.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Friday, February 13, 2009

Sedikit coretan untuk dikongsi bersama



Alhamdulillah kaki mengorak langkah lagi..Sedikit perkongsian yang mana mungkin kita boleh kongsi bersama..Kem kepimpinan yang sepatutnya diadakan pada 13-15 Feb nie di tunda pada 20-22 Feb atas sebab2 tertentu..Maknanya,cuti mid term saya bermula pada 22 Feb - 1 Mac shj..sedih nye..dah la lama x balik rumah..!!(padahal dekat je..)tp lama x balik tu sebab ada kerja yang perlu dibereskan..dengan dua subject yang akan buat this week..doa kalian amat diharapkan walaupun test je..test pun test gak..markah tetap markah yang perlu dirangkul,dipeluk dan dimanja untuk kejayaan soon..!!InsyaAllah...



Rabu,11/2 saya dipanggil untuk bermesyuarat bersama HEP dan Felo..bukan saya je wakil persatuan i Rakan..tapi presiden dan timbalan presiden juga turut serta..cuma naib presiden je ada class..rupanya meeting tergempar tu sebab nak buat "Gerak Gempur Maksiat"..last minit dorang bg tau sebab nak jaga kerahsiaan Ops nie..yg dipengurusikan oleh TNC Prof Zainal Abidin Kidam..juga disertai oleh pihak JAIS



Banyak pengajaran yang kami dapat dari gerak gempur nie..saya tertanya tanya sendiri..kenapa mesti mereka membuat perkara itu??hurm..hidayah Allah..UNISEL tidak asing lagi dengan kemaksiatan yang melanda..InsyaAllah daulah Islamiah akan melanda UNISEL dalam masa terdekat sahaja lagi..

Ifthar masih berjalan..akaun semakin nampak nak positive..alhamdulillah..kena usaha lebih sket tuk positivekannya..insyaAllah akan dicuba sedaya upaya..aih..pening gak jaga duit yg vegative nie..pergerakan xbebas,kena berhati-hati..tp saya menyeru kepada warga UNISEL,anda dijemput untuk mengimarahkan lagi masjid kita..Lai Lai...

Tuesday, February 10, 2009

Minggu yg busy..






(Jubah yang fleksibel) (Makan dalam Jemaah)
Cuti 4 hari (Jumaat,Sabtu,Ahad & Isnin) xbalik rumah..sebab pergi tamrin untuk budak-budak junior persatuan i Rakan,bertempat di Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor..Alhamdulillah tamrin berjalan dengan lancar..Saya sebagai AJK technical dan penginapan(mcm xde kerja sebab AJK muslimin bereskan..)Tapi bila dah sampai Masjid tu saya kena tolong AJK maknan pulak..so apa lagi??kerja banyak di dapur masjid..tolong apa-apa yang patut..Kadang cuba juga curi masa untuk dengar ceramah..Mantan president i Rakan pun datang bg support (Tun Andak dan Tun Haez-Tun adalah gelaran yg kami berikan..hihihi)..






Tapi agak terkilan jugak la sebab tamrin nie x mcm tamrin..disiplin masa sangat best..sebabnya xketat..kalau lah saya jadi peserta mesti x tention..aktiviti tamrin nie banyak pengisian,riadah pun ok..tp x dpt join riadah petang sebab kena masuk shift masak makan malam..Tapi lepas balik UNiSEL kami adakan posmoterm untuk fasi..rupanya berlaku 1 insident yg saya x tau (actually MT sume x tau ) sebab time insident berlaku,MT ada meeting ngan president..balik time posmoterm baru tahu..kami MT agak terpinga bila insident tu dibuka..






This weekend xbalik lagi..waaaa!!!!kali nie tamrin untuk MT dan exco pulak..Mulanya buat kat Dusun Eco Resort (tempat yg nyaman..best..!!) tapi dah tukar ke Meru plak..mesti kena basuh tamrin untuk MT nie..huhu sediakan minda dan fizikal anda..!!!



Wednesday, February 4, 2009

Perjuangan semakin sengit..

Wireless xberapa elok di kluster..alhamdulillah..hari nie try boleh pulak..pelik sungguh..!!so,sekarang nie curi masa sket tuk update blog nie..rehat sebentar sebelum membuat,melihat,mengkaji pembelajaran..
30/1/2009 tercatit sejarah pertama persatuan i rakan dimana buat pertama kalinya di UNiSEL Muktamar Sanawi dilakukan..Alhamdulillah,student2 yang hadir pada malam tu adalah golongan yang terpilih untuk mengikuti siapa yang bakal menerajui barisan MT dan exco..
Bila dalam muktamar tu rasa mcm persidangan kecil pun ada..persidangan parlimen UNiSEL..hehe..Majlis dimulakan dengan kata2 penasihat..kemudian berehat sebentar bersama bee hoon goreng..Muktamar start balik dengan ucapan dasar oleh president i Rakan dan diikuti oleh MT-MT yang lain..Kemudia exco pulak..
Bila soalan dibuka,nampaknya Exco Sahsiah dan Kerohanian kena bertubi-tubi soalan..bermacam-macam soalan yg perlu dijawab oleh ketua exco sahsiah tu..Yang paling menarik tentang ifthar..addduuuhhhh RM5 pun berkira ke??apa salahnya kalau pergi dengan hati yang ikhlas,bayar kerana bersedekah..(bg pihak bendahari ifthar nie)..tp xpelah..manusia bermacam ragam..
Majlis di teruskan dengan penukaran MT dan Exco baru..harapan semoga i Rakan akan tabah dalam perjuangan untuk mentarbiah remaja-remaja UNiSEL yang kebanyakkan mereka lalai dengan duniawi..InsyaAllah dengan usaha yang berterusan..semoga satu hari nanti Universiti Industri Selangor(UNiSEL) akan bertukar nama sebagai Universiti Islam Selangor (UNiSEL)










(Barisan MT & Exco 09/10) (Barisan MT & Exco 08/09)

Monday, January 26, 2009

Sila lah cuba

Cuti dirumah wan menarik la gak..Bukan x best,tapinya sebab dapat jumpa mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik (adik beradik mak)..even family bercuti..huhu xpe next time la ikut...assigment banyak nak kena complete kan..


Apa yang menarik disini yang ingin saya kongsikan,semalam saya mencuba untuk goreng cendawan..hehe..erm boleh la ditelan tekak..nak kata sedap,maybe...nak kata xsedap x mungkin sebab cendawan tu habis..!!!huhu..saya goreng guna bancuhan tepung..tp ada setengah orang akan guna tepung KFC..tp kat rumah nenek xda tepung tu...nak resipi??



  • Tuang tepung gandum,tepung jangung(sedikit untuk bagi kerangupan),garam secukup rasa,serbuk kunyit sedikit(menambahkan kuning..xla nampak pucat)..

  • Bancuh bahan-bahan tadi dengan air..jangan terlalu cair,jangan terlalu pekat bancuhan itu..

  • Panaskan kuali yang dah ada minyak dlm nya..(kalu x mcm mn nak goreng kalu minyak x da..huhu)

  • Bila minyak dah panas,ambil cendawan tu,celup dlm tepung td dan terus masukkan dlm minyak panas tu..

  • Bila da beres menggoreng,boleh dimakan dengan sos cili...


Dan pagi nie saya telah menjadi driver untuk abg sepupu yang akan balik Perlis..hoho..erm pagi-pagi da kena drive sampai wangsa maju..Bus dia pukul 9 pagi..so,nak xnak kena nak kan jugak..senaman kaki dipagi hari..hehehehe...


Resipi

Saturday, January 24, 2009

bilamana aku bersendirian...



Bilamana aku bersendirian dirumah..hihi..hurm nampaknye cuti kali nie tinggal sorang-sorang kat rumah..mak,ayah dan semua adik-adik pergi bercuti di Cherating..Mesti kalian terfikir.."Ish mak cik nie..rugi x ikut.."haha..hurm saya pun x tau nape x ikut...banyak faktor yang menyebabkan saya x ikut..




Rasanya cuti Chinese New Year tahun lepas pun saya keseorangan dirumah..Yang nie lagi dasat..sebab 7 keluarga(adik beradik belah mak) pergi Bandung,Indonesia..dan waktu itu saya x ikut because of fikir nak balik matrik..malas nak ponteng class..so,untuk kali nie bukan mlas nak ponteng class..cuma nak teman wan(nenek) kat rumah..dia keseorangan..cucu yang ke 4 nie memang baik sikit(naik bakul plak)..tp x pe..cuti nie spent masa bersama wan..hehehehe..




Dan bila saya keseorangan,saya akan menjadi bibik untuk kesekian kali dirumah terchenta..Yelah kalau x,adik perempuan yang kena..Doesnt mean that saya x tolong..bukan..!!cuma saya banyak menyuruh dia buat la..hihi..kakak tang baik..




I'm still at my house..tengok la lepas nie nak gerak gi umah nenek..bercutian di kampung(hanya 2km dr rumah)...ooo ye lagi 1..saya presentkan profile terbaru untuk kalian..

Friday, January 23, 2009

Antara cebisan semangat..

(Masjid As-Syakirin 8/1/09)

Bingkai Kehidupan..

Mengharungi samudra kehidupan,

Kita ibarat para pengembara,

Hidup ini adalah perjuangan,

Tiada masa tuk berpangku tangan,

Setiap tetes peluh dan darah,

Seakan sirna ditelan masa,

Segores luka dijalan Allah,

Kan menjadi saksi pengorbanan...


Allah ghoyatuna..

Ar Rasul qudwatuna..

Al-Quran justuruna..

Al Jihadu sabililuna..

Al mautu fi sabilillah

Asma amanina..


Allah adalah tujuan kami..

Rasulullah teladan kami..

Al-quran pedoman hidup kami..

Jihad adalah jalan juang kami..

Mati dijalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi..


Allahuakhbar..!!

Thursday, January 22, 2009

Alhamdulillah..cuti kembali menyapa lagi..!!hahaha itu adalah perkara best bagi seorang student yang dimana student belum 'bz' sepenuhnya..tp sampai next week hari Rabu je..tapi xpe..cuti sekejap sudah memadai kembali kerumah terchenta..

Before balik sini,I-Rakan ada bukak booth bagi ahli baru yang berminat untuk menyertai persatuan i-rakan..dan saya sendiri turun tunjuk muka walaupun muslimin yg kebanyakkan nya handle booth itu..yg muslimat hanya lihat dan tengok..(apa beza lihat dan tengok??)..muslimin banyak handle sebab tabung gaza bersama mereka..mereka membawa tabung bersama-sama walaudimana mereka berada..

Dan harapan saya,semoga ahli-ahli bari akan mengaktifkan diri anda dalam persatuan..bukannya aktif..cuma libatlah diri anda kalau ada apa-apa aktiviti..sekian..

p/s terpaksa berhenti..mak dah sampai nie..(kat umah nenek..br sampai dr unisel..)

Sunday, January 11, 2009

Surau siswi dan masjid UNiSEL


Assalamualaikum..sahabat-sahabat yang saya kasihi..apa khabar anda hari ini??harap dalam keadaan sihat walafiat..amiin


Sahabat..kini surau siswi mula beroperasi..Subuh,Maghrib dan Isya'..Subuh,kita akan berjemaah bersama..kemudian baca Ma'thurat dan disertai dengan KULTUM (Kuliah Tujuh Minit) atau sedikit riadah..(depends on siapa yg akan menyampaikan..)Maghrib dan Isya' juga begituh,akan berjemaah bersama dan perantaraan Maghrib dan Isya' akan diselitkan dengan pengisian sedikit..mengikut 'turn' siapa yang akan memberi..Dan setiap hari Khamis akan diadakan Ifthar*..bermula sebelum Maghrib sehingga Isya'..di Masjid Unisel..


Sahabat..kita adalah generasi yang perlu membawa Islam..Jika kita x bawa,siapa lagi akan pikul tanggungjawab ini??Setiap langkah anda ke suatu majlis ilmu atau surau atau masjid..langkah kita akan diberi ganjaran..


Bila lagi anda hendak rebut peluang ganjaran????


*Ifthar..majlis berbuka puasa secara berjemaah..apa yang menarik??kita akan makan dalam talam..1 talam 5 orang or 6 orang..(ikut tangki perut kalian)..bayaran yang dikenakan sebanyak RM5 seorang..terbuka kepada sesiapa sahaja..samada puasa sunat Khamis atau tak..

Saturday, January 10, 2009

kemabli lagi..

Memang susah kalau x rajin..Kalai rajin pun susah gak..nanti x da kerja nak buat dah..Kesimpulannya saya seorang yang ikut mood kalau nak menulis..So now i'm back..ada banyak cerita nak di kongsi bersama..Tapi itu pun kalau wireless ok kat residen tuh..(nie kat umah..rest jap lepas ikut 1 program gempak..!!)


Baru seminggu sesi kuliah bermula..Tapi 1st week berkenalan dengan buku yg patut dibeli..Kalau ada class pagi terpaksa memikirkan duit..(pagi2 duit..x alergic ke??)hahaha..nak buat mcm mana?ilmu itu penting..Selagi mana boleh ditimba..cari peluang untuk menimba..


Sebut mengenai ilmu,teringat pada sesi tamrin yang saya join before masuk Unisel balik..yang dibuat di kampung Kuantan..Ilmu itu di ibarat seperti air didalam gelas..Kalau nak ilmu,kena kosongkan gelas itu...Kenapa??Cuba anda fikir kan sejenak,kalau gelas anda sudah penuh..apa akan jadi pada ilmu baru?mesti melimpah keluar bukan??


Jadi,mula kan hari anda dengan semangat yg baru..(berpesan pada diri..)