.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Sunday, June 1, 2014

Awak Lewat ! Lagi 3 Bulan baru nak bagi tahu

Kita semua ditemukan untuk berpisah.

Agreed ? Ya ! Samada perpisahan selamanya atau perpisahan membawa haluan masing-masing.

Saya telah kecikkan hati kakak itu. Saya minta maaf. Deep in my heart.
Agak sukar untuk saya bagi tahu secara bersemuka. Jadi, saya memilih SMS sebagai pengantar.
Dan sebenarnya dah lama. Sangat lama untuk bagi tahu. Hari-hari fikir 'Bila nak bagi tahu?'
Bila kata hati kata hari ini. Balik rumah dan TAK JADI ! Dengan harapan 'Esok masih ada'.

31 May 2014.
Balik kerja (half day Sabtu) dan nekad mesti..mesti bagi tahu sebelum pulang ke KL !!
Dia kepenatan barangkali dan ketiduran. Sama saya juga.
Bangun tidur lihat insan itu sudah bersiap. Dia akan ke Kemaman sehingga 3 Jun 2014.
Saya juga bersiap. Mahu pulang ke KL. Dalam pada mengemas barang, berkira bila mahu buka mulut.
Masukkan barang dalam kereta dan duduk di sebelah beliau yang sudah membancuh Nestum sambil menonton TV.

Berperang dengan perasaan ! Apa akan terjadi. Menangiskah? Ketawakah? Marahkah? Atau Tiada perasaan.
Akhirnya akur, esok masih ada. Bangun dan teruskan perjalanan pulang.
Tiba dirumah. SMS kepada beliau. Sudah sampai. Beberapa minit selepas itu mengarang ayat dan SEND !
Dia gembira ! Tapi dia terkilan.

Saya sedih. Banyak sangat pengalaman bersama beliau. Sejak semester 1 UNISEL sehingga bekerja.
Dan selepas ini, semua kenangan itu akan jadi kenangan. Saya akan bawa haluan saya. Dan tidak bersama untuk mengspend masa lagi bersama.

Saya akan pastikan kita tidak terputus hubungan! Sekurang-kurangnya jika tidak setiap bulan bertanya khabar, setahun dua kali. Iaitu Hari Jadi dan Hari Raya.

Sehingga kini. Saya dapat resolusi, Allah temukan kita untuk kita berkelana bersama. Dan memisahkan kita kerana apa? Kerana kita akan bergantung harap  dengan Dia. Ya Dia! Dia yang menciptakan kita.

Kita akan jumpa di syurga kan andai kata jika tidak sebulan sekali mahupun setahun dua kali untuk kita berhubung ? Kita akan saling ingat mengingati dalam himpunan doa-doa kita kan.. tidak kira selepas solat mahupun setiap kali teringat.

Terima Kasih sebab rapat dengan saya. *Lap air mata*

No comments: