.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Monday, November 22, 2010

Shah Alam.. Here I am..

Mood = Neutral

Jadi, jangan 'blame' artikel yang neutral juga..

First day dalam semester baru nak pergi Unisel dengan azam baru..!! Emm bukan bermaksud selama nie tiada azam baru cuma.. azam itu ditingkatkan lagi... Bila di muhasabah semula..sebenarnya ada baik dan buruknya berpindah ke Shah Alam.. Dan penginapan di Shah Alam ditaja oleh adik mak.. 'Saya di perhatikan oleh mak cik, selain diperhatikan oleh yang Mencipta'

Tapi still rindu kampus Bestari Jaya..Serius!!! Sebab...? Sebab sana kampus life.. cuma bila dikenang semula saat menjejak kaki ke kampus Bestari Jaya masa first semester dulu, cuak juga.. sebab ramai yang berkata Unisel nie sosial.. Tapi masa tu dah tanam tekad, pergi untuk BELAJAR.. yes..!! Menimba Ilmu.. dan bila dah jejak ke Unisel kampus Shah Alam, tekad itu perlu digilap semula.. Tapi perlu di otter sikit kot.. "Pergi untuk BELAJAR.. tak kesah lah kena jalan kaki 10 minit.." Alhamdulillah, jangan kufur..

Hadis Nabi yang bermaksud, "Orang yang rugi adalah orang yang kufur nikmat dan mensia-siakan masa yang ada"

Astaghfirullahala'zim.. sama-sama kita renungkan untuk kebaikan kita bersama..

Jadual waktu perlu di kemas kini semula.. Tak kesah la jadual waktu untuk kelas mahupun dirumah.. Pengurusan masa saya perlu disistematik kan..InsyaAllah, Allah mengetahui akan niat hambaNya..

Semoga Allah meredhai dan mempermudahkan urusan kalian.. Jaga diri ye sahabat sekalian.. Mari kita doakan kejayaan bersama..InsyaAllah..

Thursday, November 18, 2010

Welcome to my new TEKAD

Salam ukhwah to my readers.. I hope you are in a good mood + strong Iman for today and forever.. InsyaAllah..

Alhamdulillah, minggu depan akan bermula semester baru bagi saya sebagai seorang mahasiswa di Unisel kampus Shah Alam.. Dan segala yang dirancang, semoga berjalan dengan baik kehendakNya.. InsyaAllah.. 'Rindu pulak detik-detik masa di Bestari Jaya.. Jaga diri ye sahabat-sahabat yang tinggal.. Semoga kita dipertemukan jika ada rezeki'

Tanamkan TEKAD.. semoga kisah semalam menjadi mengajaran dan panduan untuk kita tempuhi detik-detik yang akan datang.. Tapi ingat..!! Apa-apa yang terjadi, Allah hendak menguji kita.. Allah merindui hambaNya yang sentiasa merintih..

Jangan diingat kesenangan yang kita jalani adalah terlepas dari ujian.. Sebenarnya kesenangan itu juga adalah ujian dari Allah.. Astaghfirullahala'azim~


Don`t despair and never loose hope cause Allah is always by your side


Thursday, November 4, 2010

Mood cuti

Salam ziarah Cik Blog . . Apa Khabar anda . .? Semoga baik-baik sahaja, insyaAllah . .

Sekarang mood cuti . . Duduk rumah ontok-ontok (diam-diam) dan buat kerja rumah disamping menimba ilmu dengan membaca . . Ilmu yang semestinya tidak akan putus . .

Cik Blog, banyak perkara yang saya fikirkan . . Kini dan selamanya saya akan bergantung kepada Ilahi . . Dia yang menciptakan sekalian makhluk di muka bumi ini tanpa sia-sia . .

Setakat ini perjalanan cuti masih dirumah, memandangkan sahabat-sahabat yang lain masih berperang di dewan peperiksaan . . Dan saya menunggu ketibaan mereka . .Untuk saya ceritakan apa sudah terjadi sepanjang satu semester . .

Hari-hari berlalu dengan langkah RINDU . . Ya! Rindu Sang Pencipta dengan melakukan sesuatu kerana Dia . .

Wednesday, October 13, 2010

Exam . . ooohhhh exam . .

Salam Cik Blog.. Saya meluangkan masa dengan Cik Blog sebentar.. Sebenarnya nak meninjau pendrive ain_faraha untuk lihat past year question.. Tapi wireless kat luar nie menarik perhatian pulak..

Minggu ni week exam.. Tapi student Bach Of Accounting (BOA) tak start paper lagi..

Ini adalah jadual saya selaku salah seorang student BOA

Selasa, 19 Okt : Organization Behavior, Dewan Biru, 2.30 ptg
Rabu, 20 Okt : Taxation 2, Dewan Utama, 2.30 ptg
Khamis, 21 Okt : AIS, Dewan Utama, 9 pg
Jumaat, 22 Okt : Audit, Dewan Biru, 3 ptg
Isnin, 25 Okt : MA, Dewan Utama, 9 pg
Selasa, 26 Okt : Advanced Accounting 1, Dewan Utama, 9 pg


Do the best, Allah will take care the rest

Thursday, September 30, 2010

Tumpang Lalu

Salam Cik Blog, sihat..?
Sekadar tumpang lalu sahaj untuk tidak menyepikan ruang blog ini..
Sebenarnya dah boleh start study untuk hari ini..
Tapi pagi tadi lepas makan nasi lemak yang telah sekian lama kempunan nak makan..
Tiba-tiba rasa mengantuk pulak..
Cuaca kat luar pun macam best je untuk menidurkan diri..
Semalam tidur lambat..
Malam nie ada Konsert Mahabbah pulak...
Saya jadi AJK pendaftaran..
Kutip tiket.. Dan sebelum pukul 11 mesti ada di belakang pentas untuk bagi hadiah kepada artis jemputan dan VIP yang hadir..
Dan saya merancang, lepas penyampaian hadiah, saya mahu 'chow' terus..
Banyak lagi benda yang belum saya settlekan..

Duhai nafsu, surutkanlah nafsu anda supaya diri ini dapat membuat kerja dengan lancarnya..
Ya Rabbi.. Hindari diri ini dari bisikan Syaitan Supaya diri ini tidak lalai..
Ya Sami'.. Engkau Maha mendengar.. Bantulah hamba Mu ini..

Friday, September 17, 2010

Telan Ubat Lagi

Assalamualaikum Cik Blog.. Bagaimana keadaan anda..? Alhamdulillah, harap-harapnya Allah mengurniakan nikmat kesihatan yang baik-baik sahaja.


Masih beraya lagi kah kalian semua..? Udah-udah la tu.. Kepada kawan-kawan, moh balik UNISEL.. Pejam celik mungkin lebih kurang 3 minggu lagi peperiksaan akhir akan menjelmakan diri.. Begitu cepat masa berlalu.. Dan saya, masih banyak perlu di kejar dalam soal pelajaran..


Minggu nie masih lagi dalam mood raya, tapi tak kemana pun.. Balik Johor hanya tiga hari sahaja.. Raya pertama,kedua dan ketiga pulang ke KL semula.. Mak ayah kerja.. Isnin, saya pergi dating dengan kawan-kawan semasa sekolah menengah dulu.. Rindu mereka..! Dan Kak Long juga beraya di Malaysia.. Malangnya, tidak berkesempatan jumpa beliau kerana masa tidak mengizinkan..




Cadangnya Selasa akan pulang semula ke UNISEL kerana Rabu akan ada kelas ganti.. Dan Khamis cuti semula sempena Hari Malaysia.. Dan Jumaat akan ada kelas ganti semula.. Semata-mata hanya untuk satu subject sahaja iaitu Advance Financial Accounting 1..


Cadangan hanya cadangan, akhirnya saya balik ke UNISEL pada hari Rabu.. Maklum, kelas start pukul 12-3.. Dan tiba di UNISEL pukul 11.30.. 1 jam perjalanan dari rumah.. Cadangan hanya cadangan, kelas yang dijangka selama 3 jam berlanjutan sehingga 4 jam setangah.. 'aduh Mdm, tak nak pi beraya umah sanak sedara ke..' Dan cangan hanya cadangan lagi.. Kelas pada hari Jumaat Cancel!!! Mdm kata jangan marah.. Hmm pelik.. Marah..?


Berikutan bertarung dengan aircond yang sangat sejuk di BK6, malam nya badan mula rasa tidak sedap.. Detik dalam hati, 'tak yah la makan ubat lagi.. esok (Khamis) nak pi beraya 4 buah rumah.. Takut pagi tak boleh bangun' Ok! Thats it~ 4 Buah rumah adalah Rumah nenek Kak Fatimah di Kampung sebelah, Rumah Ifdal Faliqh, Rumah Aisyah dan Rumah Cik Jee..


Beraya 4 buah rumah sangat meletihkan.. Rumah terakhir adalah rumah Cik Jee.. Yang dijadualkan malam open house nya.. Kak Suma dan Ifdal ikut sekali.. Rezeki mereka mengenali family yang sangat ramai.. Seperti raya tahun lepas, Kak Farah yang berkesempatan mengenali Cik Tom.. InsyaAllah kalian semua akan mengenali family yang sangat ramai.. Bila..? Bila rumah akan mengadakan kenduri kahwin saya lah!!


Selepas menghantar Ifdal ke Klang semula, saya yang mengambil alih tempat pemandu.. Walaupun badan rasa letih, tapi better bergerak dari dok melayan demam.. And feel ok la sikit bila dah drive.. Balik dalam keadaan yang sangat panas suhu badan.. Selesai solat Isya', telan ubat 2 biji dan terus buumm..~ Tanpa sedar sehingga jam 6 pagi.. Masa untuk subuh..


Pagi Jumaat, badan terasa ok, cuma letih demam masih bersisa.. Mungkin tidak 100% sihat lagi.. Lepas makan nasi tengah hari tadi, saya telan ubat lagi.. Tapi hanya 1 biji sahaja.. Dan sebenarnya, sambil tulis di sini, saya tengah membuat assignment Audit..

Sunday, September 12, 2010

Istighfar

Kita sering dianjurkan beristighfar dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ia dikatakan sunnah Rasulullah kerana Nabi Muhammad sendiri selalu beristighfar.

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: "Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih." (Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, dishohehkan oleh Imam Turmidzi)

Kita memandang istighfar sebagai suatu amalan yang perlu dilakukan selepas melakukan dosa, sepertinya selepas sedar dari mengumpat.

Ada juga yang menjadikan istighfar sebagai ayat "melatah". Seperti dalam keadaan terkejut.

Kasihan sungguh kita, selama ini kebanyakan istighfar yang dilafazkan di luar kesedaran kita!.

Bila ditanya pada diri sendiri, mengapa kita perlu istighfar? Maka timbullah jawapan berdasarkan logik akal fikiran.

"Agar tenang", "Agar dosa diampunkan", "Agar hidup diredhai Allah" dan seterusnya...

Tapi adakah kita berpuas hati dengan jawapan berdasarkan logik akal fikiran kita saja? Dalam setiap persoalan, kita hendaklah mendasarkan penilaian kita berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Mari kita bertanya kepada dua bahan rujukan kita iaitu sunnah Rasulullah s.a.w dan ayat Al-Quran.

Istighfar agar memperoleh pengampunan dari Allah s.w.t

dalam surah an-nisa, ayat 110

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Ini adalah asas kepada istighfar, dan setiap muslim sepatutnya memahami fungsi istighfar ini.

Istighfar agar memperoleh perlindungan dari Allah s.w.t

Dari surah Al-Anfar, ayat 33

"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (muhammad) berada dianatara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminda ampun"

dan dari surah Gharfir/Al-Mukmin, ayat 7-10

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhanny dan mereka beriman kepada-Nya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berdoa):

"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan periharalah mereka dari azab neraka.

"Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga "Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri(dan suami), dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

"Dan peliharalah mereka dari kejahatan. Dan orang yang Engkau pelihara dari kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung."

Lihatlah, bagaimana mulianya manusia yang memohon ampun kepada Allah. Sehingga para malaikat mendoakan mereka sedemikian. dan doa para malaikat bukan hanya untuk individu yang memohon ampunan Allah, bahkan untuk nenek moyang (ahli keluarganya yang telah meniggal), pasangannya, dan zuriat mereka (anak, cucu, cicit dan seterusnya).

Istighfar agar mendapat kesenangan dan terlepas dari keadaan risau dan resah.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu 'anhuma, bahwa Rasulullah telah bersabda: "Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."

(HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Mari dengarkan sebuah kisah dari sebuah kitab Tafsir Al-Maraghi hasil tulisan seorang ulama bernama Ahmad Musthafa al-Maraghi. kisah tentang seorang tabi'in (generasi ulama selepas sahabat rasulullah) yang bernama Hasan Al-Basri. Hasan sering didatangi mereka yang bertanya hukum agama dan meminta nasihat atas segala persoalan.

Suatu hari Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab "Istighfarlah kepada Allah swt"

Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab "beristighfarlah kepada Allah swt"

Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab "Beristighfarlah kepada Allah swt"

Kelakuan Hasan tadi amat menghairankan penduduk sekitarnya. sehingga seorang dari penduduk itu bertanya kepada Hasan "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!"

Maka Hasan menjawab "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah SWT berfirman (seperti itu)".

Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah surah an-nuh ayat 10-12 yang bermaksud

"Maka aku (nabi Nuh) berkata (kepada kaumnya) "Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun, Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu"

Contohilah Hasan al-Basri kerana sikapnya dan pemikirannya yang sentiasa berdasarkan al-quran dan as-sunnah.

Istighfar sebagai usaha memakbulkan doa.

Firman Allah dalam surah Al-Hud, ayat ke-3

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan ) keutamannya. jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya aku(Muhammad) takut kamu akan ditimpa seksa hari kiamat"

Kali ini, kita bacakan kisah tentang seorang alim yang bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu 'Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi.

Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.

Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.

Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.

Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".

Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.

Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal"

Maka kata Imam Ahmad : " Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu."

(Sumber: majalah Qiblati, indonesia. edisi ke 8)

Besarnya kuasa Allah! Kerana sayangnya Allah kepada si pembuat roti, dibawanya Imam Ahmad kepadanya.

Dalam kisah ini kita juga patut mencontohi akhlak Imam Ahmad. Walaupun beliau mengetahui nama beliau amat terkenal dan dihormati, tetapi beliau tidak membanggakan namanya agar memperoleh pertolongan dari manusia. Beliau tidak mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan. Kerana jika beliau mengungkit kebaikan yang telah beliau lakukan dengan memberitahu namanya dengan mengharapkan balasan, maka khuatir Allah akan membalas dengan memadam segala amalan yang dibanggakan tadi.

"Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian karena yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (HR.Muslim)

Inilah antara kebaikan yang kita perolehi jika kita selau beristighfar kepada Allah. Sekarang kita boleh lebih menghayati lafaz astaghfirullah hal azim dan yang seteru dengannya.

Bagaimana dan apakah lafaz zikir yang digunakan untuk beristighfar? ucapkanlah apa yang kamu inginkan selagi ianya membawa maksud mengharap pengampunan dari Allah swt, kerana istighfar itu sendiri membawa maksud memohon ampunan dari Allah.

Sesungguhnya Allah swt dan Rasulnya juga lebih mengetahui.

Beramallah kita seperti seorang muslim

Sehingga kita berupaya melaungkan "Saksikanlah! aku seorang muslim!" tanpa ragu.

Monday, September 6, 2010

Salam Perantauan




Salam Cik Blog.. Salam Ramadhan 10 terakhir kepada semua.. InsyaAllah jika Allah memberi kita rezeki, kita akan ketemu jua dengan lailatulqadar..

Sebenarnya saya menulis nie kerana jiwa sudah memberontak mahu pulang ke rumah.. Ya!! Pulang..!! Dan tiba-tiba mercun berbunyi di persekitaran hostel siswa.. Adus~ Buat hati tidak tenang je..Hai lah siswa..

Macam mana persiapan raya kalian..? Hebat..? Alhamdulillah.. Semoga kita berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang jika dipanjangkan umur, insyaAllah..

Saya yang sentiasa mengingatkan diri bahawa kita tidak selamanya diatas, tidak selamanya dibawah.. Mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.. Saya masih tergolong dalam golongan orang yang boleh menerima duit raya lagi.. Semoga rezeki kalian murah dengan memberi saya duit raya...hihi.. x..x..x.. gurau je...

Thursday, August 26, 2010

Doaku untukmu

Ahmad dan Ali adalah dua sahabat karib dan tinggal berjiran. Kedua-dua mereka hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing-masing akan berdoa. Bagitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid untuk solat dan berdoa.

"Apa doa kamu hari ini..?" tanya Ahmad kepada Ali..

"Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaan ku lebih dari biasa," jawab Ali..

"Apa doa kamu..?" Ali bertanya

Ahmad hanya tersenyum..

Keesokkan harinya Ali memberitahu Ahmad berita gembira.. "Alhamdulillah, hari ini aku dapat bonus.. Allah makbulkan doa aku.."

"Alhamdulillah, hari ini kau doa apa pula..?" tanya Ahmad lagi.

"Aku doa semoga isteri aku selamat bersalin"

Sejurus selesai solat, Ali bertanya "Kau pula doa apa..?" Ahmad hanya tersenyum..

Beberapa hari kemudian, Ali memberitahu bahawa isterinya selamat bersalin.. syukur.

Ahmad tersenyum.. Melihat Ahmad tersenyum, Ali bertanya,
"Aku lihat doamu tidak mustajab.. Aku hairan, kau masih boleh tersenyum sedangkan doamu tidak termakbul.."

"Sebenarnya doa ku dah banyak termakbul..syukur, Alahmdulillah"

"Doa yang mana..?" Tanya Ali..

"Doa ku hanya untkmu sahabat ku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan apa yang kau minta pada-Nya.."

**********

Cik Blog, saya sayang mereka-mereka yang mengenalkan saya erti persahabatan.. Allah mengetahuinya..

Friday, August 20, 2010

Cebisan Kenangan..


Salam ziarah Cik Blog.. Apa Khabar Iman anda hari ini..? Sihat..? Semoga bulan pembuka tirai antara Sang Pencipta & hambaNya dapat kita manfaat bersama.. InsyaAllah..

Sekadar coretan yang ringkas.. Seperti biasa, omelan tanpa panduan.. Sekadar kongsi rasa hati.. Hati..? Ya, hati..!

Bagaimana Hati anda hari ini..? Lembutkah ia dengan aksi di pentas dunia atau lebutkah ia di tikar sejadah..? Bagai mana Hati anda hari ini..? Adakah keras seperti batu untuk saudara sesama kita dan Pencipta atau sekadar sesama kita sahaja kerasnya..?

Ingatlah sahabat yang dikasihi.. Batu yang keras jua, jika dititikkan air tanpa henti, batu itu akan lekuk jua.. Serahkan Hati anda yang Keras.. Lebut.. Sederhana Keras.. Sederhana lembut kepada yang menciptakan Hati itu.. InsyaAllah Allah mngetahui segalanya..

Hari semakin suntuk untuk saya meneruskan cuti ini.. Seminggu cuti yang dirasakan lambat pada awalnya dan pantas setelah beberapa hari sahaja lagi akan melabuhkan tirai.. Inilah lumrah manusia, tidak pernah rasa bersyukur dengan apa yang diberikan.. Berdoalah kita agar ditempatkan dikalangan orang yang sentiasa bersyukur.. Amiiin~

Semalam (Khamis 19/08/2010) adalah hari pertama saya menjejak kaki untuk melihat apa yang terjadi diluar sana setelah beberapa hari memanfaatkan cuti duduk dirumah.. Selepas menghantar adik ke tuition, ayah pesan suruh belikan bedak talkum dan ayam untuk digoreng semasa makan sahur.. Gamaknya kereta menghala ke Giant Taman Permata..

Rasa kekok plak keluar berseorangan.. Selalunya berteman.. Memang pertama kali keluar rasa seperti orang sekeliling melihat kita dengan rasa jakun.. 'Ke.. aku yang kelihatan jakun..?' Tidak dipedulikan.. janji ada niat untuk Giant..

Kaki melangkah ke Book Network.. 'Apa nak bali ye..?' Setelah membelek-belek seluruh kedai, baru saya sedar subjek Management Accounting tidak di khaskan fail nya seperti subjek-subjek lain.. 'Okeyh, kita cari fail klip & ring dulu'.. Setelah puas baru saya pergi ke bahagian apa yang dikirimkan oleh ayah tadi..

Selesai... Dan Majalah Solusi keluaran ke 22 juga turut ikut saya balik

*************


Hari ini (Jumaat 20/8/2010).. Tadi mak balik tengah hari.. Afternoon off.. Dan pergilah ke Maybank.. Meng'transfer'kan sedikit duit ke Bank Islam.. Dan pergilah ke bazaar Ramadhan Taman Melawati.. Jalan punya jalan.. Tidak banyak gerai yang buka.. Rasanya jam dah menunjukkan pukul 3 lebih (tak tahu lebih tu berapa sebab jam saya dah habis bateri) Jelajah la dan membeli sedikit kuih muih untuk berbuka..

Oh ya.. Kepada orang-orang utara yang membaca celoteh saya ini.. Gulai umbut pisang tu makanan orang utara ke..? Minta resipi boleh..? Mak dan ayah suka.. Ayah kata mungkin Gulai Umbut pisang nie tak Perak, Kedah yang selalu masak... Hmm.. Minta resipi ye..

Maka terhasil lah nukilan cebisan kengan di Cik Blog ini...

Jaga diri ye sahabat-sahabat yang berada dirahmat lembayung Ilahi.. Saya minta maaf jika selama ini apa yang saya lakukan tidak sedap dimata kalian.. Saya minta maaf jika ada yang terasa hati dengan sikap.. tingkah laku.. percakapan.. apa lagi..? Apa-apa lah yang boleh membawa kesan yang mendalam dalam hati tuh.. Sampai akan ingat diri ini kerana sikap saya yang kurang enak itu.. Saya minta Maaf ye.. Jaga diri..Kesihatan kalian..