.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Sunday, May 31, 2009

Mari kita berfikir sejenak

Salaam..apa khabar anda hari ini??Apa khabar iman anda hari ini??Jaga ia semolek yang boleh
Tiada apa yang saya ingin perkatakan disini..alhamdulillah Minggu Tekad Siswa(MTS) menjadi kenangan untuk saya belajar lebih lagi mengenai selok belok kehidupan..

Alhamdulillah sekali lagi..syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya saya masih lagi bernafas seperti biasa..Alhamdulillah,akhirnya debaran menunggu result berakhir juga..Nak tak nak saya kena berdepan juga dengan pointer sebab kertas telah saya duduki..Tetapi usaha + doa + tawakkal adalah jalan yang terbaik..Nak kata berpuas hati dengan pointer boleh juga..nak kata x puas hati boleh juga..apa-apa pun inilah yang perlu saya hadapi..

Perjuangan sebagai seorang hamba terhadap Pencipta..
Perjuangan seorang pelajar terhadap pembelajarannya..
Perjuangan seorang anak terhadap keluarga tercinta..
Perjuangan seorang sahabat untuk sahabat yang lain..
Perjuangan dalam segalanya untuk mencari Ilahi..

Suka saya disini ingin mengajak anda berfikir sejenak..Kalau tak nak berfikir bersama,mungkin ia akan menjadi sedikit pengisian buat kalian..Tetapi setiap persoalan yang saya ajukan mungkin ada pelbagai jawapan..Kesimpulannya,saya tidak meletakkan jawapan saya dan ingin anda berfikir dan mencarinya..

Kenapa ya..manusia mudah beralih arah?Sedangkan perkara sebelum ini adalah perkara terbaik perbuatan mereka??Contoh,solat yang mereka dirikan selama ini ditinggal sebegitu cuma..sayang..!

Kenapa ya..perkara yang baik perbuatannya kita tidak istikomah??Mungkin ini dugaan nafsu diri kita..ya..mungkin

Kenapa ya..bila manusia ini diambang kejatuhan,baru mereka sedar bahawa Allah adalah segala??Maka ingat lah Allah selalu

Kenapa ya..kita hanya fikirkan perkara buruk adalah ujian??Kenapa kita tidak memikirkan kedudukan selesa kita juga adalah ujian??Sedarlah wahai sahabat

Mari sama-sama kita berdoa agar hidayah yang telah dicampakkan kedalam diri kita ini tidak ditarik semula..ketetapan Iman dalam diri..ketetapan pendirian hati ini supaya tidak mudah goyah..
Akhir kalam dari saya..saya ingin berpesan kepada sahabat-sahabat sekalian..ingatkanlah diri sahabat kalian ini jika sahabat kalian ini lalai..insyaAllah dengan teguran baik dari kalian,sahabat ini akan sedar apa yang baik dan apa yang buruk..

2 comments:

Abang Garang said...

Salam,
be strong. Think like a loser; it is possible, but it is difficult. Think like a winner; it is difficult, but it is possible. Choose :-)

ana said...

Thanks to abang garang..beginilah putaran hidup yang perlu kita lalui..Good luck yeah..