Salam cik blog.. Harapnya pembaca tidak jemu menziarah .:: Permata Yang Dicari ::.
Alhamdulillah, diberi kesempatan refresh kan rohani.. sibuk yang amat! Tapi itu yang saya rindukan semenjak menjadi orang yang bekerjaya.. Maaf la, semua coretan pasti ada perkataan kerjaya..
Tapi ingin saya petik sebuah kisah yang mana mungkin ramai yang mengetahui kisah ini. Yang belum pernah mendengar, inilah kisahnya..
Anda kenal As-Syahid Imam Hassan Al-Banna? Beliau adalah pengasas Mathurat.. Mahu lebih lanjut, sila Google nama beliau.. Pasti anda akan memiliki jawapan yang banyak dari Uncle Google.. Saya minta maaf, bukan biodata As-Syahid yang mahu saya coretkan disini..
Untuk dijadikan cerita, Imam Hassan Al-Banna mendapat jemputan untuk berceramah.. Sedang ahli jawatankuasa yang bertugas sibuk meneydiakan tempat, tanpa disedari penceramah iaitu Imam Hassan Al-Banna sudah berada di dewan tersebut.. Dan anda tahu apa yang Hassam Al-Banna lakukan? Beliau sebagai seorang penceramah sedang menyusun kerusi untuk tetamu yang akan hadir..
Kejadian disedari oleh ahli jawatankuasa yang bertugas. Maka, insan itu pergi mendapatkan Hassan Al-Banna lalu bertanya "Apa yang anda sedang lakukan sheikh?" Lalu Imam Hassan Al-Banna menjawab, "Saya sedang menyusun kerusi" Lalu menjadi kepelikan kepada ahli jawatankuasa tersebut.. "Anda kan seorang penceramah, mengapa menyusun kerusi pula?Tempat anda didepan".. Maka Imam Hassan Al-Banna menjawab.. "Aku tidak pasti amalan ku yang mana yang Allah akan terima.. Jadi, biarlah aku membuat sekecil-kecil perkara jika ini yang Allah akan terima"
Subhanallah, semoga kita juga mempunyai sifat seperti As-Syahis Imam Hassan Al-Banna. Allah tidak menilai dari luaran kita.. Allah akan menilai kita dari amalan yang kita lakukan


No comments:
Post a Comment