.:: Married ::.

.:: Saat Nadi Berdenyut ::.

Wednesday, February 4, 2009

Perjuangan semakin sengit..

Wireless xberapa elok di kluster..alhamdulillah..hari nie try boleh pulak..pelik sungguh..!!so,sekarang nie curi masa sket tuk update blog nie..rehat sebentar sebelum membuat,melihat,mengkaji pembelajaran..
30/1/2009 tercatit sejarah pertama persatuan i rakan dimana buat pertama kalinya di UNiSEL Muktamar Sanawi dilakukan..Alhamdulillah,student2 yang hadir pada malam tu adalah golongan yang terpilih untuk mengikuti siapa yang bakal menerajui barisan MT dan exco..
Bila dalam muktamar tu rasa mcm persidangan kecil pun ada..persidangan parlimen UNiSEL..hehe..Majlis dimulakan dengan kata2 penasihat..kemudian berehat sebentar bersama bee hoon goreng..Muktamar start balik dengan ucapan dasar oleh president i Rakan dan diikuti oleh MT-MT yang lain..Kemudia exco pulak..
Bila soalan dibuka,nampaknya Exco Sahsiah dan Kerohanian kena bertubi-tubi soalan..bermacam-macam soalan yg perlu dijawab oleh ketua exco sahsiah tu..Yang paling menarik tentang ifthar..addduuuhhhh RM5 pun berkira ke??apa salahnya kalau pergi dengan hati yang ikhlas,bayar kerana bersedekah..(bg pihak bendahari ifthar nie)..tp xpelah..manusia bermacam ragam..
Majlis di teruskan dengan penukaran MT dan Exco baru..harapan semoga i Rakan akan tabah dalam perjuangan untuk mentarbiah remaja-remaja UNiSEL yang kebanyakkan mereka lalai dengan duniawi..InsyaAllah dengan usaha yang berterusan..semoga satu hari nanti Universiti Industri Selangor(UNiSEL) akan bertukar nama sebagai Universiti Islam Selangor (UNiSEL)










(Barisan MT & Exco 09/10) (Barisan MT & Exco 08/09)

Monday, January 26, 2009

Sila lah cuba

Cuti dirumah wan menarik la gak..Bukan x best,tapinya sebab dapat jumpa mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik (adik beradik mak)..even family bercuti..huhu xpe next time la ikut...assigment banyak nak kena complete kan..


Apa yang menarik disini yang ingin saya kongsikan,semalam saya mencuba untuk goreng cendawan..hehe..erm boleh la ditelan tekak..nak kata sedap,maybe...nak kata xsedap x mungkin sebab cendawan tu habis..!!!huhu..saya goreng guna bancuhan tepung..tp ada setengah orang akan guna tepung KFC..tp kat rumah nenek xda tepung tu...nak resipi??



  • Tuang tepung gandum,tepung jangung(sedikit untuk bagi kerangupan),garam secukup rasa,serbuk kunyit sedikit(menambahkan kuning..xla nampak pucat)..

  • Bancuh bahan-bahan tadi dengan air..jangan terlalu cair,jangan terlalu pekat bancuhan itu..

  • Panaskan kuali yang dah ada minyak dlm nya..(kalu x mcm mn nak goreng kalu minyak x da..huhu)

  • Bila minyak dah panas,ambil cendawan tu,celup dlm tepung td dan terus masukkan dlm minyak panas tu..

  • Bila da beres menggoreng,boleh dimakan dengan sos cili...


Dan pagi nie saya telah menjadi driver untuk abg sepupu yang akan balik Perlis..hoho..erm pagi-pagi da kena drive sampai wangsa maju..Bus dia pukul 9 pagi..so,nak xnak kena nak kan jugak..senaman kaki dipagi hari..hehehehe...


Resipi

Saturday, January 24, 2009

bilamana aku bersendirian...



Bilamana aku bersendirian dirumah..hihi..hurm nampaknye cuti kali nie tinggal sorang-sorang kat rumah..mak,ayah dan semua adik-adik pergi bercuti di Cherating..Mesti kalian terfikir.."Ish mak cik nie..rugi x ikut.."haha..hurm saya pun x tau nape x ikut...banyak faktor yang menyebabkan saya x ikut..




Rasanya cuti Chinese New Year tahun lepas pun saya keseorangan dirumah..Yang nie lagi dasat..sebab 7 keluarga(adik beradik belah mak) pergi Bandung,Indonesia..dan waktu itu saya x ikut because of fikir nak balik matrik..malas nak ponteng class..so,untuk kali nie bukan mlas nak ponteng class..cuma nak teman wan(nenek) kat rumah..dia keseorangan..cucu yang ke 4 nie memang baik sikit(naik bakul plak)..tp x pe..cuti nie spent masa bersama wan..hehehehe..




Dan bila saya keseorangan,saya akan menjadi bibik untuk kesekian kali dirumah terchenta..Yelah kalau x,adik perempuan yang kena..Doesnt mean that saya x tolong..bukan..!!cuma saya banyak menyuruh dia buat la..hihi..kakak tang baik..




I'm still at my house..tengok la lepas nie nak gerak gi umah nenek..bercutian di kampung(hanya 2km dr rumah)...ooo ye lagi 1..saya presentkan profile terbaru untuk kalian..

Friday, January 23, 2009

Antara cebisan semangat..

(Masjid As-Syakirin 8/1/09)

Bingkai Kehidupan..

Mengharungi samudra kehidupan,

Kita ibarat para pengembara,

Hidup ini adalah perjuangan,

Tiada masa tuk berpangku tangan,

Setiap tetes peluh dan darah,

Seakan sirna ditelan masa,

Segores luka dijalan Allah,

Kan menjadi saksi pengorbanan...


Allah ghoyatuna..

Ar Rasul qudwatuna..

Al-Quran justuruna..

Al Jihadu sabililuna..

Al mautu fi sabilillah

Asma amanina..


Allah adalah tujuan kami..

Rasulullah teladan kami..

Al-quran pedoman hidup kami..

Jihad adalah jalan juang kami..

Mati dijalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi..


Allahuakhbar..!!

Thursday, January 22, 2009

Alhamdulillah..cuti kembali menyapa lagi..!!hahaha itu adalah perkara best bagi seorang student yang dimana student belum 'bz' sepenuhnya..tp sampai next week hari Rabu je..tapi xpe..cuti sekejap sudah memadai kembali kerumah terchenta..

Before balik sini,I-Rakan ada bukak booth bagi ahli baru yang berminat untuk menyertai persatuan i-rakan..dan saya sendiri turun tunjuk muka walaupun muslimin yg kebanyakkan nya handle booth itu..yg muslimat hanya lihat dan tengok..(apa beza lihat dan tengok??)..muslimin banyak handle sebab tabung gaza bersama mereka..mereka membawa tabung bersama-sama walaudimana mereka berada..

Dan harapan saya,semoga ahli-ahli bari akan mengaktifkan diri anda dalam persatuan..bukannya aktif..cuma libatlah diri anda kalau ada apa-apa aktiviti..sekian..

p/s terpaksa berhenti..mak dah sampai nie..(kat umah nenek..br sampai dr unisel..)

Sunday, January 11, 2009

Surau siswi dan masjid UNiSEL


Assalamualaikum..sahabat-sahabat yang saya kasihi..apa khabar anda hari ini??harap dalam keadaan sihat walafiat..amiin


Sahabat..kini surau siswi mula beroperasi..Subuh,Maghrib dan Isya'..Subuh,kita akan berjemaah bersama..kemudian baca Ma'thurat dan disertai dengan KULTUM (Kuliah Tujuh Minit) atau sedikit riadah..(depends on siapa yg akan menyampaikan..)Maghrib dan Isya' juga begituh,akan berjemaah bersama dan perantaraan Maghrib dan Isya' akan diselitkan dengan pengisian sedikit..mengikut 'turn' siapa yang akan memberi..Dan setiap hari Khamis akan diadakan Ifthar*..bermula sebelum Maghrib sehingga Isya'..di Masjid Unisel..


Sahabat..kita adalah generasi yang perlu membawa Islam..Jika kita x bawa,siapa lagi akan pikul tanggungjawab ini??Setiap langkah anda ke suatu majlis ilmu atau surau atau masjid..langkah kita akan diberi ganjaran..


Bila lagi anda hendak rebut peluang ganjaran????


*Ifthar..majlis berbuka puasa secara berjemaah..apa yang menarik??kita akan makan dalam talam..1 talam 5 orang or 6 orang..(ikut tangki perut kalian)..bayaran yang dikenakan sebanyak RM5 seorang..terbuka kepada sesiapa sahaja..samada puasa sunat Khamis atau tak..

Saturday, January 10, 2009

kemabli lagi..

Memang susah kalau x rajin..Kalai rajin pun susah gak..nanti x da kerja nak buat dah..Kesimpulannya saya seorang yang ikut mood kalau nak menulis..So now i'm back..ada banyak cerita nak di kongsi bersama..Tapi itu pun kalau wireless ok kat residen tuh..(nie kat umah..rest jap lepas ikut 1 program gempak..!!)


Baru seminggu sesi kuliah bermula..Tapi 1st week berkenalan dengan buku yg patut dibeli..Kalau ada class pagi terpaksa memikirkan duit..(pagi2 duit..x alergic ke??)hahaha..nak buat mcm mana?ilmu itu penting..Selagi mana boleh ditimba..cari peluang untuk menimba..


Sebut mengenai ilmu,teringat pada sesi tamrin yang saya join before masuk Unisel balik..yang dibuat di kampung Kuantan..Ilmu itu di ibarat seperti air didalam gelas..Kalau nak ilmu,kena kosongkan gelas itu...Kenapa??Cuba anda fikir kan sejenak,kalau gelas anda sudah penuh..apa akan jadi pada ilmu baru?mesti melimpah keluar bukan??


Jadi,mula kan hari anda dengan semangat yg baru..(berpesan pada diri..)

Wednesday, December 10, 2008

Raya Haji kembali lagi..

Allahuakhbar..Allhuakhbar..Allahuakhbar..Takbir raya ibadah qurban dilaungkan lagi..Walaupun pagi itu gerimis..ia tak menghalang pergerakan kami ke Kepong(rumah mak long)..Memang setipa kali raya haji kami akan ke rumah beliau untuk makan tengah hari..seluruh family..kira mcm gathering la kot..
kebetulan pulak..kami pakai jubah hitam beramai ramai..kerana semua sudah ada rezeki menjejak kaki ke tanah haram,maka jubah hitam sebagai kenangan..jd,jubah itu mereka pakai time raya kali ini..hurm mcm kupulan nasyid pulak..hehehe..
Makan tengah hari di rumah mak long..lepas maghrib baru balik..insyaAllah jumpa lagi raya qurban tahun depan..kalau tak jumpa ada 2 je maknanya..samaada buat haji atau dah menyambut panggilan Ilahi..wassalam...

Sahabat bertemu sahabat

Setelah sekian lama berhenti sebentar..maklumlah,after naik cuti Deepavali saya tak bawak latop balik kampus..nak exam,maklumlah..nanti kalau ada latop,buku x tau kemana pulak..

Hari rabu minggu lepas (3/12/08),setelah 2 hari balik rumah tercinta..saya bertemu semula rakan2 sekolah..kami berjumpa di LRT Wangsa Maju..al kisahnye jumpa pukul 9.00am..kiranya janji mat salleh la..tapi yg janji mat salleh nye hanya saya dan adzimah je..aishah and azizah janji melayu..hehe..xpe2 disebabkan itu..kesalahan diterima..

Berjalanlah kami ke Mid Valley..(walaupun setiap kali outing UNiSEL saya pergi Mid)..last minit cadangan,kami tengok Madagascar 2..best..menaraik..funny..comel2 belaka haiwan2 tu..haha..ginius..

Before masuk panggung,kami makan McD..huhu melepaskan rindu pada McD..Habis je movie kami pergi solat zohor dulu sebelum round and round the Mid Valley..hurm hajat dihati nak bershopping tapi tak terkeluar pulak duitnye..xda benda yg menarik perhatian..haha..hanya mahu bergambar buat kenangan..maklumlah semua belajar jauh2 belaka..

Tapi bila nak balik,saya terpaksa berpisah dengan dorang di KL Sentral..sebab kena pergi banggunan Shell di Damansara Height..Nak pergi rumah mak cik pulak sebab nak kena jaga anak mak cik..hurm semoga hang out lain kali akan menjadi memory terindah..huhu