.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Wednesday, April 20, 2011

Semangat


Salam Cik Blog... Alhamdulillah masih memberi nikmat Islam dan Iman untuk menyambung perjuangan sebagai seorang khalifah di muka bumi.. Masih diberi pinjam oleh Rabb tubuh badan yang sihat, menghirup oksigen yang free..!

Dan hari ini diramalkan hari ke-2 pengkuliahan.. Dan saya..? Bersiap lebih awal kerana (konon dah hafal jadual sem pendek) menjangkakan kelas jam 9.. Settle semunya,terdetik mahu menyelak timetable.. Dan rupanya kelas pada hari Rabu, subject Public Sector Accounting pada jam 11 pagi.. Harap Maklum!

Inilah dia ya dikatakn semangat yang ada untuk mencedok ilmu dari para pengajar.. Semoga berterusan Farahin..!

Monday, April 18, 2011

First day in short sem

Bila dah pindah Shah alam nie makin menjadi-jadi pulak kemalasan nak balik ke kampus.. Maklum la, duduk dengan mak cik di kawasan seksyen 7 nie.. Tak pening kepala nak mengangkut barang masuk hostel (kalau duduk kat Bestari Jaya dulu).. Tak pening kepala fikir ' siapalah roomate aku nieh.. siapalah housemate aku nieh.. seorang perokok ke..? solatkah dia..? ' Tapi itu kenangan duduk di hostel (memang merindui saat itu..)

Sebab rindu duduk hostel..? Sebab saya seorang yang busy berpesatuan.. Running program nie.. Pending program nie.. Memang dikatakan tiap-tiap hari akan masuk kawasan hostel masa sirent dah bunyi menandakan sudah pukul 12.00 malam.. Guard panggil masuk hostel.. Masa nie pun kesabaran teruji jugak.. Mana taknye..selagi sirent tak bunyi, selagi tu couple-couple akan menghabiskan masa di pagar hostel 'alahai..!!'

Rindu duduk hostel sebab boleh turun surau.. Jemaah sama-sama dengan sahabat-sahabat yang lain.. Boleh kenal sahabat baru..! Menarik~ Boleh turun ifthar kat masjid Unisel.. Makan dalam talam.. Best makan dalam talam.. Kita boleh kurus..! Serius.. tak tipu.. Sebab kita akan fikir makanan untuk sahabat yang makan sekali dengan kita.. Cukup atau tidak.. Hmm rindu saat itu..!

Dan bila tak duduk hostel, pengangkutan pun greenlight dari ayah (drive sendiri).. Liatnye bukan main nak balik semula ke Shah Alam.. Contoh yang terjadi.. Pagi tadi..! dush~ Terlepas satu kelas gara-gara kesenioran di kampus, ingat jadual tak keluar lagi dan tiba di UNISEL jam 11.00 pagi (ambil 1 jam perjalanan dari rumah, ikut fedral highway).. Salin jadual dan tengok group.. Sebab student akaun nie ramai nya bukan main.. Tiba-tiba jumpa seorang classmate nie tanya " Kenapa tak masuk kelas Puan Suria..? Pagi tadi ada kelas.." ok~ saya dah termiss satu kelas Business Ethic..!

Selesai semuanya, bergerak pulang ke rumah mak cik.. Tiba-tiba nampak tempat parking kereta yang selalu saya parking tuh ada orang lain parking.. Apa kes..? Rupanya rumah depan yang korsong tu dah ada orang sewa.. Student barangkali..~ Lepas nie berebut tempat letak kereta la kita ya..? hahaha Farahin jadi kejam..! Gurau semata..jangan risau jiran depan.. Bumi Allah nie luas..

Selamat menyambung pelajaran semula kawan-kawan..!! Diharapkan sentiasa bahagia dari awal semester hingga ke akhir semester ini.. Man jadda wa jadda..!

Sunday, April 17, 2011

Saya tak tahu kenapa . .

Saya tak tahu kenapa saya rasa tak sabar untuk memulakan kelas Isnin nie . . Semoga Allah menetapkan perasaan ini sehingga saya habiskan Ijazah saya . .

"Bolehkah Ya Allah, aku memohon supaya menetapkan perasaan ini untuk terus berjuang didalam apa jua yang aku ceburi . . Bidang dunia mahupun akhirat "

Friday, April 15, 2011

Angin MTS Shah Alam


Salam sahabat . . Apa khabar anda . .? Harapnya dalam keadaan sehat . . Alhamdulillah, semester baru nie saya berpeluang menyertai family MTS Shah Alam . . Ingin merasai angin Shah Alam pula setelah beberapa kali merasai MTS BJ . . Best . .!!! Memang tak dinafikan . . Semua sporting . . semua caring . .

Minggu persiapan fasi memang semua ke'tention'an sebab masa yang terhad . . "Tak pe sahabat, as long as semua bekerjasama, bagi support, semua yang tak mustahil akan jadi mustahil . . dan kita sudah buktikan . .!!! Tahniah . ."

Bermula dengan pendaftaran di Dewan Serbaguna (DSG), dan berakhir dengan Malam Impian Mahasiswa . . Kami inginkan yang terbaik buat siswa/i baru . .

Saya choose slot-slot yang best . . ESQ, memang semua kesedihan, dan harapnya fasi yang kesedihan harus melihatkan ketabahan di depan adik-adik . . Sebab fasi kan KUAT . .!! Memang touching tengok adik-adik . . Ada yang menagis kat bahu saya dan meluahkan perasaan . . 'Its ok dik . . kita boleh jadi yang terbaik lepas nie k . .?'

Ikrar pelajar baru . . Memang terbaik lah korang . . walaupun excited sampai nyanyi lagu Negaraku terlebih cepat, korang pandai cover plak lepas tuh . . Saya kat depan dah nervous . . Tapi masa Ikrar tu memang gempak lah . . seriuos . .! Kalian seperti tidak sabar memegang title Mahasiswa/i UNISEL . .

Malam Impian Mahasiswa . . Best ! Walaupun semua kelihatan bising sedikit nak buat persembahan . . Dan ada yang tukar persembahan last minit sebab diberitahu TNC HEP akan turun . . Tapi kalian tetap lakukan yang terbaik . . Syabas . .

Dan hari terakhir ada slot ' Sugar Gram ' . . Masing-masing meluahkan perasaan masing-masing kepada fasi-fasi yang mereka TAK SUKA & SUKA . . dan saya . .? Dapat juga, tapi tak sehebat abang Mega (disiplin) . . Oppss sorry Mega . .~

Nielah feedback Sugar Gram dari adik-adik saya :-

Kepada Fasilitator : Nurfarahin / Kak Faien / Faien

1)Kak . . Saya suka cara akak . . Baik, always smile . . Akak selalu tolong saya . . Thanks ye kak . . Hope you always smile . . Thanks for everything kak . .

2)Assalamualaikum . . Saya suka dengar cara akak, bersopan n sporting. Terima Kasih keranan layan kami yang banyak kerenah dengan baik . . hehehe . .

3) Assalamualaikum . . Kehadapan kak Farahin (hehe skemanya ayat) qila nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada akak sebab telah mengurut kaki qila hehe. .yang jujur malam tu memang nak nages sebab sakit sangat. . selalu ada mak urutkan . . tapi kat sini xde mak, nasib ada akak. Thanks a lot . . n thanks dengan segala ilmu yang akak bari sepanjang MTS nie . . akhir kata, bebanyak2 terima kasih . . qila xkan lupakan akak sampai bila2 . . sampaikan salam terima kasih qila kepada kakak2 and abang2 fasi & exco kebajikan k . . wassalam (akak dh mcm akk qila sendiri)

4)Salam ^_^ Thx cuz akak sangat caring. Akak comel bila senyum. Cara pemakaian akak sy sangat minat tapi saya tidak kuat lagi untuk memakai. saya kagum dengan akak.

5)Salam, i love u. . ur voice is nice. Saya suka dengar suara akak!!! sangat chumil meyh!! Bila akak senyum nampak GG2 akak yang cantik tuh!! Saya nak sangat ada GG cam akak hehehe. .

Akak, saya suka gak dengar advise dari akak walaupun saya selalu tido masa akak cakap . . "Tapi tak bermakna saya x dengar kowt!!"

Cory loo kalau bahasa saya cam makhluk asing tapi karangan saya selalu "A" tau. hehe . .

Saya sayang akak sangat2!!!
Saya sayang akak comuch2!!!
Saya sayang akak banyak2!!!
(Baca 10x k) huhuhu..

(Manusia Rndh)
Salam Sayang

6)Akak yang baik hati, yang cantik dan cute, saya ingin berterima kasih kepada akak kerana menjaga saya selama ini. Akak tak pernah mara pun. Selalu epy je ngan kami.
Akak saya sayang akak. Selama saya disini saya menganggap akak seperti kakak saya sendiri. Memang terbaik 'I Love You' :p ^^ muahx muahx
Haha saya tak tahu la akak faham ke tak tulisan saya nie. . tulisan burok

7) SALAM, Akak thanks sgt2 coz selalu bantu saya dalam banyak hal. Dari start saya daftr lagi . . Akak sweet sgt . . ske sgt tgk akak. . Comel . . hehehe muakzzzz!!!

8) Tak pasti berapa umur kak Fain, tapi saya panggil akak jela k.
Saya suka sangat cara Fain approach junior, pandai share cerita + pengalaman.
Hope saya dapat jadi mcm Fain nanti =)

9) Apa salah kalau senyum bila orang tegur. Takyah lah asyik nak serius je . . memang tak leh bla lah . .
Then, kalau bercakap baik-baik dengan orang lain kan bagus. sume orang suk
INGAT, bukan semua siwa,siswi yang baru masuk tu pangkat adik-adik awak . . .
btw thanks gak lah ye . .

*********

Ini semua feedback adik2 . . "Alhamdulillah dik,akak senang dengan kalian semua . . semua memberi perhatian sepanjang MTS . . Semua dah besar2 belaka kan . .? Dah nak berdikari sendiri lepas MTS nie . . "

Ada yang nak gigi macam saya . . (thanks to my dad sebab kecik-kecik dulu ayah yang tolong gosok kan gigi nie . . sayang ayah . .!!)

Ada yang suka cara pemakaian . . "InsyaAllah semoga istikomah dalam berpakaian . . Jom kita tutup aurat . .!!"

Ada yang suruh saya senyum bila berbicara (sebenanrnya saya mushkil. . feedback num 9 tu ditujukan kepada saya atau pun Farhana merangkap disiplin . . ) apa-apa pun, saya cuba menjadi yang terbaik dik . . Thanks~

Akhir kata, saya sudah buat sebaik yang mungkin untuk adik-adik baru untuk mereka melangkah kaki ke alam baru. . .

"Adk-adik ingat kan nasihat akak masa kita salam buat kali yang terakhir . .? Jaga diri, jangan tinggalkan solat dan akak minta maaf kalau ada kekurangan dari akak sendiri . . "

.:: Gambaran Hari Kiamat ::.

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepadaAllah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"

"Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Wednesday, March 30, 2011

.:: New Mood ::. Feel Good

Salam,

Alhamdulillah, blog yang sunyi sepi kini tuannya kembali mencoret. Maaf sahabat sekalian, blog nie agak tak terusik. Banyak benda ingin dikongsi bersama. Tapi apakan daya, mampu membaca blog orang lain tanpa menyentuh blog sendiri.

Sehatkah kalian..? Semoga nikmat yang Allah turunkan keatas diri ini dapat kita gunakan sebaiknya. Alhamdulillah masih diberi sedikit masa untuk bersama cik blog..

Sebenarnya baru balik dari hospital (cerita tentang perkara yang baru terjadi)..

Beberapa hari sebelum final, sakit pinggang kembali semula. Agaknya study duduk kat simen lama sangat. Bila nak exam, mula fikir macam mana nak duduk selama 3 jam di dewan exam. Sampaikan saya post dalam FB, ' Boleh tak nak request duduk di dewan exam dengan kerusi kusyen atau kerusi Ogawa..' Rakan-rakan FB ingat saya main-main.. hahaha.. teruknya saya sampaikan perkara serius juga mereka menganggap saya bergurau ^_^ Its ok friends sebab nak ambil exam bersama saya menggunakan kerusi Ogawa.. (",)

Ok tutup cerita Ogawa.. Kembali semula ke alam fantasi..

Sakit pinggang yang membuat saya sukar untuk berdiri, berjalan apatah lagi solat secara berdiri.. Kaki seperti terketar-ketar, maka saya memilih untuk solat secara duduk.. Paper pertama yang saya duduki memang 'best'.. Tahan sakit.. Berkampung buat kali ke-3 untuk paper yang ke-2 bersama Ainul membuatkan saya kena pergi ke klinik.. Gara-gara Ainul yang memaksa "Thanks friend, walaupun kita FUCHAH ACCOUNTANT, tapi anda seperti FUCHAH DOCTOR.."=.=

Selesai di bilik doktor yang akhirnya doktor beri ubat warna biru dan vitamin warna putih lagi besar dari gula-gula mentos..! Dan kini, ubat warna biru je terusik sebanyak 2 biji. Vitamin tak usik langsung sebab "chantek"..ehem... Owh dan..dan.. doktor bagi surat chenta untuk saya rujuk pada pihak hospital..

Dan hari ini, pihak hospital telah menerima surat chenta Poliklinik Al-Hikmah Seksyen 7 (klinik panel Unisel).. Mula-mula serahkan surat, pihak hospital kata 'nie kena buat appoinment..tapi kena tanya doktor dulu..' Dalam hati berbisik 'mintak-mintaklah kalau kena appoinment, doktor suruh buat 4 @ 5 hb nie.. sebab saya malas nak pergi induksi fasi..' (saya akan cuba mengusir perkataan MALAS bila dah buka semester nanti..Tak baik untuk kesihatan..) Tiba-tiba pegawai yang jaga counter panggil nama saya.. dan akhirnya number 4020 diberi pada saya.. Okeyh, sekejap lagi masuk bilik doktor..

Number dipanggil..selesaikan hal-hal berbangkit dalam bilik doktor dan x-ray tak payah buat..Alhamdulillah.. doktor suruh ambil ubat kat farmasi.. Keluar dari bilik doktor, nampak mak degan baju lab coat nye.. Orang semua pandang barangkali mesti mereka tertanya 'Anak doktor ke budak chomel nie..?' Tunjuk kat mak apa yang doktor bagi termasuk list ubat.. List ke.? satu je pun ubat yang doktor suruh ambil di farmasi.. Tapi mak kata tak yah.. maka, tak yah la ambil.. Lagipun ubat tahan sakit je..

So, jaga kesihatan ye kawan-kawan.. Allah memberi nikmat kesihatan.. Selagi mana kudrat kita ada, selagi itu kita perlu memenuhi tuntutan kita sebagai hambaNya.. InsyaAllah

Friday, March 11, 2011

.:: Mood Exam ::.

Petikan ini dicatatkan semasa saya berkampung dilibrary buat kali ke-3 untuk subject ke-2.. Paper Audit & Investigation Selasa nie.. Keadaan kesihatan yang tidak memberansangkan melunturkan sedikit mood study.. Sakit semasa jatuh di matrik hadir semula..

Ramai yang berkata " Pi check.. Nanti bertambah teruk.."
"Ain kena pi jumpa Doktor, jangan diusik urat-urat tu (urut).."

Pernah satu ketika pi jumpa bidan, bidan tu siap cakap " Awak nie main rugbi ke.."
Apakah......?

Tapi mengalami kesakitan ini, hati ini terdetik..
Adakah kalau tak pergi jumpa Doktor, saya menganiaya diri sendiri..?
Apa Doktor boleh buat kalau ianya adalah sakit urat..? (ada ke doktor bahagian urat..)

Tapi yang bestnya, saya tak boleh jalan dengan lajunya.. Kena jalan slow and steady.. Silap langkah, akan menahan kesakitan sambil berhenti dari jalan seketika..

Duhai diri, cepatlah sembuh.. Semoga hari-hari yang ingin dijalani dapat berjalan seperti sedia kala.. Solat dengan rukuk dan sujud tanpa menahan kesakitan.. Solat yang mana boleh merasai nikmat berdiri..

Thursday, February 24, 2011

Final...!!

Alhamdulillah masih dipertemukan lagi untuk kita terus menghirup oksigen FREE yang pencipta sediakan.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk kita menimba segalanya hari ini.. Alhamdulillah masih diberi nikmat ISLAM & IMAN untuk kita sama-sama manfaatkan hidup dimuka bumi ini.. Alhamdulillah, semakin hari semakin berdebar menanti final exam yang hanya didepan mata.. Apa yang perlu dibawa..? Ilmu yang telah di pelajari dan diajari..

Alhamdulillah, draf exam dah keluar.. Nampaknya tarikh exam tidak sekeji semester lepas.. Alahmdulillah, perancangan family untuk ke Kedah menghantar rombongan meminang abang sepupu yang sulung (balong) akan saya join memperlihatkan exam yang dah melabuhkan tirai.. Alhamdulillah, semester nie melabuhkan tirai, ada lagi dua semester bakal saya tempuh sebelum melangkah kaki ke alam pekerjaan..

InsyaAllah buat yang terbaik untuk peperiksaan ini.. Usaha, Doa & Tawakkal.. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui...

Saturday, February 19, 2011

Fuh~

Assalamualaikum Cik Blog.. Alhamdulillah diberi sedikit masa untuk membuang sawang-sawang yang menakluki blog ini.. Maaf, saya menduakan Cik Blog selepas mengactivekan semula Facebook saya.. Maaf..

Sekarang tinggal dua minggu lagi untuk ke medan perang.. Tapi draf untuk exam tak keluar lagi.. Jumaat haritu pergi ziarah warga admin Faculty Of Business, bertanya khabar untuk draf nie.. Staff tu kata, dia tak boleh jawab soalan saya.. Mengapa..? Pelik juga.. Ke kalian tak buat kerja..? Astaghfirullahala'zim.. Tiada niat untuk berkata begitu sebab Kampus BJ dah keluar draf buat kali yang ke-2.. Kampus Shah Alam duduk melangok je.. Nanti yang susah kalian juga sebab nak betulkan draf tu kot-kot ada clash subject..

Dan, Cik Blog, kini saya dah letak lagu Binnabil Huda dari kumpulan Unique.. Best!! Saya suka sebab ia berkaitan dengan selawat.. Sollu..Sollu..Sollu..Sollu.. Semoga pembaca mendengar dulu sebelum mengpausekan Binnabil Huda tu ye..

Monday, January 31, 2011

RM 30.00

Update terkini..

Isnin, jam 11.05 pagi. Saya telah mencatat sejarah memulangkan buku pinjaman dari library UNISEL dan didenda sebanyak RM30.00 untuk dua(2) buah buku. Ainul, Aziera, Shamsiah dan Nusrah telah terkejut yang amat. Saya hanya tersenyum.

Respon mereka :

Aziera : Ha..? Mahal nya.. Berapa buku..?
Saya : Dua buah.. 1, RM 15.00

Nusrah : Kenapa Ain tak keep renew..?
Saya : Sebab Ain malas nak bawak buku tu..

Shamsiah : Macam baik beli je buku baru..
Saya : Dush~ baiklah Shamsiah..

Fist time pinjam buku kena denda.. Sebenarnya buku tu dipinjam kerana group saya ada buat presentation Advanced MA.. Jadi, awal sem lagi saya memang dah pinjam buku tu.. Bila duedate dah tamat, presentation tak berjalan lagi.. Itu yang bila naik library lupa pula nak bawa buku pinjaman tu..

Maaf kepada student Bach Of Accountacy Universiti Industri Selangor cawangan Shah Alam.. Saya telah meminjam buku tu terlebih had.. Mungkin tiada rezeki kalian untuk meminjam nya..

Maaf kepada staff library UNISEL Shah Alam, buku tu memang 'keji' sejak saya pinjam.. Niat untuk otter balik buku tu ada.. Tapi nanti adakah denda di kurangkan..?hihihi..