku gunakan sepenuhnya.. "Ya..!! Saya lain dari kalian semua"
Minggu depan bermula peperangan sebagai seorang student.. Kepada sahabat-sahabat ku, selamat berimtihan semua.. Saya tertarik dengan kata-kata Pn.Aza Azlina selaku pensyarah Intemidiate Financial Accounting.. Bak kata Puan, "Rezeki tidak terletak pada mata pena".. Thanks Puan, Puan telah memberi saya semanagt untuk teruskan kerjaya saya sebagai seorang student akaun..
Mengapa ya..? Apabila ummat dimuka bumi ini ditimpa musibah, barulah mencari Yang Mencipta dan Mentdbir Alam ini..
Baru-baru ini saya menolong Majlis Perwakilan Nuqaba' menjalankan exam usrah di masjid.. Seperti semester lepas, walaupun saya pegang group usrah, tapi perjalanan exam itu saya tidak sapat ikut serta.. Lupa pulak kenapa..? Kelas mungkin...
Balik kepada exam usrah, setelah 30 minit menjawab kertas bertulis, mereka akan melakukan amali wudhu' dan solat.. Persoalan nya sekarang.. Kenapa mesti ada calon-calon yang sebegitu..?
Ini menyebabkan naqibah-naqibah yang menjalankan tugas pada masa itu berasa SANGAT tention.. Tanggungjawab semakin berat.. Bagaimana mahu menyedarkan mereka tentang penting nya SOLAT..?
MasyaAllah.. Tolong hamba-hamba Mu yang ingin menarik mereka ke pangkal jalan.. Tapi usaha yang dijalankan saya berharap seiring dengan usaha mereka yang ingin belajar..
Dan kini, saya dirumah untuk mengambil sedikit masa bersama keluarga sebelum meneruskan perjuangan semula di UNISEL..
18 jam kredit semester ini harus saya bawa.. Sama seperti semester depan...

Semoga perjalanan hari ini lebih baik dari semalam..

Semoga perjalanan semester depan lebih baik dari semester ini..

Semoga imtihan yang kita lalui dapat kita hadapi dengan sabar..

Thursday, February 11, 2010

Pejuangan yang memerlukan ketabahan


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah Al-Baqarah, ayat 286.


Friday, February 5, 2010

Sekadar yang termampu


Alhamdulillah masih lagi diberi pinjam oleh Allah kepada kita sihat tubuh badan.. Akhirnya dapat jua saya meng'online'kan diri di rumah setelah wireless di hostel 'limited or no connectivity'.. Budak-budak rumah semuanya kebosanan kerana tidak dapat update Facebook.. Bak kata Kak Farah "dah sangap nie.." Sabar ye akak.. Sebenarnya wireless suruh kita study dulu.. (",)

Rentetan daripada cerita mengenai FOB akan ditukar ke Shah Alam.. Saya seperti mendapat sinar baru.. Suara hati yang mengatakan masih ada lagi ruang untuk saya berdoa kepada yang menciptakan hati manusia.. DIA yang mengawal segala detikan dihati manusia.. Mangapa saya berkata sedemikian..? Kerana Prof (dekan) masih ada lagi mesyuarat yang perlu dihadiri untuk meng'confirm'kan semula kepada kami tentang pemindahan itu.. Lucu rasanya jika sebab mengapa mereka ingin memindahkan FOB ke Shah Alam, dan Bio Tech ke Bestari Jaya.. Kata Prof,

"Mereka memberi sebab pemindahan kerana FOB sesuai dengan keadaan di Shah Alam dimana banyak industri.. Manakala Bio Tech ke BJ kerana Bio Tech akan melihat ikan, lembu, itik...dll " Saya hanya tersunyum dari tempat duduk.. Ada juga yang menyuarakan bahawa dikhuatiri ramai pelajar akan terkejut dengan keadaan persekitaran Shah Alam.. Ada juga yang menyuarakan 'Jika ingin berjaya, dimana-mana jua boleh walaupun di kawasan Hulu seperti BJ'..Apa-apa pun keputusan belum dibuat..

Dan jika kami jadi untuk berpindah, mungkin DIA telah menugaskan kami di Shah Alam pula untuk mendaulahkan Islam di UNISEL Shah Alam.. Ya..mungkin ini tugas terbaru kami.. Allah mengetahui segalanya..

p/s : Maaf kerana menceritakan hal FOB sahaja..kerana ini isu hangat dalam kepala saya..memikirkan mahu duduk di hotel atau rumah mak cik yang terletak di seksyen 7...

Tuesday, January 19, 2010

Info terbaru


Maaf menyebabkan ada yang menunggu untuk saya mengupdate blog ini. Berehat sebentar. Mungkin kerana banyak idea cuma kemalasan menjadi raja. Tambahan pula subject semester lepas membuatkan saya lupa sebentar akan blog ini.

Kuliah pada semester ini Alhamdulillah semuanya baik. Cuba pada hari pertama jadual untuk kelas kami ada clash. Tapi semuanya menjadi ok semula. 6 Subject semuanya yang akan saya ambil kerana tahun ini semester pendek direhatkan buat seketika. Jadi Business Communication terpaksa ditarik ke semester ini. "Adoi..dengan Puan Ayu Rita plak tuh." Tak pe..selagi kerja beliau saya siapkan,segala 'rules & regulation' saya ikut, insyaAllah masalah tidak akan timbul. Tidak lupa juga kepada Company Law yang mana kesinambungan dari Business Law semester lepas, juga tersenarai pada semester ini. Kesimpulannya 6 subject kesemuanya. Semoga masa dapat diuruskan dengan sempurna.

Hari Selasa lepas, kami, pelajar-pelajar Fakulti Perniagaan (FOB) menerima 1 khabar mungkin baik,mungkin tidak bagi saya yang mana fakulti kami akan berpindah ke Shah Alam "ha...??" Ye..kami berpindah tapi bukan di UNISEL Shah Alam. Kata Asy ( housemate yang akan turut berpindah ) UNISEL membeli sebuah bangunan Anjung di Shah Alam. Khas untuk 1 Fakulti kami sahaja. 'Anjung tu kat mana ye..?'

Ramai antara kami tidak mahu berpindah. Bila saya fikir semula..banyak negative dari positive. Jadi mengapa patut..? Kos sara hidup adalah perkara utama dalam fikiran ini.. Mana tidaknya, mungkin UNISEL menyediakan hostel seperti biasa. Tapi mungkin kerana inginkan keselesaan,kami akan mencari rumah sewa. Pengangkutan lagi.. Kalau ada kereta boleh memikirkan lagi.. Tapi...macam berebut akan naik Rapid KL je.. Kesian juga kepada sahabat-sahabat lain. Perkara yang saya takutkan adalah sikap, tingkah laku pelajar FOB. Bagi pandangan saya, FOB adalah pelajar yang paling ramai dan sosial nya juga meningkat. Jika diletakkan di tengah-tengah bendar, mungkin ada diantara mereka yang tidak biasa duduk di tengah bandar akan mengalami 'culture shock'.. Hmmm banyak nye fikir..~ Yang pasti saya dapat merasakan 80% kami akan berpindah.. Kerana apa? Saya juga masih memikirkan tentang itu. Jika alasan tidak muhasabah, rasanya baik tak payah pindah kot..

Faktor pelajaran juga saya fikirkan.. Adoooii..! susahnye belajar ditempat lain, penginapan ditempat lain. Library lagi untuk mengulangkaji. Ya, mungkin ada library Shah Alam. Tapi takut jika ramai yang pasang niat ke library,alik-alik pesong ketempat lain... Apa-apa pun saya masih menunggu jawapan. Tapi satu, mungkin kalian akan dapat masuk dengan situasi baru jika kalian fikirkan motif utama datang ke UNISEL... Tiba-tiba saya terfikir bagaimana Bio Tech nak masuk kawasan BJ..? Adakah mereka akan menjadi kekok kerana masuk dikawasan perkampungan..?Jawapannya... semester depan akan terjawab.

Sunday, October 25, 2009

Naik Taraf


Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG.
Mahukah anda menjadi BINTANG..??

Bukan di atas pentas atau kaca televisyen..

Tetapi menjadi bintang di hadapan Allah hu Rabbi..

Rabbul Izzati...





Tuesday, October 20, 2009

Kejayaan yang di idamkan


Minggu lepas..telah aku jalani mid term untuk subject bis law..Ta Allah..Engkau shaja yang tahu perasaan dalaman yang sedang berperang sebelum,semasa dan selepas aku duduki test tersebut..

Sementara menunggu masa yang ditetapkan oleh pensyarah..aku cuba memanggil kembali data-data di kepala..sementara menunggu untuk masuk didalam dewan kuliah..aku rasakan seperti ingin memuntah kembali ilmu itu..kepala sudah berpusing..hanya restu mak dan ayah mengiringi perjalanan itu..walaupun hanya sekadar test,tapi aku yakin dengan doa mereka sedikit sebanyak dapat menenangkan perasaan yang berkecamuk..


Selesai sudah test,kepala ini rasa berat yang amat..Kaki melangkah ke surau untuk menunaikan kewajipan pada tenagh hari itu..Kepala yang pening aku sujud bertemu Sang Pencipta..lega sedikit rasanya..Tapi apa kan daya...perasaan yang gelisah menjawab test tidak dapat dihilangkan walaupun surut sedikit..Kawan-kawan disekeliling mengeluh resah..


Aku hanya bertawakal sahaja..Sesungguhnya aku sudah buat yang terbaik..
Walaupun dapat rasakan subject itu satu penyiksaan bagi diri untuk sem ini..Tapi akan ku gagahkan kaki yang melangkah untuk teruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar..



Maha Suci Mu Ya Allah..Syukur ku panjatkan kepada Mu..Aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas..untuk menjalankan rutin harian ku..


Tapi jiwa ini berkecamuk memikirkan hari-hari yang mendatang..Aku kini bersiap sedia untuk menempuh dugaan dan cabaran yang terbentang di depan mata..


Aku mohon supaya diperkuatkan lagi kekuatan yang sedia ada..Supaya aku tidak menjadi insan yang cepat berputus asa,cepat mengeluh..Aku Pohon Ya Allah.

"Salam takziah kepada kak Farah dengan pemergian bonda tercinta..Saya harap akak tabah menghadapi dugaan ini dengan tabah dan sabar..Setiap yang hidup akan mati..Al-fatihah..."

Saturday, October 3, 2009

Sedikit..tapi banyak



"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya."



" Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman, dan jadikanlah mereka mencintai orang-orang yang beriman"


Tuesday, September 29, 2009

Kesedihan Seorang Sahabat

Maafkan diri ini tatkala jari-jari bermain di keyboard..

Sedari cuti,hati ini tidak tenteram..


Sehingga saat ini jua..


Maafkan diri ini wahai sahabat..


Saya tidak ada walaup setitik niat untuk berbuat begitu..


Tapi apakan daya..



Pengalaman lepas yang saya kira menjadi sebuah memori bertukar kepada ungkitan..


Mungkin diri ini yang tidak menjaga hati kamu..


Maafkan diri ini wahai sahabat..


Semoga ukhwah kita kekal untuk selamanya..


Doa untuk dirmu..


Semoga kejayaan yang kita impikan..akan sama-sama kita kongsi bersama..


Dan semoga ungkitan itu menjadi sejarah buat diri kita..


Diri ini berharap agar kemanisan seorang sahabat dapat kita rasai lagi..

Bersama teman-teman seperjuangan yang setia disini..

Teman-teman yang sedih dan ketawa bersama..

Mereka juga mengharapkan kemaafan dari mu..


Walaupun dirimu jauh dibumi Ambia'..


Jaga dirimu wahai sahabat..


Bukan diri ini yang merancang untuk membuat Kesedihan Seorang Sahabat itu..


Salam Sayang dari saya..





Selamat tinggal sahabat ku


Ku kan pergi berjuang


Menegakkan cahaya Islam


Jauh di negeri seberang




Selamat tinggal sahabat ku


Ikhlas kan lah diri mu


Iringkanlah doa restu mu


Allah bersama selalu




Kalau ku tak lagi jumpa


Jangan lah kau berduka


Semoga tunai cita-cita


Rai gelar syuhada

Saturday, September 26, 2009

.::Gambar Raya::.













































Assalamualaikum,setelah beberapa rintangan saya menempuh..hampir berputus asa jugalah..akhirnya ini yang dapat saya hasilkan..Sebenarnya banyak lagi gambar..tapi cukup sekdar yang penting je..Akhir kalam,Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari saya..














































Thursday, September 24, 2009

Tirai Ramadhan dilabuhkan,Lebaran Syawal disambut

Lamanyeee x update blog...alhamdulillah syukur,masih lagi saya ingat akan blog ini..
Salam lebaran dari saya kepada yang membaca coretan yang seberapa ini.sekadar coretan untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat sekalian.insyaAllah

Renungan untuk kita..adakah kita berpeluang berjumpa dengan Ramadhan lagi?rindunya..

Rutin seperti biasa setiap kali menjelang 1 Syawal..Kami sekeluarga akan menziarahi wan (orang nogori pabggil nenek 'wan') yang mana rumah wan satu taman,2km dari rumah saya..Lepas beraya,kami bertolak ke Johor..Dan kali nie,berkampung di Johor agak lama juga..Ambil angin kampung,buang 'mood' KL..letih la juga perjalanan..tapi tak pe..Allah dah memberi kemudahan kenderaan untuk dinaiki(",)

Emmm(..thinking...) duit raya??Bila kalian nak bagi(ditujukan kepada pembaca)???Saya masih lagi bergelar seorang student..pelajar..umur belasan tahun(birthday belom sampai)..Gurau je..bukan tak sedar diri,cuma kutipan untuk masa depan..(^_^)

Dan sebenarnya makcik2 dan pakcik2 saya baru je beraya kat rumah nie..Last minit mak panggil mereka..Maaf kepada pembaca kerana tidak menjemput kalian..insyaAllah kalau ada rezeki nanti saya ajak beraya memandangkan cuti universiti singkat,padat dan mampat..saya tak berpeluang jumpa sahabat-sahabat lama(rindu kalian~)

Okeyh..cukup sekadar ini sahaja..agak sempoi tulisan kali nie..mungkin kerana baru pekena "Teah Tarikkkk"(saya buat untuk tetamu..sheedaappp..!!)

*Tak upload gambar raya lagi..nanti-nantilah ek..