.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Wednesday, September 24, 2014

.:: Allah sebaik-baik perancang ::.

Alhamdulillah..

Sudah 25 hari bergelar Puan Nurfarahin (Tarikh hari ni 24/09/2014). Kisah hidup lembaran baru yang perlu dilalui. Perubahan dari bujang kepada berkahwin. Sikap ambil berat dari menjaga diri sendiri kepada menjaga seorang lagi insan. *Setakat ini sorang je yang perlu dijaga*. Perubahan kepada pertambahan bilangan ahli keluarga.. arwah papa, mama, kakak ipar, adik-adik ipar.. *merasa ada seorang kakak akhirnya.. apatah lagi merasa ada seorang abang a.k.a encik suami.. ehem~*

Pernah bertanya kepada seorang ukhti yang kini sudah ada anak sorang..
"Apa best dengan berkahwin?"

Jawab ukhti itu..
"Kamu akan rasa selamat nak pergi mana-mana..Ada orang jaga kamu.. Ada kawan nak borak"

Masa tu tidak memahami. Kini..faham dengan hadamnya!

Rentetan selepas majlis belah perempuan, arwah papa sakit. Arwah di masukkan ke hospital Muadzam dan dipindahkan ke hospital Kuantan. Dari wad tingkat 8, dibawa masuk ke ICU. Doktor kata, ICU punya mesin lengkap. Jadi arwah papa kene buat dialisis disitu. Lagipun 1 pesakit dipantau oleh 1 jururawat.

Kini hospital itu menjadi kenangan, tempat berulang aliknya mama, encik husband, along bersama anak-anaknya, adik-adik ipar, sanak saudara.. Sungguh! Allah akan balas pengorbanan mereka demi ayahanda. Semoga syurga bagi arwah papa. InsyaAllah

Doa dan pengharapan di panjangkan kepada Allah agar roh arwah papa di tempatkan dikalangan orang-orang beriman.. Al-Fatihah~

Banyak berborak dengan arwah papa semasa arwah menghantar duit belanja kahwin. Hari kenduri tidak sempat borak panjang.

"Maafkan Ain jika saya ada buat papa kecik hati.. Buat papa susah hati dengan perangai-perangai Ain sebelum nie.. Maaf kan Ain..Maafkan Ain"

Saya tengah bekerja, sempat update blog.. Farahin! Kerja la...

Jumpa lagi !


No comments: